Bab 2

503 29 0
                                    


"Ashley? tak ada orang nama Ashley dalam kelas nie" kata seorang pelajar perempuan yang berdiri dihadapan pintu kelas. "Kalau macam tu tak apalah" kata Lena sambil tersenyum. Dia kemudian pergi meninggalkan kelas itu. "Ugh.. mana pulak aku nak cari perempuan tu" keluh Lena. Dia memandang Buku Notanya. "Lain kali cakap lah kelas sekali.... Budak tu" kata Lena lagi. Dia berjalan menuju kearah kelas seterusnya.

Beberapa minit telah berlalu tetapi dia masih belum menjumpai pelajar bernama Ashley. "Tolonglah... Aku dah tak sanggup!" kata Lena lalu terduduk dihadapan pintu kelas. Dia mengetuk pintu tersebut. Beberapa saat kemudian pintu dibuka oleh seorang pelajar perempuan yang memakai sarung tangan. "Ah... kau okey?" tanya pelajar itu cemas. "Tak... aku rasa macam nak matiii..." kata Lena. Dia bersandar pada pintu kelas itu.

"Ada apa-apa yang aku boleh tolong?" tanya pelajar itu. "Dalam kelas nie... Ada tak pelajar nama Ashley?" tanya Lena. Pelajar itu memandang Lena pelik. "Kenapa kau cari dia?" tanya pelajar tersebut. "Aku nak jumpa dia... so dia dari kelas nie?" tanya Lena lagi. Pelajar itu mengangguk. "Yea dia dari kelas nie" kata Pelajar itu lalu menghulurkan tangannya. "Nama aku Ashley william" kata pelajar itu.

Lena terkejut. Dia terus bangun lalu memegang tangan pelajar itu. "Akhirnya... terima kasihh" kata Lena. Dia hampir menangis. "Oi... kau okey tak?" tanya Ash bimbang. "Aku okey sangat... Anyway aku and kawan aku nak jumpa dengan kau dekat bumbung sekolah waktu rehat nie okey Ashley?" kata Lena. "Yea.. and panggil aku Ash jer" kata Ash sambil tersenyum. "Baiklah..." kata Lena lalu pergi meninggalkan Ash disitu.

°°°°°°°°


Ash memandang Amy dan Lena. "Kau nak apa dari aku?" tanya Ash pelik. Amy hanya diam. Dia memandang Lena. "Um.. kitorang nak mintak kerjasama kau untuk tolong kitorang.." kata Lena. Ash memandang mereka berdua pelik. "Kerjasama? dalam?" tanya Ash. "Selesaikan kes pembunuhan yang berlaku kat sekolah nie" kata Amy.


Ash mengangkat keningnya. "Why aku?" tanya Ash lagi. Amy dan Lena memandang sesama sendiri. "Sebab kau sama macam kitorang?" kata Lena. "Dari segi?" tanya Ash. "Jantina? duhh" kata Amy selamba. Suasana menjadi sunyi. Lena dan Ash memandang Amy. "What? tak lawak ker?" tanya Amy. Mereka berdua mengeleng serentak. "Okey fine... aku just nak membantu" kata Amy lalu bersandar pada dinding berdekatan pintu.


Lena mengeluh lalu memandang Ash semula. "Kita kat mana tadi? ouh yea kita sama" kata Lena. Ash mengerutkan dahinya. "Aku still tak faham" kata Ash. "Maksud aku kitorang pon sama macam kau.." kata Lena. Ash mengeluh. "Kalau kau cuma nak main-main kan aku lebih baik kau lupakan je" kata Ash lagi lalu berjalan meninggalkan mereka berdua.

"Tunggu.." kata Lena. Tetapi diabaikan oleh Ash. Dia mengeluh. "Macam mana nie" kata Lena. Amy mengangkat bahunya. "Aku tak boleh bantu kau" katanya lalu pergi meninggalkan Lena.



***(Time skipp)***

Lena duduk sambil berfikir. "Macam mana aku nak buat dia ikut kita" kata nya sambil memandang Amy. "Kenapa kau tak terus terang je kat dia yang kita nie ada Six sense macam dia?" kata Amy pula. Lena mengeluh lalu bersandar. "Aku dah cuba tapi dia tak nak bercakap dengan aku" kata Lena. "So kau dah give up?" tanya Amy. Lena memandang Amy. "Maybe" katanya sambil mengangkat bahunya. Amy bangun dari kerusinya. "Kalau macam tu sekarang kau kene ikut cara aku pulak" kata Amy lalu berjalan keluar.

Lena mengeluh lalu mengekori Amy. Mereka berdua berjalan menuju kearah kelas Ash. Apabila tiba Amy mengetuk pintu. Beberapa saat kemudian seorang guru wanita membuka pintu. "Boleh saya bantu?" tanya guru itu. Amy tersenyum lalu membetulkan kaca mata hitamnya. "Saya nak jumpa dengan Ashley William boleh" kata nya. Guru itu mengerutkan dahinya. "Ada hal apa kamu nak jumpa dia?" tanya guru itu lagi. Amy mengeluh. 'Bagi je lah aku jumpa dia!' marah Amy didalam hati.

Dia memandang guru itu dengan senyuman. "Saya nak tanya dia tentang sesuatu and ia tak kan lama" kata Amy lagi. Guru itu menjerling Amy lalu masuk untuk memanggil Ash. "Lena..." panggil Amy. Lena mendekatinya. "Asal?" tanya Lena pelik. "Kau pegang aku weh" kata Amy. Lena memegang lengan Amy. "Geram betul aku tengok cikgu tu... besar kecik besar kecik je aku tengok diee" kata Amy sambil meronta perlahan. Lena mengeluh.

Pintu kelas dibuka semula. Dengan cepat Amy berdiri lalu tersenyum. Ash keluar dari kelas lalu menarik tangan Amy dan Lena. "Jom" katanya lalu berlari meninggalkan kelas itu. Mereka berhenti berlari apabila tiba diperpustakaan sekolah. "Masuk dalam" kata Ash. Dia membuka pintu perpustakaan. Amy dan Lena memandang sesama sendiri. "Cepat lahh" kata Ash lagi. Mereka berdua mengeluh lalu masuk kedalam perpustakaan.



Ash menutup pintu. Dia melepaskan nafas lega lalu terduduk. Amy dan Lena memandang Ash pelik. Selepas beberapa minit mendiamkan diri Ash bangun. "Kau nak aku tolong korang kan?" tanya Ash. Lena dan Amy mengangguk. "Kalau macam tu kau kene buat sesuatu untuk aku" kata Ash lagi. Mereka berdua berkerut. "Buat apa?" tanya Amy. Ash memandang mereka berdua.

















*****************************











Jung jung jung.....

Korg rasa apa yg Ash nk diorg buat?

Aq still terpikir apa yg diorg nk kene buat(・ิω・ิ)

Anyway vote and comment and I will see you guys at the next chapter.....

BUBBYEEE👋👋👋

Six senseWhere stories live. Discover now