👧 insecure..
🤴 What?
👧 Hubungan kita..saya rasa insecure. Saya rasa takut..saya takut awak akan tinggalkan saya bila saya dah betul-betul sayangkan awak.
Aara terdiam seketika, begitu juga Mateen. Lama Aara merenung wajah Mateen ingin meminjam kekuatan sebelum kembali meluahkan apa yang dirasakannya selama ini. Mateen mengusap perlahan tangan Aara tanda dia akan sedia mendengar apa yang akan dikatakan oleh Aara.
Selama ini Aara sentiasa menahan perasaannya agar tidak terlalu sayangkan Mateen sedangkan hatinya meronta-ronta ingin luahkan bahawa dia sangat menyayangi Mateen. Apabila Mateen berada jauh darinya, Aara mula berfikir yang bukan-bukan seperti Bagaimana jika Mateen tinggalkannya? Bagaimana jika ada orang lain yang berjaya mencuri hati Mateen sehingga membuatkan Mateen melupakannya? Aara mula takut apabila memikirkan tentang semua itu jadi dia mengambil keputusan untuk tidak terlalu mengambil serious tentang hubungan mereka jadi apabila Mateen memutuskan hubungan mereka pun dia tidaklah terlalu kecewa. Oleh kerana itu juga dia tidak mahu hubungannya dan Mateen diketahui umum. Dia tidak mahu diketawakan orang jika Mateen meninggalkannya nanti.
👧 Eisyal cakap saya ni Philophobic..
🤴 I'm speechless..macam mana I boleh tak perasan semua tu. I feel like I'm a selfish.
👧 No Mateen..bukan salah awak. Saya yang selalu fikir yang bukan-bukan.
🤴 Aara Malaika..I betul-betul sayangkan you sepenuh hati I. Sejak kita kecil Aara..you pun tahu kan?
Aara mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Mateen. Ianya bermula selepas berpindah ke Malaysia. Aara menjadi takut kerana terlalu ramai rakan-rakan lelaki cuba mendekatinya jadi dia mengambil langkah dengan berlakon seperti sudah pun ada kekasih. Dia berpura-pura rapat dgn Eishaq seperti mereka adalah pasangan kekasih jadi rakan-rakan lelaki yang lain tidak lagi berani untuk mendekati Aara. Apabila Eishaq mula menaruh hati padanya, dia menggunakan Mateen pula. Dia mula meletakkan gambarnya bersama Mateen didalam bilik sewaktu tinggal bersama keluarga Eishaq. Begitu juga wallpaper Telefonnya, gambar Mateen dipilih untuk menghiasi wallpaper apabila dia mula sedar yang cara Eishaq melayannya sudah berlainan. Oleh kerana itu Eisyal memanggilnya Philophobic. Aara terlalu takut untuk bercinta kerana takut akan ditinggalkan.
🤴 I tidak akan tinggalkan you Aara kecuali apabila you sendiri yang sudah tidak perlukan I dalam hidup you. I akan undur diri kalau itu boleh buat you bahagia.
👧 Saya tahu awak sayangkan saya Mateen tetapi bila kita berjauhan macam-macam yang saya fikirkan.
🤴 So do not move to Dubai..
Let's get married so you'll always be close to meAara mencubit lengan Mateen.
👧 Awak tahu kan itu impian saya.
🤴 Is married to me not included in your wish list?
Mateen sudah mula pura-pura merajuk. Pelukkan dilepaskan, wajahnya dialihkan dan pandangan dilemparkan ke luar tingkap keretanya.
👧 Dah bosan tengok saya ke?
🤴 Hurm..ingatkan hari ni dapat merasa orang pujuk.
Mateen kembali menoleh kearah Aara. Pipi Aara dicubit dan diusap lembut. Aara hanya ketawa melihat tingkah Mateen. Dia pasti akan lebih merindui Mateen apabila berada di Dubai nanti.
🤴 let's get married after 2 years. I let you work there for 2 years, penuhi impian you. Kerja sepuas yang you suka. Selepas 2 tahun pulang ke sini dan stay with me. Boleh?
Senyuman dari bibir Aara tiba-tiba hilang. Dia tidak menyangka secepat itu Mateen akan mengajaknya berkahwin. Dia mula rasa bodoh kerana meluahkan tentang apa yang dirasanya sebentar tadi.
👧 Please do not get me wrong..I did not urge you to marry me. I'm not desperate.
🤴 Sayang.. The real intention I've asked you to come here is because I want to talk about our marriage. I think the time has come for us to move on to the next level.
Mateen mengeluarkan sebuah kotak hijau kecil bertulis Tiffany & Co jenama kegemaran gadis kesayangan yang berada dihadapanya sekarang. Badan Aara mula menggigil, apa yang sedang berlaku ini tiba-tiba dirasakannya sangat menyeramkan. Aara sangat berharap yang Mateen tidak akan melakukan apa yang sedang dilakukan sekarang. Perlahan-lahan senyuman yang terukir dibibir Mateen sejak tadi hilang. Dia agak kecewa dengan reaksi Aara. Fikirnya Aara pasti gembira dengan lamaran ini tetapi lain pula yang terjadi. Wajah pucat Aara ditenung lama.
🤴 Do you never expect that our relationship will end with a marriage?
Aara tiada jawapan untuk soalan Mateen itu. Perasaannya sekarang ini bercampur aduk. Apabila melihat wajah Mateen yang sedang kecewa, Aara mula mengutuk dirinya sendiri. Sampai hati dia membiarkan kekasih hati yang sentiasa mencuba buat dia bahagia kecewa dengan sikapnya. Aara cuba sedaya upaya menenangkan dirinya.
👧 Mateen.. Your life is full of protocols and I do not think I can follow any protocols.
🤴 That's just your alasan..Please do not give any more alasan Aara.
Perkataan alasan sengaja ditekankan sedikit oleh Mateen. Kotak cincin yang ingin diberikan pada Aara digenggam penuh geram. Hatinya sangat sakit. Aara meraih perlahan tangan Mateen yang sedang mengenggam kotak cincin itu.
👧 Kalau betul nak..cakapla sendiri dengan Ayah dan Ibu.
🤴 Serious Sayang? You buat I takut.. I think my proposal will be rejected. Thanks God
👧 Tapi..saya sukakan kerja saya. Perlukah saya berhenti kerja apabila kita sudah berkahwin nanti?
🤴 I have planned what we will do after we get married. I will set up a college and you will manage it. Aircraft academies such as MIAT.
Aara sangat terharu mendengar cadangan Mateen. Dia sendiri tidak menyangka yang Mateen akan melamarnya menjadi suri hidup putera itu.
👧 Bila saya sudah berada di Dubai nanti promise me no matter how busy you are, you will text me whenever you have time okay?
🤴 Of course I will do it.. and you!! no matter how tired you are, you will wish me good night before you sleep okay?
Aara mengangguk tanda bersetuju dengan perjanjian yang telah mereka buat. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya walaupun sesekali rasa sayu memagut hati bila mengenangkan dia bakal berjauhan dengan Mateen dan keluarganya.
Mateen mengeluarkan sebentuk T Wire white gold ring bertatahkan batu berlian yang ringkas lalu menarik lembut tangan Aara dan disarungkan ke jari jemari runcing milik Aara. Kemudian Mateen menunjukkan cincin dijarinya dari design yang sama iaitu Tiffany co T Wire tetapi diperbuat dari titanium
🤴 This ring is just as a sign that you belong to me and I just let you removing the ring when you go to work only.
👧 Ai..ai..Captain
Balas Aara sambil tangannya menggayakan tabik hormat dihadapan Mateen
YOU ARE READING
Kekasih Hati MATEEN
RomanceC O M P L E T E 👧Aara Malaika seorang gadis dari Malaysia yang dibesarkan di Negara Brunei kerana Ayahnya bekerja di Kedutaan Besar Malaysia di Brunei 🤴Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ialah paduka anakanda kesepuluh...