Kekasih Hati MATEEN Part 42

697 19 7
                                    

Aara memandu laju Aston Martin V12 Vantage S hadiah pemberian Mateen sempena hari lahirnya yang ke 26 pada bulan Disember tahun lalu. Fikirannya sangat runsing sekarang ini. Pelbagai persoalan yang tidak masuk akal mula menerjah ke dalam otaknya. Aara cuba sedaya upaya untuk tidak terlalu fikirkan hal tersebut tetapi apabila ibunya sendiri yang mempersoalkan isu itu, Aara mula rasa tidak sedap hati.

Ianya bermula apabila Ibu dan kembar sepupunya itu datang ke Dubai untuk meraikan ulang tahun kelahirannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ianya bermula apabila Ibu dan kembar sepupunya itu datang ke Dubai untuk meraikan ulang tahun kelahirannya. Mateen tidak dapat turut serta kerana sedang bercuti di London tetapi selang beberapa hari selepas hari lahirnya, seorang jurujual dari Aston Martin di UAE datang menghantarkan hadiah dari Mateen iaitu sebuah kereta untuk Aara.

Pada malam itu, Eishaq ada bertanyakan tentang Nisha yang kerap bersama Mateen kemana sahaja Mateen pergi. Pada mulanya Aara malas mahu ambil kesah dengan apa yang dikatakan oleh Eishaq kerana dalam fikirannya Eishaq memang selalu berprasangka buruk tentang Mateen tetapi apabila ibunya pula yang menyoal mengapa Nisha mengikut rombongan ke Dubai dan menyambut hari lahirnya disini? Kenapa tidak disambut bersama keluarganya? Selalunya kita ingin menyambut hari lahir bersama orang yang tersayang. Rombongan Mateen ke London pada bulan Disember lalu juga turut disertai oleh Nisha. Begitu juga pada hari ini, Mateen menghadiri pertandingan Polo untuk Mabuhay Cup di Manila dan Nisha turut ada disana.

Aara mengambil keputusan untuk singgah ke Jumeirah Beach untuk mengambil angin sambil menunggu untuk melihat matahari terbenam. Kelembutan pasir di pantai dan kebiruan air laut mula menenangkan hatinya. Aara mula tenang apabila dapat menikmati keindahan alam dan memperlihat betapa besar kuasa PenciptaNya. Aara singgah untuk menunaikan solat di Masjid Aisha Umm Al-Mu'mineen sebelum terus pulang ke rumah.

Setibanya di rumah, Aara terus membersihkan diri sebelum merebahkan diri di atas katil. Aara memaksa matanya untuk lelap, akhirnya satu keluhan dilepaskan akibat dari matanya yang tidak mahu memberikan kerjasama. Dalam masa beberapa minit, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Aara sengaja tidak membawa bersama telefonnya ketika keluar tadi. Lambat-lambat dia menjawab panggilan dari Mateen. Jam di Dubai menunjukkan pukul 9 malam maknanya waktu Mateen di Manila sekarang sudah pun pukul 1 pagi.

🤴 Aara Malaika.. ke mana you pergi? Berkali-kali I call tak jawab. You buat I risau.

👧 Sorry Mateen

🤴 Jangan cakap you kerja hari ni Aara!! Hari ni hari cuti you kan? Mana you pergi?

👧 Saya keluar ambil angin tadi and I forgot to bring my phone.

🤴 You forgot to bring the phone? That's very weird.. Are you hiding something from me? It's been 3 months that you're behaving strangely Aara. Come on tell me what happened.

👧 Nothing happen Mateen cuma saya penat dengan kerja dan thesis.

🤴 So just quit and go back to Malaysia.

👧 Senang betul awak cakap

Aara mula meninggikan suara akibat tidak suka dengan sikap Mateen yang suka mengambil mudah. Mateen melepaskan keluhan kasar.

🤴 I perlukan seseorang di sisi I Aara.

👧 Sebab itu Nisha selalu ada bersama awak? Sebab awak perlukan seseorang.. begitu?

🤴 What do you mean? Kenapa perlu libatkan orang lain sedangkan you yang sedang berubah? 3 bulan Aara.. you sering ignore call and WhatsApp I. Apa salah I?

👧 Awak tahu apa maksud saya Mateen..

🤴 Are you jealous now?

👧 Entahlah Mateen.. saya tak tahu apa yang saya rasa sekarang.

🤴 Aara Malaika.. I akan jumpa you this coming Saturday.

Mateen terus menamatkan panggilan tanpa mengucapkan kata-kata cinta dan rindu seperti selalu. Aara mula tersedar sesuatu, Mateen memang sudah kurang mengucapkan kata-kata manis padanya begitu juga dengan panggilan sayang. Aara menarik nafas panjang sambil memaksa diri untuk tersenyum. Dia cuba untuk positifkan dirinya. Andai setakat ini sahaja hubungannya dengan Mateen, dia akur. Tiba-tiba perutnya terasa lapar. Berbunyi bunyi perutnya minta diisi. Aara terus berlalu ke dapur untuk menyediakan makanan untuknya. Sejak petang tadi Aara langsung tidak menjamah makanan. Sedang memikirkan apa yang patut dimasak tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Seorang rider dari Uber Eats sedang berdiri bersama beberapa jenis makanan untuk Aara. Mateen yang memesan beberapa jenis makanan itu dari atas talian untuknya. Aara terus mencapai telefon bimbit untuk menghantar ucapan terima kasih tetapi selepas beberapa minit, pesanan Aara langsung tidak dibalas.

 Aara terus mencapai telefon bimbit untuk menghantar ucapan terima kasih tetapi selepas beberapa minit, pesanan Aara langsung tidak dibalas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kekasih Hati MATEENWhere stories live. Discover now