Kekasih Hati MATEEN Part 30

705 20 9
                                        

"Good Afternoon passengers. This is your captain speaking. First I'd like to welcome everyone on Emirates Airways Boeing 777. We are currently cruising at an altitude of 33,000 feet at an airspeed of 400 miles per hour. The time is 12:00pm. The weather looks good and with the Burj Khalifa on our side we are expecting to land in Dubai approximately fifteen minutes ahead of schedule. The weather in Dubai is clear and sunny,with a high of 27°c for this afternoon. If the weather cooperates we should get a great view of the city as we descend. The cabin crew will be coming around in about twenty minutes time to offer you a light snack and beverage. I'll talk to you again before we reach our destination. Until then, sit back, relax and enjoy the rest of the flight."

Aara terjaga dari lena apabila mendengar announcement dari Captain yang mengendalikan Boeing 777 milik Emirates Airways. Penerbangan hampir 7jam dari KL ke Dubai dirasa amat membosankan kerana kali ini tiada Eisyal yang sebelum ini sentiasa menemaninya kemana sahaja dia pergi. Aara memasang earphone ke telinga dan mendengar lagu-lagu dari Ed Sheeran yang di download di itunes sebelum berlepas tadi. Selepas hubungannya bersama Mateen putus, Aara lebih gemar mendengar lagu nyanyian Ed Sheeran.

Setibanya di Dubai International Airport, Aara terus menuju ke arah sepanduk yang tertera namanya. Dia menggunakan khidmat Chauffeur-drive untuk ke Hotel. Bermula dari penerbangan, hotel, pemandu hingga ke tempat Aara akan ditemuduga dan bersiar-siar sudah diuruskan oleh Eisyal. Sepupunya itu paling teruja apabila mendapat tahu Aara akan ke Dubai untuk tujuan temuduga. Ayah Aara yang menyemak jadual yang dibuat oleh Eisyal juga bersetuju. Pada mulanya Ayah Aara meminta untuk Eisyal menemani Aara tetapi pada saat-saat akhir Eisyal terpaksa membatalkan kerana ada hal lain. Ayah Aara juga nampak tidak kesah apabila Aara terpaksa ke Dubai bersendirian. Katanya sudah tiba masanya untuk anak kesayangannya itu belajar berdikari.

Driver terus membawa Aara ke Burj Al Arab. Aara terkesima kerana tidak menyangka sama sekali yang dia akan menginap disitu. Selesai check in, Aara terus dibawa ke hotel rooms. IPhone terus dicapai,Aara terus menelefon Eisyal.

👧 Kau kalau nak menghabiskan duit Ayah aku memang kau suka eh?

👱‍♀️ Pehal kau ni? Salam tak bagi tetiba nak tuduh aku yang bukan-bukan.

👧 Gila kau.. Aku tido kat Burj Al Arab kot!!

👱‍♀️ Ala..kau have fun dah la 😂

Eisyal terus menamatkan panggilan dengan ketawa yang menjengkelkan Aara. Jam menunjukkan angka 5:30pm waktu UAE, mata Aara mula mengantuk walau hari masih siang. Aara sempat update status di WhatsApp miliknya dengan perkataan "JETLAG" sebelum mula melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Usai menunaikan solat jamak qasar isyak ke maghrib mata Aara semakin mengantuk. Jam baru menunjukkan angka 6:40pm. Aara bangun lalu terus menutup lampu, langsir ditarik dan suhu pada air cond direndahkan. Aara mula merebahkan badan ke tilam dan selimut ditarik. Tidak lama kemudian dengkuran halus mula kedengaran. Aara sudah tertidur.

..............................

10jam berlalu akhirnya Aara terjaga dari tidur dengan sendiri. Dia ketawa kecil kerana dia sendiri tidak percaya yang dirinya sudah tidur sehingga 10jam. Aara mula membaca pesanan di WhatsApp dari keluarga dan rakan-rakannya.

👨‍👧 Ayah
Take care.

👱‍♂️ Eishaq
Do ur best!! Love U😘

Gatal..ngomel Aara setelah membaca pesanan dari Eishaq.

👱‍♀️ Eisyal
Jetlag pun tak pe la. Bilik hotel auummm

👨‍✈️ Tuan Adam
Pergi mana tu sampai jetlag?

👨‍🔧 Amir
Boss..janganla pindah sana. Kami semua dah rindu Boss

Status itu hanya di view oleh Mateen. Aara tersenyum melihat nama Mateen, dia melepaskan keluhan halus sebelum bersiap untuk solat Subuh. Selesai solat Subuh, Aara bersantai di balkoni sambil melihat pemandangan laut yang terbentang luas dihadapannya. Loceng bilik berbunyi. Aara tidak endahkan bunyi loceng itu. Masih terlalu awal untuk room service. Selang beberapa minit loceng biliknya tidak lagi kedengaran tetapi Aara dikejutkan dengan bunyi IPhone miliknya.

Abdul Mateen is calling.. 📲

Aara hanya melihat panggilan dari Mateen. Dia tidak rasa seperti mahu menjawab panggilan itu. Tiba-tiba loceng biliknya berbunyi sekali lagi. Hatinya mula rasa berdebar. Aara gagahkan diri ke pintu untuk mengintai. Kakinya terasa berat mahu melangkah. Selepas mengintai, Aara membuka pintu perlahan.

🤴 Sayang..

Kekasih Hati MATEENTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang