🤴 Morning sweetheart
👧 Saya nak balik..
🤴 Come.. breakfast dengan I
👧 Sudahlah Mateen.. berhenti atur hidup saya.
Mateen mula menghampiri Aara. Pipi Aara dibelai lembut sebelum jemari Aara mula diraihnya dan digenggam erat lalu diletakkan ke dadanya.
🤴 Sayang.. berikan I satu lagi peluang. I akan jaga you lebih pada diri I sendiri.
Aara terus menarik tangannya dan ingin berlalu ke biliknya semula tetapi Mateen sempat menahan dengan memeluknya.
🤴 Let's get engaged
👧 No Mateen!! Lepaskan saya.
🤴 I tidak akan lepaskan you Aara. Sampai bila-bila pun I tak akan lepaskan you
👧 Dulu pun awak cakap benda yang sama Mateen..
🤴 I'm sorry.. Please berikan I peluang terakhir.
Aara mengendahkan Mateen. Dia terus berlalu ke meja makan. Mateen berlari kearahnya untuk menghidangkan sarapan pagi yang disediakannya untuk Aara. Selesai makan, Mateen mula mengemas dapur dan meja makan. Sewaktu Mateen mula membasuh pinggan, Aara mula berlari masuk ke biliknya lalu terus dikunci. Terdengar Mateen menjerit dari dapur yang dia memiliki kesemua kunci pintu yang ada dalam rumah itu. Aara sempat berdecit. Telefon dikeluarkan dari bag. Dia teringatkan pesanan dari Tuan Adam yang belum dibacanya semalam.
Leftenan Adam
Awak percaya dengan cinta selepas berkahwin?Leftenan Adam
Awak berminat untuk mencubanya?Leftenan Adam
Aara.. Sudikah awak menjadi suri hidup saya? 💍Leftenan Adam
Saya tahu awak bersama Mateen sekarang tetapi andai masih ada peluang untuk saya tolong tunjukkan sedikit tandaLeftenan Adam
Take careLeftenan Adam
Go to sleep
Off the lights
Out off tension
Dream about meNice dream
I Love you
Get up early
Have a nice day
Think about meGOOD NIGHT
Aara tersenyum membaca pesanan terakhir dari Tuan Adam. Walaupun tahu ayat itu pasti copy dari mana-mana tapi tetap dirasa lucu kerana ianya dihantar dari seorang Leftenan yang sangat tegas yang dikenalinya. Kali pertama bertemu Tuan Adam dahulu, sikapnya yang tegas dan mempunyai aura sendiri sangat disegani oleh Tentera Udara yang lain. Apabila mendapat tahu yang Tuan Adam ada menyimpan hati pada Aara, rakan-rakan tentera yang lain sempat mengucapkan tahniah kepada Aara kerana berjaya membuka hati Leftenan itu.
Pintu bilik Aara dibuka perlahan oleh Mateen. Dilihatnya Aara sedang tersenyum diatas katil sambil melihat telefon. Dia mula bergerak menghampiri. Hatinya meronta-ronta ingin tahu apa yang telah membuatkan Aara tersenyum. Aara yang terkejut melihat Mateen terus menyorokkan telefonnya kebawah bantal.
👧 Where are your manners?
Mateen terus menarik bantal dan telefon Aara terus diambil. Aara cuba untuk merampasnya semula. Kedua tangan Aara digenggam kuat sambil sebelah tangan lagi mula membuka telefon Aara. Pesanan dari Tuan Adam dibaca satu persatu. Hatinya menjadi sangat sakit. Mateen menoleh kearah Aara apabila kedengaran esakkan kecil. Perlahan-lahan Mateen melepaskan tangan Aara. Esakan yang tadinya cuma kecil makin lama makin kuat. Aara melepaskan segala kesakitan yang dirasanya dengan tangisan itu. Pergelangan tangan Aara yang mula kemerahan itu digosok perlahan oleh Mateen walaupun dia tahu yang Aara menangis bukan sahaja hanya kerana tangan yang memerah itu. Dagu Aara diangkat agar memandangnya. Hati Mateen juga bercampur baur antara marah, geram dan bengang dengan apa yang dibacanya tadi. Namun ada rasa kesal yang bermukim di dada selepas melihat tangisan Aara.
🤴 Adam boleh buat you tersenyum.. I hanya tahu buat you menangis.
Air mata Aara disapu perlahan. Mateen merenung kolam mata Aara yang masih berkaca. Aara terus memejamkan matanya. Bibir Mateen perlahan-lahan mendekati kelopak mata Aara terus dicium lama.
🤴 Tolong maafkan I Sayang.. kita mulakan sekali lagi. I sayangkan you Aara and I tahu yang you juga masih sayangkan I. Let's get engaged Sayang. Please..
👧 Let me think first
🤴 Fikirkan untuk pilih antara I or Adam?
👧 Jika begitu.. I would choose Adam.
Mateen mencebik mendengar kata yang keluar dari bibir Aara.
🤴 No you don't
Aara hanya menjeling. Sekali lagi bibir Mateen singgah ke dahi Aara.
👧 Stop it Mateen!!
YOU ARE READING
Kekasih Hati MATEEN
RomanceC O M P L E T E 👧Aara Malaika seorang gadis dari Malaysia yang dibesarkan di Negara Brunei kerana Ayahnya bekerja di Kedutaan Besar Malaysia di Brunei 🤴Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ialah paduka anakanda kesepuluh...