Mateen sedang bersiap untuk menjemput Aara makan malam sebelum tiba-tiba mendapat panggilan dari Eisyal menyatakan Aara tidak bersetuju untuk pulang ke Malaysia bersama Mateen.
Sebentar tadi, Aara menghubungi Eisyal untuk bertanyakan tentang tiket untuk penerbangan pulang ke Malaysia miliknya. Eisyal memberitahu yang Mateen akan menghantarnya pulang dengan menaiki pesawat milik kerabat diRaja Brunei bersama rakan-rakan yang lain. Aara terus memarahi Eisyal kerana tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan menyatakan akan pergi ke Dubai International AirPort untuk mencari tiket penerbangan awal untuk pulang ke Malaysia sendirian. Mateen yang mendapat tahu hal itu dari Eisyal sedikit berkecil hati dengan sikap Aara.
Setibanya Mateen dihadapan pintu bilik Aara. Kakinya menjadi kaku. Dia tidak menyangka yang Aara masih lagi belum dapat memaafkan dirinya. Lama Mateen berdiri dihadapan bilik Aara sehingga pintu bilik Aara terbuka. Aara melihat Mateen berdiri dihadapan pintu biliknya sedikit terkejut.
👧 Kenapa Mateen?
🤴 I thought our relationship was already okay..am I wrong?
Aara tidak menjawab pertanyaan Mateen kerana dia tiada jawapan untuk soalan itu. Dia sendiri tidak pasti apa yang hatinya inginkan sekarang ini. Aara sayang dan cintakan Mateen tetapi Aara masih lagi belum bersedia untuk kembali menjalinkan hubungan mereka.
🤴 You perlukan masa untuk fikirkan tentang kita?
👧 I'm sorry Mateen..give me some time to think
🤴 Jadi you masih mahu fikirkan tentang hubungan kita? Itu sudah buat I rasa bersyukur Aara.
Mateen meraih tangan Aara lalu terus digenggam kuat seperti selalu. Hatinya kembali tenang. Mateen membawa Aara makan malam di sebuah restaurant barbeque. Rakan-rakan yang lain sudah menunggu mereka disitu. Mateen dan rakan-rakannya mula berbincang tentang rancangan ke Chennai untuk menghadiri perkahwinan salah seorang dari rakan mereka. Aara hanya mendiamkan diri kerana asyik mengunyah dari tadi akibat daripada Mateen yang sentiasa mengisi makanan ke pinggannya apabila dilihat makanan Aara hampir habis. Sedang mereka berbincang tiba-tiba Abin bertanya sama ada Aara akan turut serta. Semua mata tertumpu kepada Aara menantikan jawapan. Mateen langsung tidak pernah mengajaknya jadi dia hanya membalas dengan gelengan. Mateen tersenyum melihat Aara sambil mengambil lagi makanan lalu diletak ke pinggan Aara.
👧 Sudahla Mateen..saya dah kenyang.
🤴 Makanla lagi..I suka tengok you makan banyak
👧 Bila masa awak tengok? Sibuk borak dari tadi. Makan pun tak..
🤴 Feed me..
Aara buat-buat tidak dengar apa yang Mateen cakapkan. Dia kembali menyuap daging ke dalam mulutnya tetapi Mateen sempat menarik tangannya. Daging itu terus masuk ke dalam mulut Mateen.
🤴 Thanks Sayang..
Aara mencebik. Aara terus menyuap makanan ke mulut Mateen apabila Mateen sudah habis mengunyah. Mateen hanya ketawa sambil mengetuk dahi Aara.
Selesai makan, mereka berdua bersiar-siar mengambil angin malam di sekitar Jumeirah Beach.
🤴 You nak ke mana tadi?
👧 AirPort..
🤴 Alone? Kenapa tak ajak I?
👧 So awak tak kisah jika kita pulang berasingan?
🤴 Nope..I kisah because I want to spend more time with you but I understand yang you tak nak orang nampak yang you came back to Malaysia with me. So we will back to Brunei together and you will take a flight from Sabah to KLIA. Boleh?
YOU ARE READING
Kekasih Hati MATEEN
RomanceC O M P L E T E 👧Aara Malaika seorang gadis dari Malaysia yang dibesarkan di Negara Brunei kerana Ayahnya bekerja di Kedutaan Besar Malaysia di Brunei 🤴Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ialah paduka anakanda kesepuluh...