Berita pagi ini, Pada pukul 9 malam tadi kebakaran berlaku disebuah rumah agam milik pereka majlis terkenal iaitu keluarga Walker.
Panggilan dibuat oleh salah seorang pembantu rumah tersebut. Polis serta pasukan bomba datang ketempat kejadian bagi membantu memandam api serta menyelamatkan mangsa yang terselamat.
Selain itu, tujuh orang gadis yang dikatakan hilang dijumpai dirumah tersebut. Siasatan masih dijalankan. Seterusnya...
Tv dimatikan oleh Amy. Dia, Ash, Lena dan Mery duduk diruang tamu. Berita tentang kebakaran dan tujuh orang gadis yang hilang itu menjadi berita terhangat.
Kini mereka berempat menunggu Sky dan Kira pulang dari balai polis. Mereka berdua perlu memberi laporan tentang kejadian tersebut serta mengesahkan mayat ibunya.
Mereka berempat mengeluh. "Itu kes paling bahaya pernah aku buat" kata Amy. Ash dan Lena bersetuju. "Tapikan aku masih kurang jelas dengan kes nie" kata Mery.
Amy,Ash dan Lena memandang Mery pelik. "Apa maksud kau?" tanya Lena. Mery memandang mereka. "Korang tak pelik ker? kenapa dia culik 7 orang jer? and kenapa Lena tak kene ikat sekali?" tanya Mery. Mereka yang lain mula faham maksud Mery.
"Haah kan? Pn Walker cuma kurung aku dekat satu bilik nie" kata Lena apabila teringat. "Dia tak ada cakap apa-apa?" tanya Ash. Lena memegang dagunya seperti cuba untuk mengingati sesuatu.
"Emm.. dia cuma bercakap dekat phone yang dia nak bagi aku dekat seseorang" kata Lena lagi. Mery mengangkat keningnya. "Seseorang? siapa?" tanyanya. Lena mengangkat bahu. "Mana lah aku tahu" kata Lena.
"Macam mana kalau kes nie ada kaitan dengan kehilangan pelajar dekat sekolah kita?" tanya Ash. "Kaitan dari segi?" tanya Amy. "Mangsa culikan diorang adalah remaja perempuan dan kawasan penculikan mereka juga berdekatan kejiranan kita" kata Ash.
"Tapi.. kita nak mula cari dari mana?" tanya Lena. "Kita.." kata-kata Ash dipotong oleh Mery. "Sebelum tu korang kene belajar dulu" kata Mery.
Amy,Ash dan Lena memandang Mery pelik. "Belajar apa?" tanya Lena. Mery bangun dari kerusinya. "Belajar pertahankan diri" kata Mery lagi. Mereka yang lain mengerutkan dahi. "Why?" tanya Amy pula.
"Korang ingat dengan six sense tu boleh selamatkan korang ker?" tanya Mery. Mereka bertiga mengangguk serentak. Mery hanya mampu mengeluh dengan jawapan mereka. "Takk!! ia tak akan membantu!" marah Mery.
Dia kini berdiri dihadapan mereka bertiga. "Mulai esok aku akan latih korang macam mana nak lindungi diri sendiri" kata Mery. "Takk nakkk" kata Amy.
"Itu bukan permintaan tapi arahan" kata Mery. "Kau siapa nak arahkan kitorang?" kata Ash pula. Mery mengeluh. "Kalau korang kene culik or cedera, nanti ia akan membebankan yang lain" kata Mery.
Mereka bertiga terdiam. "Fine!" kata Amy. "Esok lepas sekolah kita tunggu dekat taman" kata Ash. Mereka berdua bangun lalu masuk kebilik. Manakala Lena hanya mampu mengelengkan kepala. "Maaflah dengan sikap diorang" katanya. Mery hanya diam.
Sementara itu, Sky dan Kira keluar dari balai polis bersama seorang wanita. "Terima kasih, sebab hantar kan kami kesini pengetua Sara" kata Sky. "Tidak mengapa, kamu salah seorang dari pelajar saya" kata Pengetua Sara. Sky dan Kira hanya mengangguk.
"Mari saya hantar kamu balek" kata nya lagi. "Tak perlulah susah-susah" kata Kira. Pengetua Sara mengeleng. "Untuk keselamatan kamu juga, lepas kejadian penculikan pelajar disekolah buat saya risau tentang keselamatan pelajar saya" kata Pengetua Sara.
Sky hanya bersetuju. Mereka mula bergerak balek menaiki kereta Pengetua Sara. Apabila tiba di hadapan rumah, kelihatan Mery menunggu. "Mery? asal kau tunggu dekat depan rumah?" tanya Sky sambil keluar dari kereta.
"Sebab aku ada pesan makanan dari Ben, yang kau pula? balek lambat" kata Mery. "Ouh, biasalah polis, banyak sangat tanya pasal kes tu" kata Sky. Mery tersedar akan kehadiran seseorang.
"Siapa tu?" tanyanya. Sky menoleh. "Ah.. tu Pengetua sekolah aku. Pengetua Sara, Ini kawan saya Mery" kata Sky. Pengetua Sara hanya tersenyum. "Kamu ada mata yang cantik" kata Pengetua Sara. Mery memamdangnya pelik. "Umm.. terima kasih?" katanya.
"Kalau macam tu saya balek dulu" kata Pengetua Sara lalu menaiki keretanya. "Terima kasih untuk hari nie" kata Sky. Selepas kereta milik pengetua Sara hilang dari pandangan Sky mengajak mereka masuk. "Kira masuklah dulu, Akak nak cakap sesuatu dengan Kakak Sky" kata Mery. Kira hanya mengangguk lalu berlari masuk kedalam.
"Kenapa?" tanya Sky. Mery memandang Sky. "Aku rasa mak kau ada kaitan dengan kes penculikan budak sekolah kita" kata Mery. Sky hanya diam. Dia kemudian mengeluh. "Yea.. aku tahu" katanya. Mery terkejut. "Macam mana kau tahu?" kata Mery. "Aku akan ceritakan nanti, aku nak masuk mandi dulu" kata Sky lalu menepuk bahu Mery.
********************************
Jeng.. jengggggg
Hai2 semuaaaaa
Okeyy.. aq dh buat keputusan nak siapkan cerita nie awal.. mean aq mungkin akan update selalu..
Anywayy.. Aq sekarang tgh buat satu cerita baruu.. Tp ia still dlm draf kasar sooo... mungkin lps cerita nie tamat aku akan pub chap 1? who know an?.
Like alwayss.. vote,comment dan stay at home and I will see you guys at the next chapterrr...
BUBBYEEEEEE👋👋👋
YOU ARE READING
Six sense
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.