Mateen menatap lama wajah Aara yang terlena akibat keletihan kemudian sebuah kucupan singgah didahi kekasih hatinya itu. Sepanjang perjalanan dari Abu Dhabi ke Dubai, masing-masing hanya mendiamkan diri tetapi jari jemari Aara langsung tidak dilepaskan dari genggaman Mateen. Sesekali jemari halus itu dikucupnya.
Sekilas Mateen melihat jam di tangannya. Timbul rasa serba salah dihati Mateen. Aara yang keletihan akibat baru pulang dari kerja terus dibawanya ke Dubai. Ciuman Mateen di pipi Aara akhirnya membuatkan Aara terjaga.
🤴 Kita dah sampai sayang.. Let's have dinner.
Aara menggeliat kecil untuk meregangkan urat-urat badannya kemudian matanya digosok. Matanya tidak mahu memberi kerjasama untuk buka sepenuhnya. Mateen terus keluar dari kereta dan menuju ke bahagian pintu penumpang. Pintu bahagian penumpang dibuka dan tangan Aara ditarik lembut untuk mengikutnya keluar. Aara gagahkan diri juga untuk berdiri tapi matanya masih ditutup. Mateen menarik badan Aara kedalam pelukkannya sementara sebelah tangan lagi menutup pintu kereta. Mateen mengangguk kearah valet boy tanda memberi keizinan untuk keretanya dibawa ke parking lot.
🤴 Piggyback?
Aara terus membuka matanya luas apabila mendengar pertanyaan Mateen itu. Mateen tertawa kecil dengan sikap Aara. Pipi Aara dibelai lembut sebelum jari Aara kembali diraih. Mateen membawa Aara ke Charley's Grilled subs untuk menikmati makan malam. Sebaik mereka duduk, makanan mula dihidangkan. Steak yang dipesan untuk Aara mula dipotong menjadi kepingan kecil oleh Mateen. Diambil satu kepingan lalu disuakan ke mulut Aara. Dengan malas Aara membuka mulut untuk menerima makanan itu sambil tangannya mula menarik pinggan yang berisi steak itu kehadapannya.
🤴 Biarla I yang suapkan you..
Aara hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu disuap. Makan malam mereka waktu itu sangat sunyi sekali. Selesai makan, Mateen mengajak Aara menyaksikan The Dubai Fountain. Tidak sah kalau ke The Dubai Mall tapi tidak melihat fountain yang bagai menari-nari itu lagipula dahulu jika dia datang melawat Aara, memang The Dubai Fountain merupakan tempat selalu mereka duduk santai dan berborak tentang segalanya.
🤴 Sayang.. Adakah Adam dihati you sekarang?
👧 Nope..
🤴 Habis kenapa dia sentiasa ada dengan you? Bercuti dan Bergambar bersama you and family?
👧 Tiada sebab saya nak ceritakan semuanya pada awak Mateen.
🤴 Kenapa upload gambar dia di instagram?
Aara terus mengeluarkan telefon miliknya. Gambar Mateen diambil dan terus dimuat naik ke instagram miliknya dengan caption "Bumped with Prince Mateen".
🤴 Bumped with Prince Mateen..
Terdengar ketawa keluar dari mulut Mateen perlahan.
🤴 Kenapa tidak beritahu yang kita memang sedang menyaksikan fountain bersama?
Notification like dan comment mula membuatkan telefon milik Aara asyik berbunyi-bunyi. Aara mula scroll instagram miliknya untuk membaca comment yang ditinggalkan. Rata-rata orang sudah tahu yang Mateen dan Aara merupakan rakan sepermainan ketika kanak-kanak jadi agak tidak mustahil jika Mateen turut sama meninggalkan comment di gambar itu.
"Hope this bumped can give us a sweet memories"
Beberapa saat kemudian rakan-rakan Mateen dan keluarganya mula meninggalkan comment mengucapkan "good luck" kepada Mateen. Tiba-tiba Aara merasakan yang dia memang tidak sepatutnya memuat naik gambar Mateen jadi dia terus memadam gambar itu.
🤴 Why?
👧 Saya tahu pasti akan ada orang yang akan screenshoot dan kisah ini akan viral.
🤴 Baguslah kalau begitu.. kita tidak perlu lagi sorokkan hubungan kita
👧 Kita tiada apa-apa hubungan Mateen!!
Tanpa persetujuan Aara, Mateen memuat naik gambar mereka berdua. Gambar itu diambil candid ketika Aara sedang melihat telefonnya jadi wajah Aara hanya terlihat dari tepi. Dengan caption "wish me luck" peminat-peminat Mateen mula meninggalkan comment. Ada yang berkata memang sudah agak sejak dahulu yang Mateen dan Aara memang mempunyai hubungan istimewa. Ada juga yang menafikan dengan menyatakan yang mereka hanya rakan baik sejak kecil tidak kurang juga yang bersetuju hubangan Mateen dan Aara lebih baik dari Mateen dan Nisha. Aara yang baru melihat gambar itu mula menggigit bibir tanda geram. Satu cubitan mula hinggap di perut Mateen. Tangan yang mencubitnya tadi terus diambil dan dicium sekilas sebelum dipeluk ke dadanya. Aara cuba menarik semula tangannya tetapi Mateen makin menguatkan pelukan itu. Apabila telefon milik Aara berbunyi, Aara menunjukkan nama pemanggil yang berada di screennya. Video call dari Eisyal
👱♀️ Gila!! Kau buat apa di Dubai dgn Mateen?
🤴 Hi Eisyal..
👱♀️ You culik cousin I ke?
🤴 You taknak tolong I.. so I kena usaha sendiri.
👱♀️ AARA MALAIKA!!
👧 Hei..jangan menjeritla. Aku kat luar ni. Semua orang pandang.
👱♀️ Kau dah inform Adam yang kau keluar dengan Mateen?
👧 Kenapa nak kena inform dia?
👱♀️ So maknanya kau dah pilih Mateen semula?
👧 Apa kau merepek di Eisyal? Aku tak pilih siapa-siapa la. Sudahlah.. nanti aku call kau semula
Aara terus menamatkan panggilannya. Satu keluhan dilepaskan sebelum satu notification menandakan ada pesanan di WhatsApp berbunyi. Aara melihat di screen. Pesanan dari Tuan Adam. Pasti Tuan Adam juga sudah mengetahui tentang ini. Telefonnya terus disimpan tanpa melihat isi pesanan itu dahulu.
🤴 Family you pun dah mula bencikan I kan?
👧 Mana ada.. mereka okay ja. Dah memang kita tak ada jodoh kan.
🤴 Siapa cakap kita tiada jodoh. You yang tak bagi I peluang.
👧 Peluang? Ini bukan kali pertama Mateen. Saya tak rasa yang saya boleh bersama awak semula. Apa dah jadi dengan hubungan awak dan Nisha?
🤴 I selesa bila Nisha selalu dengan I tapi I tak boleh.. I cuma rasa dia macam adik I
👧 Senangkan hidup awak.. apalah yang Nisha rasa sekarang. Mesti dia sedih
🤴 I tak pernah beritahu apa-apa pun pada Nisha.. Dia pun tak tahu yang I tinggalkan you untuk dia.
Tiba-tiba hati Aara menjadi sebak. Lelaki yang berjaya mencuri hatinya buat kali pertama ini telah meninggalkannya untuk bersama wanita lain. Matanya dipejam lama. Antara rindu dan marah sedang bercampur membuatkan hatinya dirasa semakin sakit.
👧 Saya tak boleh Mateen.. Saya tak boleh nak bersama awak semula.
YOU ARE READING
Kekasih Hati MATEEN
RomansaC O M P L E T E 👧Aara Malaika seorang gadis dari Malaysia yang dibesarkan di Negara Brunei kerana Ayahnya bekerja di Kedutaan Besar Malaysia di Brunei 🤴Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ialah paduka anakanda kesepuluh...