Kekasih Hati MATEEN Part 45

788 25 20
                                    

👱‍♀️ Aara.. Mateen is here

Aara yang ketika itu sedang berehat di balkoni sambil melihat gambar-gambar yang dirakam ketika bersiar-siar semalam terus menjadi kaku apabila diberitahu Eisyal yang Mateen berada disitu untuk berjumpanya. Wajah Mateen yang langsung tiada senyuman sedang berdiri di belakang Eisyal.

🤴 What is all this?

Aara mengerutkan dahi tanda tidak faham dengan pertanyaan Mateen. Tiba-tiba telefon Aara berdering menerima panggilan dari Tuan Adam kerana mereka sudah berjanji untuk breakfast bersama. Mateen terus mengambil telefon Aara dari atas meja dan terus menjawab panggilan dari Tuan Adam.

🤴 I think I've reminded you before Lieutenant.. Keep yourself away from my Malaika!!

Mateen terus menamatkan panggilan. Aara sedikit tersentak apabila Mateen masih lagi merasakan yang Aara miliknya.

👧 Excuse me.. What did you say? "My Malaika"? Awak dah lupakah Mateen?

🤴 You still mine Malaika!! Apa yang you cuba buat ni? Pindah ke Abu Dhabi tak inform I then you tinggal semua barang-barang yang I bagi pada you. Kalau Aston Martin tak call I bagitau you tak hantar kereta pergi service, sampai bila-bila pun I tak tahu yang you dah tinggalkan semuanya. Now you balik sini pun I tak tahu?

👧 Saya tak tinggalkan.. Saya cuma pulangkan barang yang dah tak jadi milik saya Mateen.

Mateen terus mengambil tempat disebelah Aara. Tangan Aara cuba diraih tetapi cepat-cepat ditarik Aara.

🤴 I rasa I tak boleh hidup tanpa you

👧 Awak boleh Mateen.. Awak boleh hidup tanpa saya. Awak ada Nisha dan dia sentiasa ada dengan awak.

🤴 No!! I tak boleh.. bila I tahu yang you dah tinggalkan semua I rasa kita dah semakin jauh dan semalam I tengok gambar you dengan Adam. I tak boleh..

👧 Come on Mateen.. move on!! Ini pilihan awak.. awak pilih Nisha so teruskan dengan pilihan awak. Now awak baliklah dulu.. awak juga bagitau Eisyal yang awak ada hal kan? So baliklah..

Aara terus keluar dari bilik menuju ke cafe tempat Eisyal, Eishaq dan Adam menunggunya. Sesudah bersarapan mereka terus melakukan pelbagai aktiviti bersama di SkyTrex Adventure. Eisyal sudah menceritakan kepada Eishaq dan Adam tentang berakhirnya hubungan Aara dan Mateen jadi mereka bersepakat untuk mengembirakan Aara. Mujur jugak Tuan Adam memang sedang bercuti panjang selepas sibuk dengan LIMA yang juga berlangsung di Langkawi tempoh hari.

Hari terakhir mereka di Langkawi, Tuan Adam mengajak Aara untuk makan malam berdua dengannya sambil melihat matahari terbenam dengan menaiki cruise. Eisyal sangat gembira sekali apabila Aara memberitahunya tentang ajakan Tuan Adam itu. Beria-ria dia menyiapkan Aara, di solek Aara seringkasnya seperti yang Aara mahukan. Tuan Adam menjemput Aara dari biliknya.

👱‍♀️ Tunggu sekejap!! Aku nak ambik gambar korang berdua kejap.. tunggu situ

Aara dan Adam hanya ketawa melihat gelagat Eisyal. Sempat Tuan Adam memuji kecantikan Aara pada malam itu. Wajahnya nampak berseri. Selesai bergambar mereka terus berlalu untuk menikmati makan malam. Eisyal pula seperti biasa, selepas mendapat tahu yang Mateen datang ke sini selepas melihat gambar Aara dan Adam di instagram miliknya terus di muat naik gambar yang diambilnya tadi dengan caption "Romeo ♡ Juliet". Selang beberapa minit telefon milik Aara berbunyi. Aara sengaja tinggalkan telefonnya dibilik kerana perlu dicas. Eisyal bergerak menghampiri telefon milik Aara. Apabila melihat nama pemanggil di screen telefon milik Aara, senyuman mula terukir di bibirnya.

Kekasih Hati MATEENWhere stories live. Discover now