Kata-kata Mateen bahawa lambang infiniti pada cincin tunang mereka itu membawa maksud betapa banyak nilai kasih sayang dan cintanya kepada Aara sehingga tidak mampu dikira membuatkan Aara tersenyum sendiri sambil membelek-belek cincin itu. Lamunan Aara terhenti apabila teringat saat-saat dimana Mateen memberitahu yang dia mula menyukai Nisha cepat-cepat Aara menyimpan semula cincin itu ke kotak lalu diletakkan ke dalam drawer di biliknya. Dia masih belum bersedia untuk menyarungkan cincin itu ke jarinya kerana banyak lagi persoalan yang masih berlegar-legar di dalam kepalanya. Kadang dirasakan dirinya seperti sengaja dimainkan oleh Mateen kerana ini bukan kali pertama Mateen meninggalkannya tambahan pula tempoh hari Mateen sendiri yang mengaku bahawa dia sudah memilih Nisha.
Sebelum berpisah pada malam itu, Aara sendiri meminta agar Mateen tidak menghubunginya dalam tempoh masa 2 bulan yang diberikan. Aara harus fikir semasak-masaknya tanpa gangguan dari Mateen kerana keputusan yang akan diambil ini akan menentukan arah hidupnya. Bolehkah dia memaafkan Mateen? Andai tidak, bolehkah dia hidup tanpa cinta Mateen yang tidak pernah hilang dalam hatinya atau bersediakah dia menjadi suri hidup kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah itu?
..............................
Aara membuat pemeriksaan akhir sebelum shiftnya tamat. Sewaktu ingin meninggalkan hangar, Aara ternampak sebuah pesawat boeing 747-8 milik keluarga diRaja Brunei berada didalam hangar yang berdekatan. Hatinya mula tertanya-tanya adakah keluarga Mateen datang ke sini atas urusan atau Mateen sendiri yang belum pulang? Akhirnya keluhan halus dilepaskan tanda Aara mengalah, sudah 3 hari berlalu jadi tidak mungkin Mateen belum pulang ke Brunei. Sudah rindukah dia pada Mateen? Cepat-cepat Aara menggeleng untuk menafikan persoalan yang lahir sendiri dari hatinya. Senyuman mula terukir dan Aara terus meninggalkan hangar untuk pulang.
Soon tersenyum apabila ternampak kelibat Aara mula menghampirinya. Pagi tadi lagi dia sudah datang ke rumah Aara tetapi terlambat kerana rakan Aara memberitahu yang Aara sudah pun ke tempat kerja jadi dia pulang semula ke hotel tempatnya menginap dan datang semula ke situ apabila shift Aara tamat.
🔜 Hi Aara
👧 Soon.. apa awak buat kat sini? Kenapa tak call dulu sebelum datang?
🔜 I ada benda nak cakap dengan you. Your friend cakap yang you pulang dari kerja this time so I terus datang sini je lah nak jumpa you.
👧 Awak nak masuk or kita borak di coffee house?
🔜 Thanks but no.. you kena ikut I. Please Aara
👧 Kenapa ni Soon? Awak buat saya takut
🔜 TM..
Hampir 30minit perjalanan dengan menaiki kereta, Soon dan Aara tiba di The St. Regis tempat dimana Mateen menginap. Mateen tidak dapat pulang ke Brunei kerana mengalami demam panas. Soon cuba memujuknya untuk berjumpa doktor tetapi Mateen membantah. Dia cuma mahu berehat.
Aara menghampiri Mateen yang masih lagi nyenyak tidur. Wajah Mateen kelihatan merah dan bibirnya sedikit pucat. Perlahan-lahan Aara meletakkan telapak tangannya ke dahi Mateen sebelum mengusap kening dan rambut Mateen secara lembut.
Merasakan tidurnya terganggu, Mateen membukakan mata.
🤴 Aara.. is that you?
Aara tidak membalas pertanyaan Mateen itu. Mateen cuba untuk bangun tapi terus dihalang oleh Aara.
👧 Baringlah.. saya dah minta Soon panggilkan Doktor.
🤴 Can you be my pillow? I need you..
Bagaikan magnet Aara terus bergerak menghampiri Mateen. Perlahan-lahan kepala Mateen diangkat dan diletakkan ke atas pahanya sambil hatinya menyumpah seranah dirinya sendiri. Hati dan tubuh badannya seperti sedang bergaduh. Hatinya tidak mahu tetapi badannya cepat betul bergerak ke arah Mateen. Saat itu mata mereka bertembung tetapi Aara cepat-cepat mengalihkan pandangannya.
🤴 Thanks for coming..
👧 Soon yang minta saya datang
Mateen mengambil tangan Aara dan digenggam lalu dipeluk erat ke dadanya. Genggaman tangan Mateen turut dibalas Aara. Sekali lagi hati Aara menyumpah dirinya.
👧 Kita dah berjanji yang kita tak akan berhubung dalam masa 2 bulan ni. Tak boleh ke awak jaga diri? Jangan sakit.. tak boleh ke?
Jari jemari Aara terus dicium sekilas sebelum diletakkan pula dipipinya.
🤴 Marahlah I.. I sanggup dengar. I rindu..
Aara terus menggigit bibirnya menahan geram apabila terdengar tawa halus Mateen. Akhirnya satu cubitan singgah di lengan Mateen.
👧 Soon.. Saya rasa saya dah kena balik lagipun Mateen dah tidur selepas makan ubat tadi.
🔜 Okay Aara.. I hantar you balik. Sorry for having to interrupt you.
👧 It's okay Soon.. saya pergi ambil barang dalam bilik Mateen sekejap.
🔜 Okay.. I tunggu dalam kereta.
Aara terus ke bilik Mateen untuk mengambil barangannya. Dilihat Mateen sedang bersandar dikepala katil.
🤴 Mana you pergi? Lama I tunggu?
👧 Saya ingat awak dah tidur.. Saya dah nak balik?
🤴 I terjaga sebab you tiada.
👧 Tidurlah Mateen.. dah lewat
🤴 Temankan I malam ni.. boleh?
👧 Nope.. kita dah janji yang kita tak akan berhubung dalam masa 2 bulan kan?
Aara terus bergerak keluar dari bilik Mateen. Dia mempercepatkan langkahnya. Sedaya upaya Aara cuba untuk tidak mengikut kemahuan Matee kali ini dan akhirnya dia berjaya.
..............................
Kertas kerja diatas meja dipandang sepi oleh Aara. Hatinya begitu risau memikirkan soal kesihatan Mateen tambahan pula mesej yang dihantarnya kepada Mateen pagi tadi langsung tidak dibalas. Kerisauannya diganggu oleh deringan telefon miliknya. Aara hampir terlupa yang dia sudah berjanji untuk minum pagi bersama rakan sejawatnya yang lain. Sejak masuk kerja hingga jam menunjukkan pukul 10:30 pagi, Aara hanya membuang masa memikirkan tentang Mateen membuatkan dia kembali mengutuk dirinya sendiri lagipula Mateen hanya membaca mesej yang dihantarnya tanpa membalas.
Aara sempat menjenguk ke arah hangar yang menempatkan pesawat milik keluarga diRaja Brunei itu. Kelihatan pesawat itu perlahan-lahan bergerak meninggalkan hangar. Hati Aara begitu kecewa. Mateen pulang langsung tidak memberitahunya. Dengan hati yang sebal dia terus menuju ke cafe untuk bersama rakan sejawatnya yang lain menikmati minum pagi mereka.
Dalam perjalanan ke cafe, Aara terserempak dengan Mateen dan rakan-rakannya. Masing-masing berdiri kaku mengadap satu sama lain dalam kejauhan kira-kira 100.99cm selama beberapa saat sebelum Aara menghadiahkan satu jelingan sebelum dia membelok untuk masuk ke Starbucks Coffee. Mateen terus berlari mendapatkan Aara. Aara ditarik kedalam pelukkannya. Aara terus meronta-ronta minta dilepaskan. Gigitan kecil hinggap didada Mateen membuatkan pelukan dilepaskan. Mateen membalas dengan menggigit kuat jari milik Aara kemudian terus dicium semula jari yang digigitnya tadi.
🤴 Kenapa jeling?
👧 Saya tanya dah sihat ke belum kenapa tak balas?
🤴 I thought we could not get in touch
Aara terdiam mendengar jawapan yang keluar dari mulut Mateen. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak. Mateen kembali memeluk Aara.
🤴 I'm sorry Sayang.. I nak reply yang I dah sihat tapi I tahu after that mesti you dah tak kan fikir tentang I kan? I nak selalu ada dalam hati you.. dalam fikiran you..

ANDA SEDANG MEMBACA
Kekasih Hati MATEEN
RomanceC O M P L E T E 👧Aara Malaika seorang gadis dari Malaysia yang dibesarkan di Negara Brunei kerana Ayahnya bekerja di Kedutaan Besar Malaysia di Brunei 🤴Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ialah paduka anakanda kesepuluh...