Part 4

6.2K 233 4
                                    

HANA berkawad dihadapan bilik Jungkook yang masih belum terbuka. Sedari tadi dia menunggu suaminya untuk sarapan pagi bersama.

Namun, sudah lima minit dia menunggu, tidak juga munculkan diri. Dia risau, mana tahu kut-kut Jungkook masih tidur or sakit?

"Nak masuk ke tidak? Aish masuk je lah!" Gumam Hana. Kuku jari digigit. Ditenung pintu kayu sejenak, dengan tekad dia mencapai tombol pintu dengan lafaz basmalah.

Pintu bilik Jungkook dikuak perlahan, kepala terjengul sedikit melihat segenap bilik tersebut. Ini pertama kali dia masuk ke bilik Jungkook. Ya, bilik mereka berdua berasingan.

Matanya jatuh ke arah katil king size. Jungkook masih berbungkus dengan selimut tebal, hanya menampakkan rambut hitamnya sahaja. Kening dijungkit pelik.

"Dia tak nak pergi kerja ke? Nyenyak betul tidurnya." gumannya. Pintu bilik dikuak meluas. Dia melangkah masuk dan menerpa ke arah katil.

Hana berdiri tepi katil, mata memandang Jungkook yang masih tidur dengan wajah kemerahan dan dahi mengerut serta berpeluh seakan menahan sesuatu.

"Awak bangun, dah pukul berapa dah ni. Awak tak nak masuk kerja ke?" Tangan mengoyang bahu Jungkook perlahan. Tiada sahutan. Hana menghela nafas untuk bersabar.

Dia menarik selimut yang menutup separuh wajah Jungkook. Mata dipanah ke wajah Jungkook yang berbahang itu, laju tangannya menyentuh dahi Jungkook lalu jatuh ke leher. Panas! Hana panik.

"Awak !" Pipi Jungkook ditepuk perlahan. Dia risau!

"Mmm." gumam Jungkook lemah dengan mata terpejam.

Hana mengigit bibir, tidak tergamak untuk membangunkan Jungkook. Tubuh Jungkook terasa sangat berbahang. Lantas dia berlari keluar bilik untuk ke dapur.

• • • • •

TUALA yang diperah diletakkan ke atas dahi Jungkook. Hana merenung wajah Jungkook lama. Rambut suaminya dielus.

Bunyi mesej masuk mengejutkan Hana. Poket seluar diseluk. Telefon dikeluarkan. Mesej daripada Woozi dibuka.

From Woozi pendek :

Woii! Kenapa kau tak datang lagi? Aku dah setengah jam tunggu kau kat kafe ni!

Hana gelak kecil lalu membalas mesej tersebut.

To Woozi pendek :

Haha! Sorry wei buat kau tertunggu. Aku tak dapat datang hari ni, aku ambil MC rini.

Setelah membalas mesej tersebut, dia meletak telefon bimbitnya di atas meja kecil.

Dagu ditungkat, mata memandang Jungkook. Lama dia menunggu Jungkook bangun hingga kepala tersengguk-sengguk. Lalu direbah kepala dibirai katil dengan tangan dilipat untuk menjadikan bantal.

"Cepat sembuh oppa..." Bisiknya sebelum ikut terlena.

• • • • •

MATA dikerdip-kerdip. Dahi disentuh tatkala merasa ada benda yang lembap. Kain kecil itu dipandang sekilas lalu dia bangun perlahan dan bersandar dikepala katil. Kain tersebut diletakkan ke atas meja.

Pelipis diurut. Kepalanya pening dan badannya berasa lenguh.

Hana terbangun dari tidur tatkala merasa ada pergerakan. Dia melihat Jungkook yang tengah mengurut dahi dengan mata terpejam.

"Awak dah bangun! Baguslah!"

"Opocot valak jatuh mampus!"

Jungkook melatah kerana terkejut disergah tiba-tiba. Dada dipegang, Hana disebelah dipandang laju.

"Kau ni nak sapa orang bagilah salam, ni main terjah je! Hah! Ni masa mana kau masuk bilik aku ni?" Kata Jungkook perlahan dengan suara serak. Hana sengih.

"Sorry. Saya masuk sejam yang lepas, awak demam tu. Awak mesti lapar kan, saya buat bubur untuk awak ye lepastu makan ubat ye." ujar Hana seraya berdiri dari kerusi.

"Kau ponteng kelas?" Tanya Jungkook datar. Hana angguk.

"Yup! Saya ambil MC rini. Saya tak tergamak nak tinggalkan awak dengan keadaan sakit sesorang. Saya kan isteri awak, isteri kan kena ada disisi suami walau apa pun terjadi. Awak mandi ye? Segarkan tubuh tu dulu."

"Saya ke dapur dulu nak buat bubur, awak tak payah turun bawah lah. Nanti saya naik, bawa makanan untuk awak ye." kata Hana lembut, tanpa sedar dia mengusap rambut Jungkook dengan senyuman manis. Seketika kemudian dia berlalu keluar bilik.

Jungkook hanya berdiam diri sambil memandang Hana hingga hilang dibalik pintu. Rambutnya yang dielus Hana sebentar tadi disentuh.

Senyuman kecil terbias dibibir. Jungkook turun dari katil lalu melangkah ke arah bilik mandi dengan langkah longlai.

• • • • •

"MAKAN bubur ni sampai habis lepastu makan ubat ye." kata Hana sambil memandang Jungkook.

"Hmm." gumam Jungkook. Mulut mengunyah perlahan. Suapan yang kelima dia berhenti, kerana perut tak dapat hadam. Tambahan pula, bubur yang dimakan terasa pahit. Mangkuk dihulur kepada Hana.

"Kenapa? Banyak lagi ni." Hana menyoal sambil menyambut mangkuk bubur yang masih tersisa.

Jungkook menggelengkan kepala.

"Pahit. Dah kenyang." jawab Jungkook tanpa memandang Hana.

Hana hanya pasrah, lalu ubat dan segelas air suam dihulur.

"Nah makan ubat ni."

Jungkook menyambut ubat tersebut lalu di masuk ke mulut, air suam diteguk hingga habis. Gelas yang sudah kosong diletak atas meja.

"Awak rehat lah dulu. Kalau ada apa-apa panggil saya ye, saya ada je kat bawah." kata Hana lembut. Dahi Jungkook dikucup sekilas lantas dia berlari keluar bilik dengan senyuman lebar.

Jungkook terkedu menerima kucupan didahinya. Bibir dikemam.

"Tau lah aku sakit, suka hati kau je cium aku ye." getus Jungkook. Tubuh direbah. Mata dipejam. Lama-kelamaan dia terlena.

***********
TBC

Abaikan typo ^^

Kalau hampa maaf yeeee? Sya kurang sihat rini, tu yang kelaut sikit. Hehe^^

 Hehe^^

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now