"Aku ingat cuma keluarga tu jer yang hilang" kata Ash sedikit terkejut. "Nampaknya penyewa cuba sembunyikan tentang sejarah rumah nie dari penyewa" kata Marcus pula. "So budak-budak tu hilang tanpa jejak ker?" tanya Sky. "Nampaknya macam tu lah" kata Lucas.
"Tapi dalam kes nie tak ada saksi" kata Sky. "Beberapa bulan lepas kejadian tu kes nie ditutup sebab tak ada saksi dan bukti" kata Lucas. "Kalau macam tu macam mana nak selesaikan" rungut Alex.
"Kalau macam tu kita buat cara aku" kata Amy. "Cara kau?" tanya Ben. Amy memandang Lena. "Yup cara aku" kata Amy lagi sambil tersenyum sinis.
*****(Time skip)*****
Jam telah menunjukkan pukul 10 malam. Amy dan Lena duduk diruang tamu. Dirumah itu hanya tinggal mereka berdua sahaja. Manakala yang lain berada di rumah satu lagi. "Dah lama tak buat macam nie" kata Lena sambil memusingkan pennya dijari.
"Kita kene tunjukkan kelebihan kita juga" kata Amy sambil tersenyum. Sewaktu mereka sedang bersembang Amy tersedar sesuatu. "Ada something datang" kata Amy. Lena memandang sekelilingnya. Bunyi tapak kaki kedengaran makin dekat.
Sementara itu di rumah sebelah Sky dan Mery meneroka rumah tersebut. "Korang tak boleh duduk diam-diam ker?" kata Marcus. Tetapi tiada sebarang jawapan dari mereka. "Korang jangan lah kacau dia" kata Ash. Empat orang remaja lelaki itu mengeluh. "Korang pergilah tidur dulu" kata Mery. "Nanti kitorang pandai-pandailah cari tempat tidur" kata Sky pula.
"Jangan buat sepah" kata Alex. "Bilik kosong ada kat sana tau" kata Ben pula. Ash hanya mengangguk sebelum pergi kearah Mery dan Sky. "Korang cari apa?" tanya Ash. "Sesuatu yang berguna" kata Mery. "Dulu rumah nie adalah tadika so maybe ada sesuatu" kata Sky pula.
Ash mengangguk faham. Dia memandang sekelilingnya. "Rumah nie serupa macam rumah sebelah" kata Ash. "Yea.. nampaknya orang yang bina rumah nie nak senang uruskan rumah nie" kata Sky. Tiba-tiba Mery terhenti.
Dia seperti teringat sesuatu lalu pergi kearah dapur. Bahagian dapur rumah tersebut adalah batu jadi terdapat tangga yang menuju kearah dapur. Sky dan Ash mengekori Mery. Apabila mereka tiba didapur Mery memandang kearah bawah tangga tersebut.
(Kalau korg pernah nampak rumah kampung yang bahagian bawah rumah kayu tu kan luas an.. Macam tulah rumah nie tapi cumanya dia bersimen yang jadi mcm sebuah bilik)
"Kau kenapa?" tanya Sky pelik. "Bahagian bawah tangga nie tak ditutup" kata Mery. Ash dan Sky memandang sesama sendiri. "Sebab diorang letak barang lama kat situ" kata Ash. Mery memandang mereka berdua. "Kau yang cakap rumah nie serupa dengan rumah sebelah, And orang yang bina rumah nie nak uruskan rumah nie dengan senang" kata Mery.
Mereka berdua mengangguk. "Jadi kenapa dia tutup bahagian bawah nie kat rumah sebelah?" kata Mery lagi. Ash dan Sky terdiam. "Sebab dia nak sorokkan sesuatu kat situ?" kata Sky. Mery hanya mengangguk.
Tiba-tiba mereka teringat akan Amy dan Lena. "Kita kene bagi tau diorang" kata Ash. Mereka terus berlari keluar dari rumah tersebut. Apabila tiba dirumah sebelah mereka terus membuka pintu tersebut. Kelihatan Amy dan Lena sedang duduk seperti sedang menyoal siasat seseorang.
"Tch.. kan aku dah cakap jangan datang" kata Amy. "Hmm? suara tu dah hilang" kata Lena. "Sebab dia dah pergi" kata Amy sedikit marah. "Korang kene dengar nie" kata Ash. Amy dan Lena memandang mereka. Mery mula menerangkan perkara tersebut. Mereka semua terkejut.
"Kalau betul apa yang kau cakap tu maksudnya" kata Amy. "Orang yang hilang tu ada kat dalam rumah nie" sambung Lena pula. Mery mengangguk. "Sebab tu Sky selalu ada bau sesuatu yang busuk" kata Mery. "Aku tak terfikir pula tu bau 'tu' " kata Sky.
Mereka berlima berjalan kearah dapur. Apabila tiba dibahagian bawah tangga mereka terdiam. "Macam mana sekarang?" kata Amy. Mery meneliti papan yang menutup bahagian bawah tangga tersebut. Terdapat satu bahagian yang kelihatan seperti pintu. "Aku jumpa sesuatu" kata Mery. Dia menolak bahagian papan itu lalu ia terbuka seperti sebuah pintu.
Sky terduduk kerana tidak dapat menahan bau busuk. "Kau okey tak?" tanya Lena. Sky tidak menjawab. Dia hanya menggeleng. "Korang tunggu jap biar aku tengok" kata Mery. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu membuka flashlight. Dia bersama Amy cuba untuk masuk tetapi keluar semula.
Mereka berdua terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa. "Korang okey tak?" tanya Ash. Mereka tidak menjawab. "Kita nak pergi panggil yang lain?" kata Lena. "Lebih baik Kita telefon polis" kata Ash. Mereka yang lain mengangguk setuju.
****************************
Tak tau aq nk describe rumah tu canne.. 😂
Harap2 korg fhm 👉👈
BUBBYEEE👋👋👋
YOU ARE READING
Six sense
Misteri / ThrillerMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.