"Aaaa?? apa maksud cik dengan anak" tanya Amy dengan kuat. Olga memandang Amy pelik. "Apa kau cakap?" katanya. "Iyalah.. Cik kan seorang yang cantik dan Muda.. tak mungkinlah cik sudah berkahwin dan ada anak" kata Ash pula. Mereka yang lain memandang Amy dan Ash pelik.
Olga tersenyum malu. "Saya nampak cantik dan muda?" katanya gembira. "Mestilah.. cik orang yang paling cantik kami pernah lihat" kata Amy pula. Olga ketawa kecil. Lama kelamaan mereka yang lain mula faham dengan kelakuan Ash dan Amy.
"Apa tips cik untuk kekal muda?" tanya Lena pula. "Hmm.. muka cik pon nampak licin dan bersinar.. apa diet yang cik ikut" kata Alex pula. Olga mula berasa gembira. Hatinya berbunga mendengar pujian demi pujian. "Awak semua nak dengar?" kata Olga. "Mestilahh" kata mereka semua serentak.
Olga duduk dihadapan mereka semua dengan laju. "Mula-mula saya pakai.." Olga mula menceritakan apa yang dia lakukan untuk menjadi cantik. Beberapa minit telah berlalu. Banyak sudah Olga bercerita tentang penjagaan kulit dan tubuhnya. "Jadi macam mana? awak semua faham~" tanya Olga gembira. Mereka yang laib mengangguk sambil tersenyum.
"Macam mana pula tentang anak cik? Dia mesti cantik jugakan?" tanya Lucas. Olga mengangguk laju. "Mestilah.. anak saya adalah gadis tercantik didunia!" katanya kuat. "Tapi ini bermaksud Cik dah berkahwin" kata Alex pula. Olga mengeleng laju. "Saya belum kahwin" katanya sambil tersenyum. "Jadi macam mana pula Cik ada anak?" tanya Lucas pelik.
Olga tersenyum lagi. "Awak semua nak tahu ker?" tanyanya. Mereka semua mengangguk laju. "Mestilah.. wanita secantik cik nie membesarkan seseorang yang bukan darah dangingnya" kata Lena. Olga mengangguk. "Baiklah saya akan cerita.." kata Olga sambil ketawa.
Flashback~
Pada waktu malam yang sunyi dan sejuk. Wajahnya tertutup disebalik hudnya. Kelihatan seorang wanita berjalan sambil memandang kearah bukunya. Dia memangkah satu gambar. "Satu dah selesai" katanya. Dia menutup bukunya lalu kembali berjalan.
Sewaktu berjalan berdekatan tempat sampah, wanita itu terdengar satu tangisan bayi. Dengan perasaan pelik dia mencari punca tangisan tersebut. Setelah menacari wanita itu terjumpa sabuah beg besar. Beg itu dizip dengan rapi.
Secara perlahan wanita itu membuka zip beg itu. Wanita itu terkejut apabila melihat terdapat seorang bayi yang baru lahir didalam beg itu. Perkara yang membuatkan wanita itu terkejut adalah wajah bayi tersebut. Terdapat kesan seperti terbakar disebahagian wajah bayi tersebut.
Bayi tersebut terus menerus menangis. Wanita itu mula berasa sedih. "Disebabkan wajah hodoh itu, kau dibuang" kata wanita itu sambil mengangkat bayi tersebut. Bayi itu masih menangis dengan kuat. Wanita itu membuka hudnya lalu memandang kearah bayi itu. "Kita serupa" katanya lagi. Bayi itu berhenti menangis sambil memandang kearah wajah wanita itu.
"Kita berdua hodoh" kata wanita itu. Secara tiba-tiba bayi itu tersenyum sambil mengerakkan tangannya kearah muka wanita itu. Perkara ini membuatkan wanita itu terkejut. Fia kemudian tersenyum. "Kita serupa.." kata Wanita itu lagi perlahan. Dia memeluk bayi tersebut.
Beberapa tahun kemudian....
Seorang kanak-kanak perempuan berjalan masuk kedalam rumah. Badannya sangat kotor dan berbau busuk. Mukanya sangat sedih. Olga keluar dari bilik lalu ternampak anaknya. "Chiro? kenapa dengan kamu nie?" tanya Olga risau. Chiro memandang ibunya sambil tersenyum. "Tak ada apa-apa.. Chiro terjatuh" katanya sambil ketawa.
Olga berasa pelik. "Kamu jatuh dekat mana? kamu jangan tipu Ibu" kata Olga lagi. Chiro mengeleng. "Betul Ibu.. Chiro terjatuh tadi, Jadi Chiro masuk mandi dulu" katanya lalu berlari masuk kedalam tandas. Olga berasa sangat pelik dengan anaknya itu. Semenjak-menjak ini anaknya selalu pulang dengan baju kotor.
Dia ingin menyiasat tentang hal ini. Firasatnya mengatakan bahawa anaknya dibuli. Keesokannya, Olga mengekori anaknya kesekolah. Sepanjang perjalanan nya tiada apa- apa yang berlaku. sewaktu mengekori telefon bimbitnya tiba- tiba berdering. Dengan cepat Olga mematikan phonenya. Jantungnya berdegup kencang. Dia berharap anaknya tidak sedar bahawa dia diekori.
Dia kembali memandang kearah anaknya. Tetapi Chiro tidak ada disitu. Perkara ini membuatkan Olga terkejut. Dia mula keluar dari tempat persembunyiannya. "Chiro?" kata Olga. Dia terus mencari anaknya itu.
********************************
Hahaha
Dunno why Aq asyik buat flashback..
Bubbyee👋👋👋
YOU ARE READING
Six sense
Misteri / ThrillerMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.