Aara gembira dapat pulang bercuti ke Malaysia setelah 8 bulan bekerja di negara timur tengah itu. Setibanya di KLIA, Aara terus mencari Eishaq yang sejak awal beria-ria mahu menjemputnya tetapi langsung tidak kelihatan. Berkali-kali Aara cuba menelefon Eishaq tapi langsung tidak dijawab. Akhirnya Aara terus bergerak menuju ke luar untuk mendapatkan teksi. Tiba-tiba Eishaq berlari memintas Aara.
👱♂️ Nak pergi mana?
👧 Cari teksi la..kau lambat
👱♂️ Aku ada sejak tadi la.. saja nak buat kau tunggu. Asyik aku je tunggu kau
👧 Tak kelakar la Eishaq.. aku letih
Eishaq terus mengambil luggage dan sebelah tangan lagi menarik lengan Aara sekadar tanda ingin memimpin Aara. Eishaq bersikap gentleman dengan segera membukakan pintu di bahagian sebelah pemandu untuk Aara dan ketika Aara ingin masuk ke dalam kereta, Eishaq memegang kepala Aara agar tidak terhantuk. Aara hanya menahan ketawa dengan sikap Eishaq yang dirasa mengada-ada itu. Selesai memasukkan luggage di bonet, Eishaq terus masuk ke dalam kereta dan ingin membantu memakaikan Aara seat belt tetapi belum sempat dia menarik seat belt itu Aara terlebih dahulu menggigit lengan Eishaq.
👱♂️ Adoi Aara!! Kenapa gigit aku!! Sakitnya..
👧 Mengada betul kau Shaq!! Ingat aku bebudak ke?
👱♂️ Tak romantik la kau ni Aara.. kesian pulak aku dengan Mateen.
Tawa Aara terus berhenti ketika mendengar nama Mateen. Sengaja Aara tidak menceritakan tentang perpisahannya dengan Mateen kepada sesiapa. Dia belum bersedia untuk menangis. Sebetulnya dia tidak mahu menangis. Selepas Aara menghantar semula barang-barang yang Mateen berikan kepadanya, dia sudah pun nekad untuk memulakan sebuah hidup baru tanpa bayang-bayang Mateen. Ada juga sekali dua Mateen menghantar WhatsApp bertanya khabar dan bertanya kenapa Aara memadam account Instagram miliknya. Sengaja Aara membalas pada hari esok atau lusa sekadar cara untuk menunjukkan yang dia sibuk. Mesej-mesej dari Mateen juga akan terus dipadam selepas dibaca. Kadang kala ketika cuti, Aara terus off kan telefonnya. Sedikit menyesal terdetik dihatinya ketika menyatakan masih ingin menjadi kawan Mateen, sepatutnya dia dan Mateen memang tidak patut berhubung langsung. Akhirnya keluhan dilepaskan.
👱♂️ Kau okay tak ni?
👧 Kenapa pulak aku tak okay?
👱♂️ Dah tu kenapa mengeluh?
👧 Panasla Malaysia ni..
👱♂️ Haah la.. tempat kau kan hari-hari ada salji kan?
Aara hanya membalas kata-kata Eishaq dengan jelingan.
👱♂️ Eeii.. takut
Akhirnya mereka sama-sama ketawa.
Dari KLIA mereka terus ke rumah Eishaq. Esok adalah hari pertunangan Eisyal dan kekasihnya. Atas sebab itu juga Aara pulang ke Malaysia kerana tidak mahu terlepas untuk melihat majlis pertunangan sepupu merangkap rakan baiknya itu. Aara terus bersalaman dengan sanak saudara yang lain. Ada yang menegur kerana badan Aara semakin berisi dan mengusik agar Aara diet tetapi Eishaq mempertahankan dengan menyatakan Aara semakin cantik kerana mempunyai pipi yang sedikit chubby.
Selepas puas berborak dengan Ibu dan sanak saudaranya yang lain, Aara terus pergi ke dapur untuk mendapatkan Eisyal. Tejengket-jengket Aara berjalan kearah Eisyal dengan niat ingin mengejutkan sepupunya itu.
👱♀️ Aku nampakla bayang kau dari peti sejuk depan ni
👧 Ala kau ni.. dah nampak pun tak boleh ke buat-buat terkejut? Tak hargai langsung usaha aku
YOU ARE READING
Kekasih Hati MATEEN
RomanceC O M P L E T E 👧Aara Malaika seorang gadis dari Malaysia yang dibesarkan di Negara Brunei kerana Ayahnya bekerja di Kedutaan Besar Malaysia di Brunei 🤴Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ialah paduka anakanda kesepuluh...