Kekasih Hati MATEEN Part 38

681 20 11
                                    

Ketika pasport milik Aara sedang diperiksa, sempat dia menoleh sekilas ke arah Mateen dan rakan-rakan yang lain. Dilihat mereka sedang asyik berborak diselang seli dengan gelak tawa. Usai mengucapkan terima kasih kepada pegawai imigresen itu, Aara terus melalui proses pemeriksaan keselamatan. Sekali lagi dia menoleh ke arah Mateen, seperti tadi Mateen masih bergurau senda tanpa sedikit pun menoleh kearahnya. Dengan berat hati Aara terus melangkah terus ke pintu pelepasan.

Sementara menunggu pengumuman naik pesawat, Aara sempat melihat IPhone miliknya kalau-kalau ada pesanan dari Mateen tetapi hampa. Air mata mula mengalir perlahan bagai hujan rintik yang membasahi bumi. Aara berasa sangat sedih namun cepat-cepat dia mengesat air mata dengan hujung sweatshirt miliknya namun air matanya masih mengalir laju.

🧔 Aara Malaika?

Aara sedikit tersentak selepas mendengar namanya dipanggil.

👧 Hussein..

🧔 Are you okay? Why are you crying?

Hussein merupakan rakan Aara sewaktu sama-sama belajar di Brunel University, London. Seperti Aara, Hussein juga merupakan seorang Licensed Aircraft Engineer di Abu Dhabi International Airport.

👧 I'm okay

Aara tersenyum kearah Hussein yang sedang menghulurkan handkerchief miliknya kepada Aara.

👧 I do not need it.. Thanks Hussein

Cepat-cepat Aara menyapu saki baki air mata di pipinya. Dia tidak mahu Hussein terus tertanya-tanya tentang dirinya yang sedang menangis sendirian.

Hussein terus mengambil tempat disebelah Aara lalu menghulurkan sebuah buku komik.

🧔 Read it .. I hope it will entertain you

👧 Thanks Hussein.. I will return it to you when I finish reading it

🧔 I will fly quickly to Dubai when you want to return it

Mereka sama-sama ketawa sedikit sebanyak dapat merawat kesedihan di hati Aara.

.........................

Aara terus duduk selepas memastikan nombor yang tercatit pada boarding pass sama seperti kerusi itu. Setelah itu dia terus mematikan alat elektronik miliknya lalu membuka slide tingkap sepenuhnya kerana kerusi Aara berada di tepi tingkap tiba-tiba kerusinya ditegakkan dan dirinya dipakaikan tali pinggang keselamatan.

👧 Abdul Mateen..

🤴 Surprise!!

Mateen menghulurkan sebatang pen kepada Aara untuk mengisi borang yang kebiasaanya diberi untuk penerbangan antarabangsa. Sepanjang mengisi borang hingga ke kapal terbang berlepas, Mateen hanya mendiamkan diri. Sesekali dia menoleh ke arah Aara dan membelai pipi Aara kemudian kembali mendengar lagu. Aara hanya memerhati kelakuan Mateen tanpa berkata apa-apa, akhirnya Aara membuang pandangannya keluar tingkap.

🤴 You don't want me here?

👧 What do you mean Mateen?

🤴 Why you need to look out the window while I'm here?

👧 Awak yang hanya mendiamkan diri sejak tadi Mateen.

Mateen meraup kasar wajahnya. Kira-kira Aara, sudah lama dia tidak melihat wajah Mateen sebegitu. Selepas mereka kembali menjalinkan hubungan semula selepas berpisah, Mateen sentiasa berwajah ceria.

🤴 I hate to see you with other guys. Apa tadi tu? You're crying and the man stretched out a handkerchief to you!! Owh..So sweet

Air mata Aara yang sudah berhenti tadi kembali mengalir laju. Dia benar-benar terkilan dan kecewa selepas mendengar kata-kata Mateen.

Kekasih Hati MATEENWhere stories live. Discover now