Sebaik pulang dari menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya, Aara mula berpindah ke Abu Dhabi kerana permohonan untuk penukaran tempat berkerja dari Dubai ke Abu Dhabi telah diluluskan. Dengan pemindahan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan pembelajaran Aara di Khalifa University.
Di Abu Dhabi, Aara tinggal di housing compound bersama 2 orang rakannya. Disebabkan masih lagi bercuti jadi Aara mengambil keputusan untuk mengemas rumah dan memasak sementara menunggu rakan-rakannya itu pulang dari tempat kerja. Selepas semuanya siap, Aara mula mengeluarkan souvenir yang dibeli ketika berada di Mekah dan Madinah untuk rakan-rakannya. Aara mengasingkan souvenir mengikut senarai nama yang siap ditulis sebelum berangkat tempoh hari. Aara tersenyum riang kerana dapat memberi sesuatu untuk rakan-rakannya. Akhir sekali Aara mengeluarkan sehelai jubah berwarna hitam yang dilipat kemas dari luggage. Kenangan bertemu Mateen buat kali terakhir hampir sebulan yang lalu mula terimbau di ingatan.
..............................
Mateen datang ke Dubai dan terus menuju ke rumah Aara selepas pulang dari Philippines. Ada perkara yang ingin dibincang tentang hatinya. Aara yang sejak dari tadi menunggu kedatangan Mateen tersenyum melihat susuk tubuh lelaki yang dirinduinya itu tetapi melihat dari tingkah Mateen yang sedikit berbeza, senyuman Aara mula hilang. Sebenarnya Aara sudah tahu yang hati Mateen sekarang ini bukan lagi 100% kepunyaanya kerana ada seorang gadis yang berjaya mendapat tempat sekaligus membuatkan perasaan cinta Mateen kepadanya semakin pudar.
👧 Awak nak rest dulu? Saya boleh siapkan bilik
🤴 It's okay.. I tak lama lagipun I dah booked hotel
Aara terus berlalu ke dapur untuk menyediakan air untuk Mateen. Cara Mateen bercakap dengannya tadi terasa sedikit kekok. Tanpa Aara sedar, Mateen sudah berdiri dibelakangnya. Mateen menghampiri dan memeluknya lama.
🤴 I'm sorry Aara Malaika.. I dah mungkir janji
Aara terdiam lama.. nafas ditarik sebelum bercakap
👧 It's okay Mateen.. jodoh,ajal dan maut kitakan Allah yang tentukan. Saya tak akan salahkan awak atas apa yang berlaku.
Mateen terus melepaskan pelukan dan menarik badan Aara agar menghadapnya.
🤴 You already know about this?
👧 Saya tahu.. saya dah lama jadi kawan awak Mateen so saya kenal awak
🤴 Kawan?
👧 Ya kawan atau awak dah tak nak jadi kawan saya langsung?
Sekali lagi Mateen memeluk Aara erat sambil berkali-kali meminta maaf.
..............................
Aara meletakkan jubah itu ke dalam kotak yang cantik kemudian dibalut kemas. Nota kecil juga diselitkan di bahagian leher jubah itu.
"Thanks for everything"
Senyuman mula diukir semula dibibirnya. Life must go on.. permulaan hidup baru tanpa kekasih hatinya yang bernama Abdul Mateen. Akhirnya Mateen memilih Nisha untuk menjadi temannya. Nisha yang mampu berada disamping Mateen sentiasa dan itu yang Mateen mahukan. Nisha rakan sepermainan mereka sewaktu kanak-kanak berjaya menambat hati Mateen dan Aara langsung tidak berasa marah sedikit pun. Itu semua kehendak Mateen dan Aara menghormatinya. Begitu juga perasaannya untuk Nisha kerana baginya kalau bertepuk sebelah tangan pasti tidak akan berbunyi jadi untuk apa dia menyerang Nisha.
Aara bangun untuk bersiap. Dia akan ke Dubai untuk menghantar kereta yang Mateen hadiahkan kepadanya. Rasanya seperti tidak layak dia memandu kereta pemberian kekasih orang lain. Selesai bersiap seringkasnya, Aara memulakan perjalanan dari Abu Dhabi ke Dubai yang mengambil masa hampir sejam setengah ke dua jam.
Kelihatan dua orang pembantu sedang membersihkan rumah. Aara memberi salam dan menyerahkan sedikit souvenir yang dibelikan untuk mereka.
🧕 What has happened Miss? Are you moving?
Aara tersenyum sebelum mula bercerita kenapa dia berpindah dari situ. Aara memberitahu pembantu itu yang dia telah minta untuk ditukarkan berkerja di Abu Dhabi kerana senang untuk berurusan dengan University yang turut berada di sana. Selesai berborak Aara terus meminta diri untuk pulang. Sebelum itu Aara masuk ke dalam bilik yang sering Mateen gunakan jika datang melawatnya di Dubai. Jubah yang telah dibalut cantik dan kunci kereta diletak di atas dressing table bilik tersebut. Aara memerhati sekeliling rumah sebelum berlalu pergi.
YOU ARE READING
Kekasih Hati MATEEN
RomanceC O M P L E T E 👧Aara Malaika seorang gadis dari Malaysia yang dibesarkan di Negara Brunei kerana Ayahnya bekerja di Kedutaan Besar Malaysia di Brunei 🤴Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ialah paduka anakanda kesepuluh...