Dip... dip.... dip...Kedengaran bunyi titisan air jatuh kelantai. Ash mula sedar. Dia membuka matanya. Keadaan sekelilingnya sangat gelap.
"Ughh.. apa dah jadi?" katanya. Dia cuba untuk bergerak tetapi tidak berjaya. Dia tersedar bahawa dia terikat pada sebatang kayu.
Dia memandang sekelilingnya. Terdapat cahaya dari luar tingkap menyinari bilik gelap tersebut. Ash terkejut apabila melihat terdapat 10 lagi remaja terikat dikayu.
Terdapat satu kayu yang kosong. Mereka semua disusun secara bulatan. Dia terlihat Amy terikat tidak jauh darinya manakala Lena tidak dapat diketahui.
Ash cuba untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya. "Macam mana boleh jadi macam nie.." marah Ash.
Dia memandang sekelilingnya lagi. Terdapat beberapa simbol yang tidak dapat difahami. Ash mula mengalah.
Dia menundukkan kepalanya. Air matanya mengalir. "Aku akan mati ker?" katanya perlahan. "Hmm.." Ash terus mendongak. Dia ternampak Amy sedar.
"Amy!" panggil Ash. Dengan cepat Amy mendongak. Dia memandang Ash. "Ash? apa dah jadi nie?" tanya Amy apabila dia tersedar yang dirinya terikat. Ash mengeleng.
"Aku tak tahu.." kata Ash menangis. Amy memamdang sekelilingnya. "Lena mana? Ash mana Lena?!" kata Amy. Ash mengeleng.
"Aku.. tak.. tahu.." kata Ash berselang tangisan. Amy berasa marah. "Apa dah jadi nie!" marahnya. Mereka kemudian terdengar dua pasang tapak kaki mendekati mereka. Amy dan Ash menelan air luirnya.
Sementara itu dibilik Sky. Mery terkejut apabila dia terlihat Lena terbaring dikatil. Mery terus berlari kearah Lena. "Lena! bangub weh!" kata Mery. Lena mengerutkan dahinya.
"emm.. Lima minit lagii" katanya lalu berpusing kearah lain. Mery berasa pelik. "Oi! kau sedar tak yang lain dalam bahaya?!" marah Mery lalu menepuk dahi Lena.
Lena terkejut lalu bangun. "Apa? bila?" katanya terduduk. Mery mengeluh. "Mana Ash dengan Amy?" tanya Mery. Lena memandang Mery pelik. "Hm? diorang? um" kata Lena seperti ingin mengingati sesuatu.
Dia terus bangun apabila teringat akan semuanya. "Pn Walker culik diorang!!" kata Lena. Mery terkejut dengan apa yang Lena katakan. "Waiitt... Apa?" tanya Mery tidak faham.
"Amy dengan Ash kene culik dengan Pn Walker dan Dia hampir bunuh aku tapi ada seorang perempuan berbalut tolong aku" kata Lena.
"Maksud kau Kira?" kata Mery sambil menunjuk seorang gadis dibelakangnya. Lena mengangguk laju lalu memegang tangan Kira.
"Terima kasih sebab selamatkan akuu" kata Lena lalu memeluk gadis itu. Kira hanya diam. "Okok sekarang kau kene bagi tahu aku macam mana kau boleh kenal Sky dan apa yang dah jadi?" tanya Mery pada Kira. Lena melepaskan pelukannya. Kira mengangguk.
Flashback~
Kira P.O.V
Sebelum saya menjadi salah seorang pembantu rumah Keluarga Walker, saya adalah anak yatim.
Rumah anak yatim yang saya tinggal ini tidak ambil peduli tentang kebajikan kami. Jadi kami kebanyakannya keluar sendiri untuk cari makan. Saya juga sentiasa dipukul dan dibulu jadi badan saya selalu dipenuhi luka.
Pada suatu hari seorang wanita menaiki kereta mewah berwarna hitam datang kerumah anak yatim. Dia ingin mengambil beberapa budak perempuan.
Katanya untuk dijadikan pekerja. Sewaktu itu wanita itu berbincang dengan pemilik rumah anak yatim. Sewaktu itu dia memilih 12 orang budak perempuan. Saya berharap untuk dipilih tetapi tidak berjaya.
Sewaktu itu saya berada diluar rumah. Tiba-tiba beberapa orang budak lelaki yang sentiasa membuli saya datang. "Kecawa sebab tak dipilih ker?" tanya Salah seorang dari budak itu. Saya hanya mendiamkan diri.
"Kitorang cakap dengan kau lah!" marahnya lalu membaling batu pada saya. Saya menutup mata tetapi tidak merasakan apa-apa.
Saya mendongak dan terlihat seorang budak perempuan memakai gaun berdiri dihadapan saya.
Kelihatan darah mengalir dikepalanya. Kumpulan budak lelaki itu terkejut. "SKYLERR!" jerit satu suara.
Wanita tadi berlari kearah budak perempuan itu lalu memeluk. "Apa yang dah jadi dengan kamu?" tanya Wanita itu sambil mengelap darah didahi budak itu.
Budak itu mengeleng lalu menoleh kearah saya. "Awak okey?" tanya budak itu. Saya mengangguk. Budak itu tersenyum. Dia menghulurkan tangannya.
"Nama saya Skyler Walker" katanya. Aku tidak menyambut tangannya. Sky memandang saya dengan pelik. "Nama awak?" tanya Sky. Saya hanya mengeleng. "Awak tak ada nama?" tanya Sky pelik. Saya mengangguk. Sky hanya diam.
"Sky sayang Mari balik" kata Wanita itu. Sky menoleh lalu berlari kearah wanita itu. Mereka seperti berbincang tentang sesuatu.
Beberapa minit kemudian Sky berlari kearah saya semula. "Jom Kira kita balik" kata Sky sambil menghulurkan tangan. Saya terkejut.
"Mulai hari nie awak akan jadi maid peribadi saya" kata Sky lagi. Saya terdiam tetapi hanya menyambut tangannya. "Kenapa Kira" kata Saya pelik. Sky terkejut. "
"Sebab mata awak sangat cantik dan bersinar" kata Sky lagi. Saya hanya diam. Bermula dari situ semuanya bermula.
****************************
Fuhh...
Finally.. Satu chap yg panjang😂
Anywayy.. Thanks utk reader yg setia membaca..
Even aq lambat pub😅
Sorry about that btw..
Anywayyyyy VOTE AND COMMENT AND I WILL SEE YOU GUYS AT THE NEXT CHAPTERR..
BUBBYEEE👋👋👋
YOU ARE READING
Six sense
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.