Kekasih Hati MATEEN Last Part

2.3K 38 12
                                    

Sedar tidak sedar masa 2 bulan yang diberi oleh Mateen untuk Aara berfikir tentang hubungan mereka hanya berbaki lagi 3 minggu sahaja. Dalam masa itu juga mereka langsung tidak berhubung seperti yang Aara mahukan. Tetapi tanpa Aara sedar sebenarnya Mateen ada datang ke Abu Dhabi beberapa kali dalam tempoh itu sekadar ingin melihat Aara dari jauh untuk melepaskan rindunya. Selain itu Mateen turut menugaskan seorang kenalannya yang turut tinggal di Abu Dhabi untuk memerhatikan Aara. Segala gerak geri Aara akan dilaporkan terus kepada Mateen. Aara langsung tidak perasan yang dia sering diperhatikan kerana terlalu sibuk dengan aktiviti seharian yang sentiasa berulang iaitu projek PhD dan kerjaya hakiki. Mateen sangat berharap dalam kesibukan Aara masih sempat memikirkan tentang hubungan mereka. Jadi Mateen sangat tidak sabar menantikan pengakhiran tempoh 2 bulan ini.

..............................

JUNE 2019

Reyna Checkered Kurung dan Thea Printed Kurung keluaran mimpikita sempena Lebaran 2019 yang dipos dari Malaysia oleh Eisyal di tenung lama. Aara meminta pertolongan Eisyal untuk membelikan baju Reyna Checkered yang diidamkan itu untuk dipakainya pada pagi hari raya pertama. Apabila menerima parcel yang dikirim itu dia terus bertanyakan pada Eisyal kerana turut menerima sepasang lagi kurung. Kata Eisyal baju itu dibelikan oleh Tuan Adam khas untuk Aara. Kemudian dibelek pula 3 pasang baju yang dipos dari Brunei oleh Mateen. Cutinya sempena hari raya hanyalah sehari tetapi Aara mempunyai sebanyak 5 pasang baju raya.

Ketukan di pintu bilik membuatkan Aara tersedar dari kelekaan membelek baju rayanya. Rakan Aara mengajaknya ke Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi untuk menyertai sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama hampir 250 orang rakyat Malaysia yang bermastautin di situ. Program itu bermula seawal jam 8 pagi didahului dengan takbir raya. Air mata mula mengalir di pipi apabila takbir raya mula berkumandang. Aara lantas teringatkan keluarganya yang berada jauh di Malaysia. Raya pertamanya tanpa keluarga di sisi. Selesai solat sunat Aidilfitri, mereka yang hadir turut disajikan dengan pelbagai hidangan seperti nasi impit, kuah kacang, satay dan nasi tomato untuk mengubati kerinduan kampung halaman masing-masing.

Program tersebut selesai hampir jam 11:30 pagi. Aara dan rakan-rakan mula beransur pulang ke kediaman masing-masing. Setibanya dia rumah, Aara mula menelefon Ibu dan Ayahnya. Bersungguh-sungguh Aara memujuk ibunya yang asyik menangis kerana terpaksa beraya tanpa anak tunggal mereka. Eishaq pula asyik mengusik tentang keseronokkan mereka menyediakan pelbagai juadah untuk menyambut hari raya di Malaysia esok bersama sanak saudara yang lain. Waktu sekarang di Malaysia adalah hampir jam 5:30 petang, selepas hampir sejam mereka berbual, Aara meminta izin untuk menamatkan panggilan dan berjanji akan menelefon semula nanti lagipula Ibunya perlu menyediakan juadah untuk berbuka kerana hampir kesemua sanak saudara berkumpul di rumah keluarga Aara untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri pada keesokkan harinya. Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 5 Jun manakala UAE menyambutnya pada 4 Jun.

Aara mula membuka aplikasi instagram. Pertamanya akaun instagram milik Mateen dicari. Sudah agak lama Mateen tidak memuat naik gambar. Mungkin kerana Mateen agak sibuk dengan aktivitinya. Keluhan kecil dilepaskan. Rindunya pada Mateen memenuhi ruang hatinya. Gambar Mateen berpakaian askar dan sedang tersenyum di tenung lama. Perlahan-lahan senyuman juga mula terukir dibibir Aara. Cincin pemberian Mateen mula dibelek sekali lagi. Sedang asyik menenung wajah kekasihnya itu tiba-tiba telefon milik Aara berbunyi. Panggilan dari Tuan Adam terus dijawab.

👨‍✈️ Selamat Hari Raya Aara

👧 Saya tak boleh nak wish kat awak la sebab awak belum raya kan?

Kekasih Hati MATEENWhere stories live. Discover now