Part 13

299 12 2
                                    




Bunyi siren polis memenuhi Paya tersebut. Pihak medic membantu Sky. Mereka berlima berdiri ditepi ambulan. Mereka melihat Kei dibawa pergi oleh pihak polis. Mereka seperti sedang berbincang sesuatu. Pihak polis yang menahan Kei memandang sesama sendiri lalu membawa Kei kearah mereka berlima.

"Kenapa?" tanya Mery. "Suspek ingin berkata sesuatu pada kamu berlima" kata pihak polis tersebut. "Kata? apa dia?" tanya Ash pula. Kei yang menundukkan kepalanya mendongak memandang mereka berlima. Kelihatan matanya sembam kerana menangis.




"Thanks.. disebabkan korang aku dah faham sesuatu" kata Kei. Mereka semua memandang sesama sendiri. "Itu sahaja" kata Kei. Pihak polis ingin membawa Kei pergi tetapi terhalang. "Sebelum tu" kata Sky.

Kei tersenyum. "Aku tak ada apa-apa maklumat tentang kes yang kau siasat" kata Kei lalu pergi meninggalkn mereka. Sky mengeluh. "Macam mana dia tahu tentang tu?" tanya Ash. "Well sebab laman web six sense agak popular kat sini" kata Mery. Dia duduk disebelah Sky.

"Tapi macam mana kau still selamat Sky?" tanya Amy. Sky hanya diam. "Kenapa? kau nak aku mati ker?" tanya Sky.

"Kau kata dia akan bunuh sesiapa yang nama mula dari S" kata Amy lagi. "Haah.. even Lena pon hampir terbunuh" kata Ash pula. Lena mengangguk laju. "Aku cakap nama aku Mei and kawan aku yang nama Sky" katanya. "Sebab tu dia kurung aku.." kata Sky lagi tetapi dengan nada perlahan.

"Maksudnya sia-sia lah kita datang sini?" kata Ash. "Kau rasa sia-sia ker?" tanya Mery. Amy,Ash dan Lena memandang sesama sendiri. Mereka mula ketawa. "Tak juga" kata Lena pula.

Mereka semua pulang kerumah. Sky menyiapkan makan malam. Apabila selesai makan mereka mula tidur dibilik masing- masing. Sky keluar dari bilik tidurnya. Dia memandang Jam dinding. Tepat pukul 12 malam.



Dia mendekati bilik kawan- kawannya yang lain. Mereka semua sedang tidur dengan nyenyak. Dia berjalan mendekati laptopnya diatas meja. Dia menghidupkan laptopnya lalu membuka satu artikel.

Tangan Sky mula mengeletar apabila dia membaca artikel tersebut. "Diorang dah sampai sini" kata Sky. Jantungnya mula berdegup kencang. "Masa nya dah hampir tiba" katanya lagi. "Apa saya nak buat nie?" kata Sky lagi sambil menutup mukanya. Dia mula mengigil ketakutan.



*****(Time Skip)*****

Kringgggg

Amy dan Lena sedang mengemas beg sekolah mereka. Manakala Ash sedang menunggu mereka diluar kelas. Hari ini berjalan dengan cepat bagi mereka. "Korang nak buat apa-apa ker hari nie?" tanya Lena. Amy hanya menganggkat bahunya tanda tidak tahu.

"Ah.. tadi Mery ada chat aku.. dia kata ada kes baru" kata Ash sambil memandang telefon bimbitnya. "Kes baru?" kata Lena semangat. "Agaknya kita akan dapat hint untuk kes penculikan tu ker?" tanya Amy pula. Lena dan Ash hanya diam.


Apabila mereka tiba dihadapan rumah Sky kelihatan Sky berdiri dihadapan rumahnya. Dia seperti teragak-agak untuk masuk. "Tu Sky an?" tanya Lena. "Yo! Sky!" panggil Ash. Sky terkejut dengan panggilan dari Ash itu sehinggakan barang yang dipegang jatuh. Amy,Ash dan Lena berlari kearahnya. 

"Sorry" kata Ash lalu membantu Sky mengutip barang yang jatuh itu. "Tak apa.. aku tak patut termenung" kata Sky sambil ketawa. "Kau fikir pasal apa?" tanya Amy. Sky hanya diam. Mask yang dipakainya menyukarkan mereka untuk mengetahui riak wajah nya.

"Aku fikir nak masak apa malam nie" kata Sky. Mereka bertiga memandang sesama sendiri. "Masak jelah apa-apa" kata Lena. Sky mengeluh. "Aku nak masak special sikit malam nie sebab kita ada tetamu" kata Sky lagi lalu masuk kedalam rumahnya. "Tetamu?" tanya Amy. "Siapa?" kata Lena pula.

Mereka hanya masuk kedalam rumah. Mereka semua mengemas serta membantu Sky masak untuk 'tetamu' yang dikatakan. "Kau rasa siapa tetamu tu?" tanya Ash pada Lena. "Boyfriend dia kot?" kata Lena. "Or.." belum sempat Amy menghabiskan ayatnya Mery datang. "Korang nie bising lah" katanya.

"Nanti korang tahu juga" katanya lagi lalu pergi kedalam biliknya. Mereka bertiga mengeluh. Jam mula menunjukkan jam 8 malam. Tetamu yang dikatakan oleh Sky akan tiba pada bila-bila masa. "Korang sure ker kitorang kene ada sekali?" kata Amy.



"Hmm.." jawab Mery pendek. Dia sedang sibuk menaio sesuatu dari laptopnya. Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk. Sky terus bangun dari kerusinya. "Diorang dah sampai" kata Sky. Dia terus bergegas berlari kearah pintu.

Amy,Ash dan Lena turut bangun. Mereka mula cemas. "Macam mana nie?" kata Lena. "Aku tak tahu.." kata Ash pula. "Ada something aku nak cakap" kata Mery sambil bangun. Amy, Ash dan Lena memandang nya. "Nanti korang jangan cakap apa-apa dekat Sky atau diorang" kata Mery.

Mereka yang lain mengangguk. Kedengaran tapak kaki mendekati mereka. Mereka melihat Sky tidak memakai masknya dan riak wajahnya seperti dia agak takut. Di belakangnya kelihatan dua orang dewasa. Seorang wanita dan seorang lagi lelaki. "Gais.. nie mak dan ayah aku" kata Sky tersenyum.




****************************














Six senseWhere stories live. Discover now