"Baiklah.. disini kita dapat lihat pokok-pokok yang membesar ditepi-tepi paya taman alam ini" kata seorang lelaki kepada sekumpulan pelajar. Pelajar-pelajar itu mula mengambil gambar pokok serta pemandangan paya tersebut. Selepas beberapa minit mereka mula bergerak kearah lain.
Sementara itu terdapat lima orang pelajar pergi kearah yang bertentangan. "Kau pasti ke kita kene pergi arah nie?" tanya Amy. "Hmm... sebab jalan nie jer yang tertutup" kata Mery. Sky membuka masknya lalu menghidu udara disitu.
"Aku ada bau mayat.. andd.." belum sempat dia menghabis kan ayatnya Lena memotong. "Aku terdengar bunyi tapak kaki orang lain." katanya. Sky ingin menghabiskan ayatnya tetapi ditarik oleh Ash.
"Kalau macam tu kita lari" kata Amy. Mereka mula melarikan diri kedalam paya. Selepas mereka terasa sudah cukup jauh mereka berhenti. Masing-masing cuba untuk mengambil nafas.
"Kau... dengar... lagi.. ker?" kata Amy sambil membetul kan kaca mata hitamnya. Lena menggeleng. Sky hanya mampu mengeluh. "Tunggu sekejap, korang nampak tak rumah tu?" tanya Ash. Mereka berlima memandang kearah rumah yang dimaksudkan oleh Ash itu.
Kelihatan terdapat sebuah pondok kayu yang agak usang berada didalam paya tersebut. Mereka berlima memandang sesama sendiri. "Aku rasa tak sedap hati tentang rumah tu" kata Mery. Mereka mula mendekati pondok kayu tersebut.
Apabila tiba dipondok tersebut mereka membuka pintu rumah itu. "Ughh... bau dia kuat" kata Sky. Mereka masuk lalu menjenguk-jenguk sekeliling pondok tersebut. "Aku rasa macam tempat nie ada orang tinggal" kata Lena.
Dia menunjuk kearah mangkuk meggi serta tin-tin minuman yang bersepah. Ash membuka sebelah sarung tangannya. "Biar aku check sekejap" katanya lalu menyentuh dinding pondok tersebut.
Secara tiba-tiba Ash menjerit lalu melepaskan dinding tersebut. Dia sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya. Mereka yang lain berlari kearah Ash. "Kau okey tak?" tanya amy. Ash menggeleng dengan laju. "Budak.." katanya perlahan.
"Budak? kenapa? dia bunuh budak ker?" tanya Lena. Ash menggeleng lagi. "Aku tak pasti" katanya lagi. Amy membetulkan kaca matanya. "Jom kita keluar dari sini cepat" katanya. Mereka yang lain bersetuju lalu keluar dari pondok kayu tersebut.
Apabila telah jauh mereka terdengar suara orang bergelak ketawa. "Hm? korang dengar tak?" tanya Lena. "Haah.. suara orang ketawa" kata Mery pula. "Takkan ada orang kat sini" kata Amy pelik. "Mungkin... hantu kot" kata Ash sedikit takut. "Pfftt.. tolong lah" kata Amy. Mereka menuju kearah suara tersebut.
Apabila tiba mereka terkejut. Kelihatan Alex,Ben dan Lucas sedang ketawa sambil bermain air. Manakala Marcus sedang terapung didalam air tersebut. "Ehem.. apa korang buat dekat sini?" tanya Amy menganggu aktiviti mereka berempat.
Alex,Ben,Marcus dan Lucas menjerit sambil menutup badan mereka. "Aaaaaaa" jerit mereka. "BISING LAH!" marah Mery.
*****(Time skipp)*****
Kelihatan empat orang remaja lelaki sedang duduk dihadapan lima orang remaja perempuan. "Sekarang kau bagitahu asal korang kat sini?" tanya Mery. Empat remaja lelaki itu mula berpeluh. "Ermn.. aaa.. kitorang" kata Alex sedikit gagap. "Aku yang suruh diorang ikut" kata Sky dari belakang.
Mereka semua memandang Sky pelik. "And why kau tak bagitahu aku?" tanya Mery lagi. Sky mengangkat bahu. "Dah time tu korang lari tak cukup tanah" katanya lagi. Amy,Ash,Lena dan mery tersipu malu. "Aku nak cakap yang aku ada bau diorang" kata Sky lagi.
"Bau? kau nak kata kitorang busuk ker?" kata Alex. Sky hanya mengangkat bahunya sambil membetulkan masknya. "So bunyi tapak kaki yang kitorang dengar tu" kata Lena. "Tapak kaki kitorang" jawab Marcus. "Korang lah tiba-tiba lari" kata Ben pula.
"Haah and asal dengan pakaian korang? pakai headphone? kaca mata hitam? mask? sarung tangan? and bennie? korang nak kemana sebenarnya?" tanya Lucas. Lima orang gadis itu hanya mampu ketawa secara kekok. "Tu bukan urusan kau" kata Amy.
"Tapi... korang boleh je tunggu kat luar kalau macam tu" kata Ash pula. Kali ini giliran lelaki pula yang ketawa secara kekok. "Waitt.." kata Amy. "Jangan cakap" kata Lena. "Korang nie" kata Ash. "Sebenarnya.." kata Mery. "Sesat?~" kata Sky menghabiskan ayat mereka. Para lelaki itu memandang kearah lain.
Sementara itu disebalik pokok- pokok tersebut kelihatan sebuah bayang-bayang hitam sedang memerhati kan mereka. "Dah jumpa kau~" kata bayang tersebut sambil tersenyum.
****************************
YOU ARE READING
Six sense
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.