👱♂️ Hey pompuan bangun!! Syok pergi bercinta pastu balik membuta je
👧 Bising la kau Eishaq..aku letih la
👱♂️ Owh..dengan putera kau boleh tersenyum-senyum!! Terhegeh-hegeh!! Dengan aku memanjang letih
👧 Pot..pet..pot..pet.. patutla tak de orang nakkan kau. Ni nak masuk dulu tak?
👱♂️ Taknak!! Aku letih..nak balik
👧 Merajuk la kau sorang-sorang..malas aku nak layan
👱♂️ Pujuk la aku dulu Aara..
Aara terus berlalu masuk ke rumah. Selepas menyapa Ibu dan Ayahnya, Aara terus membawa diri ke bilik. Aara ingin rehat secukupnya kerana esok dia sudah memulakan tugas selepas mengambil cuti beberapa hari.
..............................
Aara bangun ketika azan Subuh sudah berkumandang. Badannya masih terasa letih tetapi dia gagahkan diri juga untuk bangun. Selesai membersihkan diri dan solat Subuh, Aara mengambil IPhone dan aplikasi WhatsApp dibuka. Dia membaca pesanan yang ditinggalkan oleh Mateen. Aara tidak mahu melayan perasaan cemburu Mateen jadi dia cuma membalas jam berapa dia sampai di rumah petang semalam. Selepas membalas WhatsApp Mateen, Aara membuka aplikasi Instagram. Sejak bekerja sebagai LAE, dia sudah lagi tidak aktif di media social. Aara mengetap bibir tanda geram apabila melihat Eishaq sudah memuat naik gambarnya sedang tertido sewaktu dalam penerbangan dan kereta.
Caption 👱♂️ : When I see your face
There's not a thing that I would change 'cause you're amazing..Just the way you areSempat Aara membaca comment dari pengikut Eishaq. Tidak terkecuali comment dari Tuan Adam.
Comment 👨✈️ : And when you smile..The whole world stops and stares for a while
'Cause, girl, you're amazing
Just the way you areAara terus meninggalkan comment digambar tersebut.
Comment 👧 : Baik kau delete Eishaq sebelum aku sue kau!! 👨✈️ Amboi !! Sempat lagi menyambung lagu ya?
Tuan Adam juga turut di tag pada comment tersebut. Aara terus bersiap untuk ke tempat kerja. Kepalanya tiba-tiba terasa pening. Bagi Aara kepalanya pening mungkin kerana dia tidak makan malam semalam jadi Aara gagahkan diri turun ke bawah untuk bersarapan.
Aara sengaja tiba awal ke tempat kerja hari ini. Sempat dia membeli beberapa bungkus nasi lemak untuk diberi kepada technician yang bekerja dibawah seliaannya. Sewaktu turun dari motosikal, Aara ternampak kelibat Amir dan rakannya yang baru keluar dari pintu kereta lalu Aara terus pergi ke arah mereka.
👧 Amir..ambil nasi lemak ni bahagi dengan kawan-kawan lain ya
👨🔧 Aik Boss..jauh pergi sampai Dubai tapi bawa balik nasi lemak je?
👧 Ada dari Dubai tapi saya tak sempat nak keluarkan barang dari luggage lagi..nanti saya bawakan
👨🔧 Thanks Boss
Aara terus berlalu masuk ke pejabat kerana ingin siapkan beberapa paper work. Kepalanya semakin pening. Dia mengeluarkan Panadol ActiFast dari laci mejanya lalu memakannya sebanyak 2 biji. Apabila dirasakan sakit dikepalanya beransur pulih sedikit, Aara mencapai walkie talkie dan terus ke hangar untuk memantau anak buahnya membuat penyelenggaraan kapal terbang. Ketika dalam perjalanan ke hangar, IPhone nya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
Eishaq is calling.. 📲
👱♂️ Kau!! Lunch dengan aku hari ni
👧 Aku banyak kerja la Eishaq..tak tahu lagi keluar lunch ke tak
👱♂️ Kau baru sampai semalam je dah sibuk nak masuk kerja hari ni..sakit nanti kang susah hati aku
👧 Mengada!! Dahla aku sibuk ni
Aara terus menamatkan penggilan sambil ketawa. Aara terus menghampiri sekumpulan technician yang bertugas dan menyapa mereka. Mereka mula bertanya tentang temuduga Aara di Dubai. Aara mengajak mereka lunch bersama dan berjanji akan ceritakan ketika itu. Sempat Aara menghantar pesanan kepada Eishaq mengajaknya lunch bersama nanti.
Jam menunjukkan pukul 1:05pm, Eishaq sudah pun menunggu Aara dia kedai makan berdekatan tempat kerja Aara.
👨🔧 Boss bawak boyfried pulak!! Tak lalu nak makan la macam ni.
👧 Cousin saya la tu Amir
Semua technician bersalaman dengan Eishaq. Mereka terus membuat pesanan. Aara mendapat panggilan dari Mateen. Dia menjauhkan diri dari mereka semua.
👨🔧 Encik Eishaq..Boss ada boyfriend?
👱♂️ Ada..takkan la orang macam tu tak da yang nak
👨🔧 Sebab nampak asyik sibuk kerja je..boyfriend tak marah ke
👱♂️ Boyfriend dia lagi busy pada dia
Amir mengangguk tanda faham. Aara meminta izin dari Mateen untuk makan dahulu bersama mereka dan akan menelefon Mateen kemudian. Sebaik Aara menoleh ke belakang tiba-tiba kepalanya rasa berpusing dan penglihatannya menjadi kabur. Aara jatuh pengsan. Eishaq yang dari tadi sentiasa perhatikan Aara terus bangun dan berlari ke arah Aara. Mereka membawa Aara ke MAS Medical Centre.
Semasa menunggu Aara diperiksa, Eishaq meminta rakan-rakan sekerja Aara pulang dahulu dan maklumkan kepada pegawai atasan tentang Aara. Amir sempat berpesan agar Eishaq tidak lupa untuk memberitahunya jika apa-apa terjadi kepada Aara. Amir nampak begitu risau.
Apabila rakan-rakan sekerja Aara tidak lagi kelihatan, Eishaq menelefon adiknya untuk maklumkan apa yang terjadi kepada Aara dan meminta adikknya memberitahu Ibu dan Ayah Aara. Seorang Doktor datang menghampiri Eishaq. Doktor itu memaklumkan yang Aara pengsan kerana tekanan darahnya sangat rendah. Ianya terjadi mungkin akibat dari faktor seperti emosi, tahap tekanan,aktiviti fizikal @ suhu persekitaran. Aara telah dipindahkan ke wad dan ujian tekanan akan dilakukan kepadanya. Selesai mendengar apa yang dikatakan oleh doktor, Eishaq meminta diri untuk bertemu dengan Aara.
Ketika Eishaq tiba di wad yang menempatkan Aara, dilihat Aara sudah sedarkan diri. Dia sangat bersyukur apabila dapat melihat Aara tersenyum tetapi wajah Aara masih pucat.
👧 Eishaq..jom kita balik. Aku banyak kerja lagi nak settle ni
Satu ketukan hinggap di kepala Aara.
👧 Auchh..apa kau ni. Sakit la
👱♂️ Dah tau sakit tu rehat sini diam-diam. Suka betul buat aku risau.
Aara mencebik mendengar apa yang dikatakan oleh Eishaq, dengan pantas pipi Aara terus dicubit oleh Eishaq.
👱♂️ Aara..jagala diri kau baik-baik boleh tak? Dah aku nak jaga kau taknak izinkan.
Aara terus menarik selimut sehingga menyelubung ke kepalanya dan berpura-pura tidur. Eishaq tersenyum dengan gelagat Aara. Perlahan-lahan tangannya membelai kepala Aara dari luar selimut.
YOU ARE READING
Kekasih Hati MATEEN
RomanceC O M P L E T E 👧Aara Malaika seorang gadis dari Malaysia yang dibesarkan di Negara Brunei kerana Ayahnya bekerja di Kedutaan Besar Malaysia di Brunei 🤴Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ialah paduka anakanda kesepuluh...