👱♂️ Apa maksud cincin tu?
👧 Cincin apa? Aku tak faham..
👱♂️ Mateen yang berikan kau cincin tu kan? Apa maksudnya? Kau dengan Mateen dah bertunang ke?
👧 Mengarut la kau ni Eishaq..sengaja dia belikan sebab nak aku ingat dia. Dia nak aku ingat yang aku ni milik dia.
👱♂️ Lagi mengarut!! Milik dia konon
Aara kembali menyusun pakaiannya ke dalam almari. Malas mahu melayan kerenah Eishaq yang dirasakan semakin menjengkelkan.
Mateen tidak dapat sama-sama menghantarnya ke Dubai kerana pada masa yang sama Mateen perlu ke Spain untuk bermain polo bersama pasukannya. Segala penginapan dan pengangkutan untuk Aara sepanjang berada di Dubai telah diuruskan oleh Mateen. Puas Aara menolak dengan alasan ingin berdikari tetapi selepas diberi pilihan oleh Mateen samada ingin terus bekerja di Dubai dan mengikut apa yang telah dirancangkannya untuk Aara atau pulang ke Malaysia, Aara terpaksa memilih dan mengikut segala kemahuan Mateen.
Disini Aara bertugas sebagai Licensed Aircraft Engineer-B2 untuk bahagian Electrical / Avionics. Membaca wiring diagram memang merupakan kepakarannya. Aara merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik kemudian melanjutkan diploma dalam bidang Elektronik di UTeM sebelum memilih bidang Aerospace. Kerana itu juga Aara memilih untuk mengambil Easa B2 License.
..............................
Hampir seminggu Aara bekerja di Dubai dirasakan bagai berada dinegara sendiri kerana mendapat rakan-rakan sekerja yang sangat baik. Selama hampir seminggu ini juga Aara bekerja lebih 12jam sehari tanpa cuti. Puas Mateen memarahinya kerana bimbangkan kesihatan tetapi dipulangkan kembali kata-kata Mateen yang dahulu agar Aara bekerja sepuasnya selama 2tahun ini.
Jam menunjukkan pukul 1:50 am waktu UAE, Aara bersiap-siap untuk menelefon Mateen untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir. Seperti biasa dia ingin menjadi orang pertama mengucapkan ucapan itu kepada Mateen. Waktu di Dubai adalah 3 jam lebih awal daripada Sepanyol jadi Aara perlu menunggu sehingga jam 2:00 am untuk menelefon Mateen.
🤴 Hey Beautiful
👧 Sayang..may you receive everything that you have wished for on your birthday. I love you to infinity and beyond. Happy Birthday muaks..muaks..and lot of muaks
🤴 Thanks Sayang.. I just want to say how grateful I am to have you because you are the gift in my life andddddd...
👧 And what?
🤴 And I want a real muaks..muaks..
👧 Gatal!!
🤴 Hahahaha😆😆 You are the reason why I smile every day
👧 Sayang..saya dah nak masuk tidur.
🤴 Pukul berapa balik kerja tadi?
👧 Around 10
🤴 Sigh..You're so stubborn
👧 Kalau balik awal pun bosan la kat rumah
🤴 Balik awal rehat la Sayang. Ok macam ni.. Come here on the 21st of August. I'll take you to a very interesting place. You can rest and we can spend some time together.
👧 Saya fikir dahulu..
🤴 I do not like to hear that word..Ianya seperti jawapan tidak untuk soalan I.
YOU ARE READING
Kekasih Hati MATEEN
RomanceC O M P L E T E 👧Aara Malaika seorang gadis dari Malaysia yang dibesarkan di Negara Brunei kerana Ayahnya bekerja di Kedutaan Besar Malaysia di Brunei 🤴Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ialah paduka anakanda kesepuluh...