Aktiviti cuti Aara yang terakhir sebelum pulang bekerja di Abu Dhabi ialah menonton konsert Ed Sheeran bersama 2 orang sepupunya dan Adam. Tiket konsert kali ini ditaja oleh tunang Eisyal. Sepatutnya tunang Eisyal juga akan turut serta menyaksikan konsert ini bersama mereka tetapi secara tiba-tiba dia perlu ke Australia kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan, jadi Eisyal mengajak Tuan Adam untuk menggantikan tempat tunangnya. Tuan Adam pula seperti orang mengantuk disorongkan bantal terus bersetuju dengan ajakkan Eisyal itu. Walaupun Ed Sheeran bukanlah salah seorang penyanyi kegemarannya tetapi untuk meluangkan masa dengar Aara, dia sanggup melakukan apa sahaja. Inilah yang dinamakan cinta?
"Saw you walk inside a bar
He said something to make you laugh
I saw that both your smiles were twice as wide as ours
Yeah, you look happier, you do" -Ed SheeranApabila lagu Happier berkumandang, Eishaq mula merekod untuk dimuat naik ke live story instagram miliknya. Ketika bait-bait lirik lagu ini dinyanyikan, Eishaq terus mengubah lensa kamera ke arah Eisyal, Aara dan Tuan Adam. Ketika itu Tuan Adam sedang bertepuk tangan sambil ketawa kerana Aara dan Eisyal begitu bersemangat menyanyikan lagu itu bersama.
Sudah pasti Mateen merupakan salah seorang dari viewer yang menyaksikan live story di instgram milik Eishaq itu. Wajah Aara nampak begitu gembira saat itu dan wajah gembira milik Aara itu membuatkan senyuman terukir dibibir Mateen kerana dia sangat merindukan wajah itu saat ini walaupun hatinya sangat sakit kerana Tuan Adam juga ada bersama.
👸 You rindukan Aara?
🤴 I have done a big mistake
👸 Ya and you pasti telah diajar untuk betulkan semula kesalahan yang you dah buatkan? Dapatkan cinta Aara semula.. I tahu yang cintanya juga masih milik you
🤴 Tetapi Aara dilihat begitu gembira apabila bersama leftenan itu.
👸 Itu hanyalah lirik lagu Ed Sheeran..
Akhirnya Mateen ketawa. Walaupun nada yang keluar dari mulut kakaknya itu agak mendatar tetapi Mateen tahu kakak kesayangnya itu cuba membuat lawak untuk mengembirakan hatinya.
👸 I know yang you pun pasti juga boleh membahagiakan Aara. You kenal Aara lebih lama dari leftenan itu kenal Aara.
..............................Tuan Adam tiba awal di Airport. Hari ini Aara akan pulang semula ke Abu Dhabi jadi Adam juga ingin turut serta untuk menghantar gadis itu.
Aara dan keluarganya tiba 15minit selepas Tuan Adam. Apabila Tuan Adam ternampak kelibat Aara, dia terus jalan menghampiri mereka. Eisyal terus memperkenalkan Tuan Adam kepada Ibu dan Bapa Aara.
👨👧 Kenapa Aara tak pernah ajak Leftenan Adam datang ke rumah untuk kenalkan dengan Ibu dan Ayah?
👧 Ayah ni.. Tuan Adam sibuk lagipun kami hanya kawan Ayah
👨👧 Kalau kawan sekalipun Ayah tak boleh nak kenal ke?
👨✈️ InsyaAllah nanti kalau berkesempatan saya akan singgah ke rumah Dato Seri
Tuan Adam dan Ayah Aara mula berborak tentang pekerjaan Tuan Adam sendiri sebagai Leftenan. Nampak seperti Ayah Aara begitu menyenangi sikap Tuan Adam yang humble. Sebelum Aara berlepas, mereka sempat mengambil gambar beramai-ramai untuk kenang kenangan. Aara sempat memuat naik gambar tersebut ke instagram miliknya dengan caption "will be missed❤"
👨✈️ Tunggu.. jangan post lagi. Kita post sama-sama
Tuan Adam menunjukkan telefonnya kepada Aara yang dia juga ingin memuat naik gambar yang diambil tadi dengan caption "will miss you always ❤".
👱♀️ Wei korang.. aku pun dah upload gambar tu siap tag korang lagi. Ingatkan korang tak upload tadi
Mereka sama-sama ketawa apabila gambar itu selesai dimuat naik. Aara bersalaman dengan semua ahli keluarganya sebelum berlalu ke balai pelepasan. Sempat Tuan Adam berpesan agar Aara sentiasa menjaga dirinya ketika berada disana dan juga berjanji untuk akan menjawab panggilan dari Tuan Adam tidak kira waktu. Aara hanya ketawa mendengar pesanan dari Tuan Adam. Ketika mereka bersalaman, air mata sudah mula bertakung memenuhi mata Aara dan hanya menunggu saat untuk tumpah.
👨✈️ Jangan menangis Aara Malaika.. awak buat saya tidak mahu lepaskan awak pergi
👧 Jangan berharap apa-apa dari saya Adam.. saya selesa berkawan dengan awak
Tuan Adam hanya tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut gadis yang dicintainya itu. Sempat Tuan Adam menyapu air mata yang mula tumpah membasahi pipi milik Aara sebelum Aara mula bergerak masuk ke balai pelepasan.
..............................
Seminggu berlalu.. Aara bergerak laju menuju ke kaunter Starbucks Coffee di Abu Dhabi International Airport. Tekaknya betul-betul terasa ingin dibasahkan dengan Caramel Cocoa Cluster Frappuccino sebelum pulang ke rumah. Sejak bangun tidur pada pagi tadi dia sudah mengidamkan minuman itu. Sementara menunggu barista menyiapkan minumannya, Aara sempat meninjau kaunter kek dan cookies. Disebalik pantulan cermin pada kaunter itu Aara terlihat wajah seseorang yang sangat dikenali sedang merenung tajam kearahnya. Aara terus berdiri dan bergerak ke kaunter. Selepas menerima minuman yang dipesan, Aara terus berlari keluar tetapi nasibnya tidak baik kerana tiba-tiba trolley train yang agak panjang memintas di hadapannya membuatkan Aara terperangkap di pintu Starbucks Coffee itu.
🤴 Hi Miss Malaika..
Aara hanya membalas hai tanpa menoleh ke arah Mateen.
🤴 I tahu you dah nampak I sejak tadi. You cuba larikan diri dari I?
👧 Saya dah lambat.. Saya pergi dulu
Cepat-cepat Mateen menarik lengan Aara untuk menahan gadis itu dari pergi. Mateen tahu yang shift Aara sudah tamat. Sebenarnya Mateen sudah berada di Abu Dhabi sejak tengah hari tadi. Sengaja dia tidak terus ke hotel kerana ternampak kelibat Aara dan rakan-rakannya ke salah satu restaurant di situ untuk lunch jadi Mateen mengambil keputusan untuk terus menunggu. Ketika berada di Starbucks Coffee, dia sangat berharap agar akan bertemu Aara disini dan harapannya menjadi kenyataan.
Mateen membawa Aara terus ke kenderaan jenis Aston Martin V12 Vantage S yang dahulunya dihadiahkan kepada Aara. Pintu sebelah penumpang dibuka untuk Aara.
🤴 You miss this car?
👧 Nope..
🤴 You know that you are not good at cheating
👧 Awak nak bawa saya ke mana Mateen?
🤴 Kita akan pulang ke Dubai
👧 What? Ke Dubai!! Sekarang?
🤴 Yes Sayang..
YOU ARE READING
Kekasih Hati MATEEN
RomanceC O M P L E T E 👧Aara Malaika seorang gadis dari Malaysia yang dibesarkan di Negara Brunei kerana Ayahnya bekerja di Kedutaan Besar Malaysia di Brunei 🤴Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ialah paduka anakanda kesepuluh...