C O M P L E T E
👧Aara Malaika seorang gadis dari Malaysia yang dibesarkan di Negara Brunei kerana Ayahnya bekerja di Kedutaan Besar Malaysia di Brunei
🤴Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ialah paduka anakanda kesepuluh...
Hari ketiga Aara dimasukkan ke wad akhirnya dia sudah dibenarkan pulang tetapi doktor nasihatkan untuk berehat. Disebabkan esok sememangnya hari cutinya jadi dia tidak memerlukan MC tambahan. Eisyal masih lagi memujuk Aara untuk memberitahu keadaan kesihatannya kepada Mateen. Ini kerana Mateen masih menunggu panggilan telefon dari Aara sejak hari Aara jatuh pengsan tempoh hari. Mateen ada menelefon Eisyal tetapi atas amaran Aara, Eisyal tidak memberitahu Mateen tentang Aara dimasukkan ke wad.
👱♀️ Ah!! Aku tak kira. Kau nak marah aku ke nak merajuk dengan aku ke, aku tetap nak bagitau Mateen. Kau memang suka ye dia fikir yang kau dah tak nakkan dia?
Aara mengalihkan pandangannya ke luar cermin kereta yang sedang dipandu Eisyal itu. Langsung dia tidak melayan apa yang dikatakan oleh Eisyal. Dia mengambil langkah mendiamkan diri.
👱♀️ Kau tak boleh terus macam ni tau Aara. Kau marah ke apa ke kau kena luahkan. Ni tak semua benda kau nak simpan sorang-sorang sampai sakit. Kau nak jadi gila ke? Degil!!
Setibanya dirumah, Aara terus naik ke biliknya. Eisyal sempat menjerit dari bawah yang dia akan memberitahu Mateen tentang apa yang terjadi pada Aara.
Eisyal mengeluh apabila Aara langsung tidak menjawab apa-apa lantas terus diambil IPhone dari slingbag dan nama Mateen dicari. Selepas panggilannya dijawab Mateen, Eisyal mula ceritakan apa yang berlaku pada Aara sepanjang tiga hari ini. Mateen sudah mula risau tetapi Eisyal memberitahu yang kesihatan Aara beransur pulih dan meminta Mateen memberi peluang untuk Aara berehat sekarang.
..............................
Selesai solat Isyak bersama Ibu dan Ayahnya, Aara meminta diri untuk masuk ke biliknya kerana ingin berehat. Setibanya dibilik, Aara terus mengambil IPhone yang dicas. Terdapat 3 missed call dari Mateen. Apabila Aara ingin meletakkan IPhonenya semula, ianya berdering sekali lagi. Aara dengan malas menjawab panggilan dari Mateen.
🤴 Aara Sayang..How are you now?
👧 I feel great
🤴 I really feel bad now because I'm not with you when you're sick.
👧 Betulkah awak rasa begitu? because you look happy there.
🤴 I'm happy here? What do you mean Aara? Since that day, I waited for a phone call from you because you promised to call me again. You know what I feel when I know you're sick but you did not tell me? You hurt me Aara.
👧 Mateen..Go and find a girl who will never hurt your heart again. I do not deserve to be with you.
🤴 Are you rejecting me? Adakah I memang tiada lagi dalam hati you?
👧 Bukan begitu maksud saya Mateen..
🤴 You terlalu banyak alasan sekarang.
Mateen mengeluh perlahan sebelum meneruskan percakapan.
🤴 Kita akan bincangkan semula apabila I pulang nanti. Pergilah berehat.
Mateen terus menamatkan panggilan. Dia sendiri tidak faham apa yang Aara mahukan. Hatinya semakin sakit, tanpa sedar air mata mula mengalir dari mata garang miliknya itu.
Selepas pulang dari Chennai, Mateen kembali sibuk dengan urusan negara. Dia ingin memberi sedikit ruang untuk Aara berfikir jadi dia mengambil langkah untuk tidak menghubungi Aara buat sementara waktu.
Aara telah menerima email dari pihak syarikat yang menemuduganya tempoh hari menyatakan dia diterima bertugas di Dubai jadi Aara mula sibuk menguruskan beberapa jenis document sebelum berhijrah pada bulan Ogos ini.
..............................
JULY 2018
Aara menerima panggilan dari Mateen 2 hari lepas memintanya datang ke Brunei bertemu Mateen. Dia tiba berseorangan di Brunei AirPort pada jam hampir 5:30 petang lalu terus dibawa ke persisiran Brunei Bay oleh pemandu Mateen.
Sepanjang perjalanan, Aara hanya membuang pandangan ke luar tingkap sehingga dikejutkan oleh suara pemandu Mateen menyatakan mereka sudah tiba di destinasi. Aara terus turun dari kereta setelah mengucapkan terima kasih.
Dari jauh kelihatan Mateen sedang menikmati pemandangan matahari terbenam yang sangat indah. Aara berjalan menghampiri Mateen. Dia berdiri disisi kereta Mateen dan satu deheman kecil diberikan agar Mateen menyedari kehadirannya ketika itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Mateen lantas menoleh apabila mendengar deheman lalu senyuman mula terukir apabila melihat orang yang paling dirinduinya sudah berada didepan matanya sekarang. Mateen melompat turun dari bumbung kereta dan terus menghampiri Aara. Sebelah tangan Aara diraih dan dicium sekilas kemudian diletakkan didadanya.
🤴 Did you know how much I miss you?
Aara hanya menggeleng tanda membalas soalan dari Mateen.
🤴 Infinity
Aara menunduk dan masih mendiamkan diri kerana tidak tahu apa yang perlu dikatakan olehnya sekarang. Dia juga rindukan Mateen..rindu sangat dan dia sangat gembira apabila Mateen menelefon dan meminta dia datang ke Brunei. Hatinya merasa resah, gelisah, gundah gulana dan cemburu. Ya!! Aara mula merasa cemburu apabila gosip mula berbunyi tentang hubungan Mateen dan Nisha sehingga Aara pernah berfikir yang Mateen tidak mengajaknya ke Chennai bersama adalah kerana adanya Nisha.
🤴 Sampai bila you nak diamkan diri macam ni..sampai bila nak merajuk? Bila hubungan kita nak kembali okay Sayang? I dah tak larat nak tanggung rindu.
👧 Bila masa saya merajuk?
🤴 Habis kalau tak merajuk kenapa diam je? Mulut dah kena kunci ke? Mana lubang kunci? Mari I cari nak bukakan
Usik Mateen sambil jarinya mencucuk-cucuk pipi dan bibir Aara. Akibat geram kerana dicucuk, Aara membuka mulutnya dan mula menggigit jari Mateen. Mateen ketawa kerana telatah Aara yang sentiasa menghiburkan hatinya. Kepala Aara ditarik dan dirapatkan ke dadanya.
👧 Saya nak duduk..saya jetlag
🤴 Owh sorry..I lupa yang Malaysia ke Brunei sangat jauh sampai you jetlag
Balas Mateen menyindir Aara. Satu cubitan hinggap di lengan Mateen hadiah dari Aara akibat menyindirnya. Tangan Aara diraih lalu Mateen membawanya masuk ke dalam kereta. Kemudian Mateen berlari masuk ke bahagian pemandu.
👧 Kenapa lari? Jatuh nanti..
🤴 Kalau jalan nanti lambat..I dah mula rindu time tutup pintu you tadi.
Aara hanya mencebik mendengar kata-kata Mateen tetapi dalam masa yang sama pipinya sudah bertukar rona kemerah-merahan. Mateen merenung lama wajah kekasih hati yang sangat dirinduinya itu. Dia kembali meraih semula tangan Aara dan digenggam seeratnya.
🤴 Please tell me now what I need to do to get your love back Sayang?