Sky bergoleng-goleng di atas lantai kayu didalam pondok tersebut. Dia mengeluh. "Apa aku nak buat sekarang" katanya. Dia memandang kearah rantai besi yang dipasang dikakinya. "Dia ingat aku nie haiwan peliharaan ker?" katanya lagi.
Dia bangun sambil memandang kearah pintu keluar. Rantai dikakinya hanya membenarkan dia berjalan ketandas sahaja. Dia mengeluh. Keadaan didalam pondok itu sangat sunyi. Tiba-tiba Sky terhidu sesuatu yang sangat dikenalinya. Pintu pondok itu dibuka sekali lagi.
Sky berjalan mendekati pintu tersebut tetapi terhalang kerana rantai dikakinya. Apabila pintu dibuka sepenuhnya kelihatan Amy,Ash dan Mery memerhati sekitar pondok. "Ko.. korang.." kata Sky. Perasaan gembiranya tidak dapat ditutup. Air mata mula jatuh.
"Sky!" kata Mery lalu berlari kearahnnya. Dia memeluk Sky dengan erat. "Kau tak apa-apa" kata Mery lagi. Sky hanya mengangguk. "Mana Lena?" tanya Amy. Sky melepaskan Mery. "Kenapa dengan dia?" tanya Sky. "Lena hilang pagi tadi" kata Ash. Sky terkejut.
"Kita kene cari die sekarang!" kata Sky. Dia cuba untuk membuka rantai kakinya tetapi masih tidak berjaya. "Bukak lah tak guna!" marah Sky. Dia mula memukul rantai tersebut dengan barang yang berada berdekatannya. "Sabar Sky" kata Mery. "Kita... kene... cari.. Lena..." kata Sky sambil menarik rantai tersebut. "Dia... dalam... bahaya..." katanya lagi.
Amy,Ash dan Mery mula menarik rantai dikaki Sky. "Satuu.. duaa.. Tarikk!" kata Ash. Mereka mula menarik dengan kuat. Rantai tersebut mula tertanggal. Sky berasa bebas. Dia bangun tetapi terjatuh semula. "Aauuu.." katanya. "Kau okey tak?" tanya Mery. "Kaki aku terseliuh" katanya lagi. Mery mengeluh.
Dia menghulurkan tangannya. "Jom aku papah kau" katanya. Sky mengangguk. Mereka mula keluar dari pondok tersebut. "Macam mana kita nak cari Lena?" tanya Amy. Sky menghidu udara disitu. "Lena ade berdekatan sini dengan..." ayatnya terhenti.
"Dengan? Dia ade dengan siapa?" tanya Ash. "Pembunuh tu ada berdekatan dia!" kata Sky. Mereka semua mula panik. "Jom cepat!" kata Amy. Mereka mula bergerak dengan cepat untuk mencari Lena.
******(Time Skipp)*****
Lena memandang sekeliling kawasan. "Aku rasa pondok tu ada dekat-dekat sini.." katanya. Dia mengeluh. "Tak kan aku dah sesat!" jeritnya. Dia mengeluh sekali lagi lalu membuka headphonenya. Dia mula mendengar bunyi-bunyi disekelilingnya.
Kedengaran bunyi tapak kaki yang sangat perlahan mendekatinya. Lena terkedu. Die meneruskan perjalanannya.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi seseorang menangis. "Hm?? Siapa tu?" tanya Lena. Dia mula berjalan mendekati suara tersebut. Lama- kelamaan suara tersebut mula menjadi kuat. Apabila tiba dia ternampak seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang cedera.
Budak itu tersedar dengan kehadiran Lena. Dia mendongak. Mukanya mula menjadi pucat. "Sa... ya minta maaf.. jangan bunuh saya.." kata budak tersebut sambil mengeletar ketakutan.
Lena mengerutkan dahinya. "Tak.. saya tak akan bunuh awak.. Jangan lah takut" kata Lena lagi. Dia menghulurkan tanganya. "Mari saya bantu awak" kata Lena lagi.
Budak itu mengelap air matanya. Dia memandang tangan Lena. Pada mulanya dia seperti teragak-agak untuk menyambut tangan Lena. Bunyi tapak kaki yang didengari tadi menjadi lebih dekat.
Lena terus memegang tangan budak tersebut. Dia menarik budak itu lalu berjalan meninggalkan tempat tersebut.
"Nama awak siapa?" tanya Lena. "Shawn" jawab budak itu pendek. "Shawn? sedap nama tu.. Nama saya Selena.. tapi panggil Lena" katanya. Shawn mengangguk. Mereka masih berjalan. "Em.. kita nak kemana?" tanya Shawn.
Dia sedar bahawa mereka hanya berjalan ketempat yang sama. Lena hanya tersenyum kekok. 'Macam mana nie???!! aku rasa kitorang dah sesatt!!' kata hati Lena. Dia mula cemas. Tapak kaki tadi kedengaran lebih kuat.
Shawn mula ditarik kebelakang Lena. Semak-semak berdekatan mereka bergerak. Jantung mereka berdegup laju. Lena menutup matanya kerana takut. "..na." Lena terdengar suara. "..Le...na.." Lena membuka matanya. Dia terlihat Mery bersama Sky berdiri disemak yang bergoyang tadi. "Lena!" panggil Sky.
Lena tersenyum. Dia ingin berlari kearah mereka tetapi terhalang oleh Shawn. Lena berasa pelik. "Tak apa.. diorang kawan-kawan Kakak" kata Lena lagi. Shawn masih diam. "Tolong.." kata Sky. Lena dan Mery memandang Sky. "Kei tolong lepas kan dia" kata Sky.
Lena mengerutkan dahinya. "Nama dia bukan..." belum sempat Lena menghabiskan ayatnya Kei meletakkan pisau dileher Lena. Mereka semua mula panik. "Shawn? kenapa?" tanya Lena.
Kei mula ketawa. "Pftt.. siapa yang kau panggil Shawn tu? Nama aku Kei lah" marah Kei lalu menolak Lena jatuh. Dia menjatuhkan pisaunya lalu mengeluarkan sepucuk pistol.
"Aku benci nama tu.. aku akan bunuh sesiapa yang nama macam tu" kata Kei lalu mengacukan pistol pada Lena. "Kei! tunggu" kata Sky. Kei mula memandang Sky. "Dia bukan pembunuh tu.. dia tak bunuh dia" kata Sky. Dia melepaskan Mery lalu mula berjalan mendekati Kei.
Kei mengacukan pistol pada Sky. "Kau tahu aku tak suka penipu" kata Kei. Sky mengangguk. "Kau dah tahu ker?" kata Sky berhenti dibelakang Lena. "Nama kau Sky kan? bukan Mai" kata Kei. Sky mengangguk. "Aku pun tahu sesuatu jugak" kata Sky. Dia memegang bahu Lena. "Yang kau bunuh sesiapa yang nama bermula dari huruf 'S' kan?" kata Sky lagi.
Lena terkejut. Dia mula teringat akan senarai nama mangsa yang mati. "Macam mana kau tahu?" tanya Lena sedikit berbisik. "Diorang tunjukkan aku senarai tu" balas Sky. Kei ketawa. "Well.. korang memang hebat macam khabar angin tu" kata Kei lagi.
Sky tersenyum. "Thanks untuk pujian tu" kata Sky. Kei mula memandang mereka dengan serius. "Jadi korang nak mati kan?" kata Kei. Dia melepaska satu das tembakan. Tapi ia hanya melalui Sky. Kei mula 'reload'(Apa reload dlm bm eh?) pistolnya. Dia mengacukan pada Sky. "Sekarang baik kau mati!!" jerit Kei. Sekali lagi satu das tembakan dilepaskan. Tetapi terhalang apabila Amy menolak Kei.
Kei berpusing memandang Amy. Riak wajahnya mula berubah. "Abang.." kata Amy sambil tersenyum sedih. Kaca mata hitam nya dicabut. Kelihatan matanya berubah warna. Warna yang sama seperti mata Kei. "Rina?" kata Kei. Kelihatan air matanya jatuh.
"Tolong hentikan semua nie.." kata Amy. Dia memandang kearah mereka yang lain. "Diorang dah ceritakan semua pada Rina" kata Amy lagi. Dia berjalan mendekati Kei. "Semua nie salah Abang.. Abang tak dapat nak lindungi Rina" kata kei pula.
Amy mengeleng. "Semua nie bukan salah abang.. mereka pun.. Abang dah balas dendam.. Jadi tolong lah berhenti" kata Amy. Dia memeluk Kei. " Walau apapun yang terjadi Rinna sayang kan abang" kata Amy lagi. Kei mengangguk. "Abang pun sayangkan Rina" kata Kei.
****************************
Long time no see guyss..
Mcm panjang je chap kali nie..
And kind of pelik... (゜-゜)
Pendapat anda?
well vote and comment guys and I will see you guys at tje another chapter..
BUBYEE👋👋👋
YOU ARE READING
Six sense
Misterio / SuspensoMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.