Kekasih Hati MATEEN Part 39

653 22 11
                                    

Usai menjamu selera, Mateen membantu Aara mencuci pinggan dan mengemas dapur manakala Aara pula diarahkan untuk duduk bermalasan di ruang santai sambil menonton rancangan di Netflix. Sesekali mata Aara melirik kearah Mateen yang asyik mengelap meja makan. Senyuman terukir dibibir Aara. Bunga-bunga bahagia mula berputik di hatinya.

🤴 Sayang..

Aara cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke kaca TV selepas Mateen memangggil dan menoleh ke arahnya. Mateen mulai ketawa setelah dapat menangkap Aara yang sedang asyik memerhatikannya. Aara mula rasa berdebar kerana Mateen yang masih memakai apron mula berjalan menghampirinya. Bahu Aara diraih.

🤴 Curi-curi pandang I yea? I kacak kan?

👧 Huh!! Perasan

Aara menjeling tetapi pipinya mula membahang kemerah merahan akibat malu. Bantal yang ada berdekatan terus diambil lalu Aara menekapkan ke mukannya.

🤴 Pandangla sini Sayang..

Mateen menarik bantal itu dan dagu Aara diangkat perlahan supaya Aara menoleh kearahnya. Pipi Aara dicubit.

🤴 Why are you too cute?

👧 Sudahlah!! Kenapa panggil saya tadi?

🤴 I want you to check out my work. Are you satisfied?

Aara terus bangun untuk melihat dapur yang telah dibersihkan oleh Mateen. Tetapi Mateen lebih pantas menarik tangan Aara agar duduk diribanya lalu dipeluk erat.

🤴 Please stay with me for always Sayang..

Aara sempat menoleh kearah Mateen dan berterusan menatap dalam-dalam mata yang sudah berkaca itu.

🤴 I'm addicted to your love. I just really.. really.. really.. really love you Sayang

👧 Saya pun cintakan awak Abdul Mateen

Mateen menutup rapat matanya selepas mendengar ucapan cinta dari Aara. Dirinya rasa seperti tidak mahu lagi berada jauh dengan Aara. Tanpa sedar air matanya mula menitik jatuh ke pipi.

Aara mula menyeka air mata yang mengalir dipipi Mateen. Hatinya cukup tersentuh. Perlahan lahan didekatkan bibirnya ke kelopak mata Mateen lalu dicium sekilas. Aara bangun lalu tangan Mateen ditarik untuk bangun bersama.

👧 Pergilah berehat dibilik.. petang ni saya bawa awak ke satu tempat.

Mateen hanya mengangguk sambil tersenyum. Sempat dia membelai wajah Aara sebelum berlalu ke bilik untuk berehat.

..............................

Aara membawa Mateen berkunjung ke Dubai Miracle Garden yang terletak di Al Barsha Selatan. Taman yang dibuka sejak tahun 2013 merupakan taman bunga yang paling terbesar di dunia.

Mateen terpegun melihat replika pesawat Emirates Airbus A380 milik Emirates Airline yang dibentuk menggunakan bunga dan tanaman lain.

👧 Awak bertuah tau sayang sebab taman ni dibuka awal.. selalunya ianya akan dibuka semula pada bulan Oktober tetapi kali ni maybe mereka tahu awak nak datang so dibuka awal.

Panjang lebar Aara menerangkan kepada Mateen tentang taman bunga itu yang selalunya dibuka setiap bulan Oktober hingga Mac dan akan ditutup dari bulan April hingga September untuk penanaman semula bunga.

🤴 Still the same.. Sweet talker!!

Tangan Aara diraih dan digenggam erat. Mereka mula bersiar-siar sekeliling taman bunga itu.

Kekasih Hati MATEENWhere stories live. Discover now