Kekasih Hati MATEEN Part 41

673 20 7
                                    

Mateen banyak mendiamkan diri sepanjang hampir 9jam penerbangan dari Brunei ke UAE. Sesekali gambar yang dihantar oleh kenalannya yang menunjukkan Aara bersama rakan-rakannya sedang bergelak ketawa ditenung. Hatinya menjadi sakit apabila melihat wajah lelaki yang sedang berdiri disebelah Aara. Semenjak Mateen mendapat tahu yang Hussein telah ditukarkan ke Dubai dan bekerja bersama Aara, cemburu Mateen semakin menjadi-jadi. Puas Aara menerangkan tentang hubungannya dengan Hussein sememangnya tidak akan lebih dari seorang kawan. Hussein juga sudah bertunang tetapi alasan itu tetap tidak dapat menhilangkan perasaan cemburunya.

Rombongan MB Polo selamat tiba di Dubai, Mateen terus mengeluarkan IPhone miliknya untuk menghubungi Aara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rombongan MB Polo selamat tiba di Dubai, Mateen terus mengeluarkan IPhone miliknya untuk menghubungi Aara. Sengaja dia menyembunyikan kedatangannya ke Dubai pada kali ini untuk memberi kejutan kepada kekasihnya itu. Beberapa kali cubaan panggilan gagal disambung. Mateen melepaskan keluhan perlahan. Kakinya terus melangkah ke sebuah cafe dengan harapan Aara akan berada disitu kerana jam sekarang adalah waktu Aara selalu rehat untuk lunch dan cafe itu sering menjadi pilihan Aara dan rakan-rakannya.

Tekaan Mateen sangat tepat kerana ternampak Aara bersama 4 orang rakannya sedang menghampiri cafe tersebut. Sudah semestinya Hussein jua turut ada bersama kumpulan itu. Mateen berdiri disebalik tiang ditepi pintu masuk cafe sambil memerhatikan Aara yang sedang asyik bersembang dengan Hussein sambil berjalan masuk ke cafe. Sebaik sahaja Aara melintas masuk, lengannya ditarik lembut. Aara menjerit sedikit akibat terkejut lalu secara tidak sengaja Hussein terus menolak Mateen dan tangan Aara terus ditarik dari genggaman Mateen.

👧 Mateen..

Hussein terkejut mendengar nama yang disebut Aara terus menoleh ke arah Mateen.

🧔 Your Highness.. I'm sorry

🤴 It's okay.. After all it's my fault.

Mateen mengalihkan pandangannya kearah Aara yang masih terkejut. Rambut Aara digosok.

🤴 Forgive me for making you frightened Sayang..

Tangan Aara diraih dan jari jemari Aara digenggam erat.

🧔 Take a meal with us if Your Highness doesn't mind.

🤴 Thanks for the invitation but forgive me because I want to borrow your friend for this hour.

🧔 Of course, this beautiful lady is yours

Mateen hanya membalas dengan senyuman sinis lalu terus menarik Aara keluar dari cafe itu. Sebaik sahaja mereka keluar dari pintu cafe, Mateen terus melepaskan tangan Aara. Kedua-dua tangannya terus dimasukkan kedalam poket jaket yang dipakainya. Aara hanya diam mengikut langkah Mateen dari belakang. Dia tahu yang Mateen sedang cemburu sekarang.

Mateen terus berjalan memasuki Le Pain Quotidien dan mengambil tempat. Sebaik sahaja pelayan restaurant datang menghampiri, Mateen terus membuat pesanan.

Kekasih Hati MATEENWhere stories live. Discover now