'Ba.. ngu.. n'
'Ban.. gunn..'
'BANGUUNN!'
Mery terjaga lalu terduduk. Dia terkejut dengan suara yang mengejutkan nya. Dia kemudian memandang sekelilingnya. Mery ternampak beberapa kumpulan perempuan berpakaian gaun putih. Mereka semua duduk sambil menundukkan kepala. "Bagus lah kau dah bangun" kata satu suara.
Mery memandang kearah suara itu. Kelihatan seorang gadis berambut pendek oren memandangnya. "Nama aku Kei" katanya. "Aku Mery" kata Mery. Kei tersenyum. "Selamat berkenalan" katanya. Mery mengangguk. "Kita dekat mana nie?" tanya Mery. Dia cuba untuk bangun tetapi tidak berjaya. 'Eh? asal aku tak boleh bangun?' kata hatinya.
"Dia bagi kita satu dadah yang membuatkan kita takboleh bangun" kata Kei lalu baring diatas lantai yang hanya berlapik kain nipis. Mery mengerutkan dahinya. "Dan untuk menjawab soalan kau tadi, aku pun tak tahu kita dimana" kata Kei lalu memejamkan matanya. "Tapi apa jadi dekat sini? siapa diorang yang lain" tanya Mery.
Kei mengeluh lalu membuka sebelah matanya. "Kita nie mangsa culik yang akan jadi bahan uji kaji. Puas dengan jawapan tu?" kata Kei lalu menutup matanya semula. Mery terkejut. Dia kemudian mula teringat segalanya. "Kes penculikan tu. Aku jadi mangsa" kata Mery lagi. Jantungnya mula berdegup kencang.
Mery memgang dadanya. 'Noo noo.. aku kene bertenang. Kalau betul aku kene culik dengan Puan Unknown, So aku boleh cari kawan Ash and selamatkan yang lain' kata hati Mery. Dia memandang Kei. "Kau tidur ker?" tanya Mery. "Tak.. just nak rehat. Kenapa?" kata Kei.
"Kau kenal semua orang dekat dalam nie?" tanya Mery. Kei mengangguk. "Well.. aku boleh dikatakan orang terawal disini" kata Kei lagi. Mery berasa sedikit gembira. "Kau kenal tak gadis bernama..." Mery terdiam. Dia mengerutkan dahinya. "Nama apa?" tanya Kei. Mery memegang kepalanya.
'ASH TAK PERNAH SEBUT NAMA KAWAN DIA!!' marah hati Mery. Dia mengeluh. Kei membuka matanya lalu duduk. "Oi.. kau okey tak?" tanya Kei. Mery mengangguk. "Aku tak ingat pula nama perempuan tu, tapi dia mungkin dibawa kesini sebulan yang lalu" kata Mery.
Kei memandang Mery. Dia cuba untuk mengingati. "Kalau macam tu dia datang seminggu selepas aku? Tapi.." Kei memegang dagunya cuba untuk berfikir. Mery berharap Kei dapat mengingati.
"Semua orang yang datang selepas aku telah dibawa pergi" kata Kei. Mery terkejut. "Kau series?" kata Mery sambil memegang bahu Kei. "Yea.. semua orang dah dibawa pergi kecuali dia" kata Kei sambil menunjuk kearah satu tempat yang mempunyai langsir.
Mery memandang kearah langsir itu. "Siapa orang tu?" tanya Mery. Kei mengangkat bahunya. "Aku tak dapat bersembang dengan dia sangat.. Tapi orang yang culik kita nie sayang betul dengan dia" kata Kei. Mery mengerutkan dahinya.
"Maksud kau?" tanya Mery. Kei menoleh kekiri kemudian kekanan. Dia kemudian membisik ditelinga Mery. "Aku dengar perempuan yang dia simpan tu mirip anak perempuan dia yang mati" kata Kei. Mery agak terkejut. "Kenapa anak dia mati??" tanya Mery.
Kei tersenyum. "Kenapa kau nak tau?" tanya Kei. "Sebab tu tugas aku. Sebagai salah seorang ahli six sense aku kene ambil tahu" kata Mery bersemangat. Kei mengerutkan dahinya. "Aku tak kesah pun, tapi aku bagi tahu kau tentang satu lagenda" kata Kei. Dia mula menceritakan sesuatu yang membuatkan Mery terkejut.
***(Time skipp)****
Amy,Ash,Marcus,Ben,Lucas dan Alex berjalan masuk kedalam bangunan sekolah itu. "Huissh.. seramnya" kata Alex. Masing-masing menyuluh menggunakan telefon bimbit. "Bangunan nie besar sangatlah" kata Marcus. "Nak berpecah?" tanya Ben. "Boleh juga.. senang kita nak cari diorang" kata Amy.
Maka mereka membahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama ialah Amy,Lucas dan Marcus, manakala kumpulan kedua ialah Ash,Ben dan Alex. "Kita jumpa semula disini lepas 3 jam" kata Ben. Mereka yang lain mengangguk lalu berpecah mengikut kumpalan masing-masing.
Kumpulan Satu~
Amy,Lucas dan Marcus berjalan sambil memandang sekeliling. "Kenapa sekolah nie ditutup?" kata Lucas pelik. "Kan? aku tengok tak ada lah banyak kerosakan" kata Marcus pula. "Mungkin sebab ada ganggguan sesuatu? kita mana tahukan?" kata Amy pula. Mereka mengangguk setuju.
Setelah lama berjalan mereka tiba dihujung koridor. Disitu terdapat satu bilik. "Weh.. cuba tengok bilik tu" kata Marcus. Amy dan Lucas menjengok. Dipintu bilik itu terdapat warna merah. Ia seperti tepercik dan mengalir keluar.
"Darah ker tu?" tanya Amy. Lucas mendekati pintu tersebut lalu menyentuh cecair tersebut. "Ew.. asal kau pegang?" kata Amy. "Masih panas" kata Lucas. Amy dan Marcus terkejut. "Wait.. tu betul-betul darah?" kata Marcus. Lucas mengabaikan kata-kata mereka.
"Aku rasa ada orang cedera dalam nie" kata Lucas lalu membuka pintu bilik tersebut. Amy,Lucas dan Marcus terkejut melihat apa yang berada didalam bilik tersebut.
********************************
YOU ARE READING
Six sense
Misterio / SuspensoMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.