👧 I'm begging you..I want to go back to Abu Dhabi
Lama Mateen merenung wajah Aara yang sejak tadi merayu untuk pulang ke Abu Dhabi. Aara langsung tidak mahu memandang wajahnya. Dia faham betapa marahnya Aara dengan sikapnya pada kali ini.
🤴 Adakah tiada peluang untuk I lagi?
👧 Saya akan fikirkan Mateen cuma sekarang saya perlu pulang.
Tangan Aara kembali diraih.
🤴 Kita akan luangkan masa beberapa jam bersama sebelum I hantar you pulang. Pergi bersiap sekarang. I tunggu di bawah.
Mateen terus berlalu keluar dari bilik dan pintu ditutup perlahan. Sempat Aara mengomel tentang sikap Mateen yang tak habis-habis mahu mengarahnya itu ini tetapi omelannya terhenti apabila mendengar jeritan Mateen dari luar bilik yang menyatakan dia mendengar omelan Aara itu. Terus Aara bangun menuju ke wardrobe untuk menukar pakaian.
..............................
🤴 Sayang.. I tahu you dah tak sabar nak balik tapi you boleh pakai baju yang ada dalam wardrobe tu kan? Kenapa pakai baju ni?
👧 Kenapa tak boleh? Dulu awak cakap saya pakai apa pun nampak cantik!!
🤴 Yup.. I tak nafikan yang you memang nampak cantik but ini baju kerja you. Kita nak skydiving. Kenapa tak nak pakai baju dalam wardrobe tu?
👧 Itu semua baju yang awak beli..
🤴 So..?
👧 Saya dah pulangkan..
🤴 Sayang.. jangan macam ni please
Aara terus menunduk dan menggigit-gigit bibirnya. Terasa susah hendak mengeluarkan kata-kata itu. Mateen masih lagi merenung wajahnya. Ketika Mateen cuba untuk meraih jari jemari Aara..
👧 Saya dah tak muat semua baju-baju tu!!
🤴 What??!
Tawa Mateen terus meletus apabila mendengar kenyataan dari Aara itu. Memang dia akui yang Aara agak berisi sejak kali terakhir dia berjumpa Aara di Dubai dahulu. Tamparan halus dari Aara terus hinggap di bahu Mateen akibat dari geram mendengar tawa Mateen itu.
🤴 Okay.. Okay.. kita pergi cari baju baru dulu okay?
Aara hanya membalas dengan jelingan. Sempat Mateen menghadiahkan cubitan lembut di pipi Aara sebelum mula memandu ke Dubai Mall.
..............................
Aara mula mengeluh kerana sudah hampir 1 jam lebih mereka berada di butik Adidas hanya kerana Mateen tidak berpuas hati dengan baju dan jogger pant yang dipilih Aara. Terlalu kecil, terlalu singkat, terlalu ketat dan macam-macam jenis terlalu lagi yang keluar dari mulutnya. Mateen yang mula ketawa apabila mendengar keluhan dari kekasihnya itu terus bangun meengambil sehelai jogger pant berwarna hitam dan mempunyai logo adidas original kecil di poket dan 3 garisan putih di bahagian betis lalu diberikan kepada gadis jurujual yang sejak tadi setia menunggu mereka membuat pilihan. Kemudian Mateen pergi ke arah bahagian baju dan memilih sehelai baju berwarna putih juga mempunyai lambang adidas original di bahagian dada.
👧 Dari awal tadi awak yang pilih mesti kita dah siap
Mateen mengusap perlahan rambut Aara sambil tersenyum. Mereka terus beralih ke bahagian yang menempatkan kasut. Kali ini Mateen membiarkan Aara membuat pilihan. Aara mengambil Adidas Falcon Triple White dan diserahkan kepada gadis tadi.
YOU ARE READING
Kekasih Hati MATEEN
RomansaC O M P L E T E 👧Aara Malaika seorang gadis dari Malaysia yang dibesarkan di Negara Brunei kerana Ayahnya bekerja di Kedutaan Besar Malaysia di Brunei 🤴Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ialah paduka anakanda kesepuluh...