Kekasih Hati MATEEN Part 3

2.4K 69 0
                                        

8 TAHUN BERLALU

Aara mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Aerospace Engineering di Brunel University London.

Ibu serta Eisyal & Eishaq menghantar Aara ke kota London. Ayah Aara tidak dapat turut serta kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. Mereka tinggal di rumah saudara sebelah Ibu Aara yang menetap di sana.

Ketika Ibu & MakCik Aara membeli groceries, mereka terserempak dengan Mama Mateen yang memang tinggal di London selepas berpisah dengan Tuanku Sultan. Mama Mateen mengajak mereka sekeluarga untuk makan malam dirumahnya.

Selesai membeli Ibu & MakCik Aara terus pulang ke rumah.

•"Malam ni kita makan di luar ya semua?!" -kata Ibu Aara

•"Ibu..Aara penat la. Kita masak kat rumah je boleh?" -kata Aara dengan lembut

•"No!! Ibu dah janji nak makan dengan rakan Ibu. Dia ajak kita semua ke rumahnya malam nanti." -kata Ibu Aara

•"Wow!! Dia ada anak dara tak Aunty?" -tanya Eishaq kepada Ibu Aara

•"Gatal la kau abang!!" -marah Eisyal pada abangnya

Mereka semua pun ketawa.

..............................

•"Mateen..guess who Mama jumpa tadi?" -tanya Ibu Mateen kepada Mateen yang baru pulang dari kuliah.

•"Siapa Ma? Someone special?" -tanya Mateen semula

•"Ada la..Mama ajak mereka makan di rumah kita malam ni. Mateen join sekali ok darling" -kata Ibu Mateen

•"Ok Ma..everything for u" -kata Mateen sambil berlalu pergi ke biliknya untuk berehat.

..............................

8:00 pm

Tetamu yang ditunggu telah tiba di rumah Mateen. Terdengar suara Ibunya memanggil mereka untuk masuk Mateen terus turun kebawah untuk melihat siapakah tetamu istimewa yang Ibu maksudkan. Mateen terpandang wajah Ibu Aara & Eishaq. Dia kenal lelaki itu, lelaki yang dia lihat sedang ketawa dengan Aara dia hadapan sekolah mereka dahulu. Mateen tahu pasti Aara juga ada di situ jadi dia ingin naik semula ke biliknya. Hatinya masih marah dengan Aara. Dia masih belum bersedia untuk berjumpa Aara.

Mateen mundar mandir di dalam biliknya.

•"Siapa lelaki itu? Kenapa dia boleh ada sekali dengan keluarga Aara? Apa hubungan mereka? Adakah dia bakal suami Aara?" Bermacam-macam persoalan yang bermain difikiran Mateen.

•"Mateen!! Mateen!! tetamu dah sampai ni..jom kita turun" -ajak Abang Azeem

Mateen dengan malas tetapi ingin tahu terus menuruti abangnya turun ke bawah.

Ketika sampai ke bawah, Mateen melihat Aara sedang menyenduk sayur ke dalam pinggan Eishaq. Air Mata Mateen mula bertakung. Hatinya rasa sangat sakit. Abang Azeem yang perasan dengan riak wajah Mateen terus menarik adiknya untuk ke ruang makan.

Mateen duduk berhadapan dengan Aara. Aara yang baru sahaja perasan kehadiran Mateen dan abangnya terus menyapa.

•"Hi Mateen..Wah!! Makin kacak ya" -kata Aara cuba mengusik Mateen tetapi Mateen hanya membalas dengan senyuman sinis.

•"So Aara..bila start kuliah? Nnt tinggal di mana?" -tanya Abang Azeem untuk tidak mahu keadaan menjadi tegang.

•"Aara start next week. Esok Aara dah start tinggal di bilik sewa dekat dengan Brunel."-jawab Aara

•"Eh Aara..xpayah susah sewa-sewa bilik bagai. Tinggal je kat sini. Banyak lagi bilik kosong. Lagipun bahaya la kalau Aara tinggal sorang2 kat sini." -ajak Ibu Mateen

Mateen yang terkejut dengan ajakkan Mamanya terus memandang Aara untuk melihat reaksi Aara. Kebetulan sewaktu itu Aara sedang melihat Eishaq.

"Ma..xperlu ajak orang yang xsudi. Mesti dia takut ada orang marah." -kata Mateen dengan sinis

Aara mula merasa yang sikap Mateen dingin terhadapnya. Abang Azeem terus menyampuk.

•"Setuju je ok Aara..Esok Abang pergi ambil barang-barang kamu di rumah Auntie" -kata Abang Azeem

•"Elok jugak cadangan tu..xdala risau sangat kami ni nak tinggalkan Aara kat sini. Terima Kasih ya" -kata Ibu Aara kepada Ibu Mateen

Dalam perjalanan pulang, Aara diam memikirkan kenapa Mateen melayannya dengan dingin tetapi hanya sementara bila Eishaq yang berada disebelahnya mula membuat lawak. Begitulah kehidupan Aara. Dengan adanya Eishaq, Aara xpernah sempat nak rasa sedih..xpernah sempat nak fikirkan masalah.

..............................

Keesokkan pagi, Abang Azeem dan Mateen telah tiba di rumah Ibu Saudara Aara. Mereka ingin mengambil barang-barang Aara dan menghantar keluarga Aara ke Air Port.

Selepas Ibu, Eisyal & Eishaq menaiki pesawat pulang ke Malaysia, Abang Azeem mengajak Aara untuk minum di cafe yang selalu dia kunjungi.

"Aara mesti try latte kat sini. Sedap sangat tau!!" -kata Azeem kepada Aara

Aara hanya menjawab OK kerana dia dapat merasakan yang Mateen tidak begitu selesa dengan kehadirannya.

•"Sedih je nampak!! Xkan baru kejap je dah rindu" -kata Mateen dengan sinis.

Aara tidak menjawab kerana dia semakin tidak faham dengan sikap Mateen. Aara hanya diam sepanjang perjalanan.

Setelah sampai di Cafe, Azeem memilih tempat yang paling hujung untuk mereka.

•"Cantik...." -kata Aara bersendirian

•"Macam Aara..Cantik" -usik Abang Azeem sambil menyiku lengan Mateen

Mateen hanya membisu sambil membaca menu yang berada di atas meja.

•"Aara pilih dulu. Abang nak ke rest room kejap" -kata Abang Azeem

Tinggal Mateen dengan Aara bersendirian. Aara tahu Mateen sedang memandangnya tetapi dia tidak berani untuk memandang wajah Mateen yang sangat serius.

•"Dah pilih?" -tanya Abang Azeem yang tiba2 muncul

Mateen terus mengalih pandangannya ke tempat lain.

•"Aara nak try latte..Abang Azeem cakap sedap kan tadi." -kata Aara

•"Latte 2" -pesan Mateen pada abangnya

•"OK Mem..Boss" -kata Abang Azeem

Aara hanya ketawa kecil dengan gelagat Abang Azeem. Mateen yang mendengar ketawa kecil Aara menjadi sangat sakit..hatinya makin sakit.

•"You jangan nak happy sangat boleh tak?" -marah Mateen kepada Aara

Mata Aara mula berkaca. Mateen yang melihat air mata Aara mula bertakung terus rasa lemah..hatinya xtentu arah.

•"Kenapa ni Aara?" -tanya Abang Azeem yang datang dengan membawa air yang dipesan

•"Aara rindu Ayah" -jawab Aara cuba berselindung.

Selesai minum mereka terus pulang ke rumah. Mateen membawa bagasi Aara ke bilik yang disediakan untuk Aara. Aara mengikut Mateen kebiliknya.

Mateen meletakkan bagasi Aara ditepi katil.

•"Rehatlah dulu..nanti baru kemas pakaian" -kata Mateen dengan tegas dan terus berlalu keluar dari bilik Aara.

Aara merebahkan badannya ke katil. Dia rasa sangat letih lalu Aara pun terlelap

Kekasih Hati MATEENTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang