Part 23

214 9 3
                                    

Sky membuka pintu tersebut. Apabila pintu dibuka Mery terkedu. Ini buat pertama kalinya dia melihat bilik tidur sebesar itu. Mereka berdua masuk lalu menutup pintu.

"Besarnya bilik.. nie bilik siapa?" tanya Mery. Sky tidak menjawab. Dia berjalan menghampiri sebuah almari besar yang tidak jauh dari mereka.

Sewaktu die ingin membuka tiba-tiba pintu bilik itu dibuka. "Eh? Sky? apa kamu buat?" tanya satu suara. Mery menoleh lalu terlihat Pn Walker berdiri dimuka pintu.

Mukanya kelihatan agak terkejut. "Kenapa kamu tak cakap yang kamu nak balik?" katanya lagi lalu berjalan menghampiri mereka. Mery memandang Sky yang terkedu.

"Sky..." kata Mery lalu memegang bahunya. Sky segera menoleh. "Um.. yea.. saya cuma nak tengok kalau kawan- kawan saya datang" kata Sky pula sambil menundukkan kepala.

Pn Walker mengerutkan dahi. "Kawan? mereka pon datang ker?" tanya Pn Walker gembira. Sky hanya diam. "Kawan kami kata dia nak melawat Sky" kata Mery. Pn Walker mula memandang Mery.

"ouh.. tarikh lahir kamu bile?" tanya Pn Walker sambil tersenyum. Mery mengerutkn dahi. "29 July" jawab Mery. Pn Walker hanya mengangguk. "Aku dah ada July" katanya perlahan. Sky mula menarik Mery jauh dari ibunya.

"Kalau diorang tak ada saya pergi dulu" kata Sky lalu berjalan pergi. Suasana menjadi sunyi. "Siapa kata diorang tak ada?" kata Pn Walker. Tetapi nada nya sangat dingin.

Mereka berdua terhenti. Sky terkedu. Tangannya mengeletar apabila terdengar suara itu. "Masanya dah tibe Sky" kata Pn Walker dalam Nada yang sama. Mery mula berasa risau.

"Sky.. kau okey tak?" kata Mery. Sky hanya diam sambil menggenggam tangan Mery dengan kuat. "Sky.." kata Mery perlahan.

Suasana menjadi sunyi kembali. Kedengarn Pn Walker mengeluh. "Kau nak kematian diorang jadi sia-sia ker?" tanya Pn Walker lagi. Mery dan Sky terkejut.

"Masanya dah tiba untuk kau Sky" kata Pn Walker lagi. Mery memandang kearah Pn Walker. "Apa maksud puan?" tanya Mery. Pn Walker tersenyum sinis.


Belum sempat dia menjawab Sky segera menarik Mery keluar dari bilik tersebut. Snowcap Mery ditarik lalu dia segera menutup pintu. Mery terkejut dengan tindakan Sky.

"Apa kau buat nie Sky?!" marah Mery sambil mengetuk pintu dengan kuat. 'Shh.. kau kene pergi dari sini aku akan lengahkan masa' kata Sky dalam fikirannya. Mery terkejut.

'Kau kene bagi tahu aku dulu apa yang dah jadi!' marah Mery. Sky mengeluh. Dia menjatuhkan kunci lalu menyepaknya keluar. Mery ternampak satu kunci dikakinya. '

Tu kunci bilik aku.. kalau kau nak tahu pergilah sana' kata Sky. Mery mengambil lalu membelek kunci itu. 'Tapi Sky.. bilik kau yang mana?' tanya Mery. Tetapi tiada sebarang jawapan.

Mery mengeluh. Dia berjalan kearah ruang utama yang besar. Mery menelan air liurnya. 'Macam mana aku nak pergi nie?' kata hatinya. "Cik Mery?" kata satu suara.

Mery terkejut lalu menoleh. Kelihatan seorang gadis berbaju maid. Dia mempunyai eyepatch dimata kirinya. Terdapat banyak balutan dikaki dan tangan. Mery mengerutkan dahi.


"Macam mana kau tau nama aku?" tanya Mery. Gadis itu mula tunduk. "Maafkan saya kerana lambat memperkenalkan diri, Saya Kira maid peribadi Skyler" kata Kira masih tunduk. Mery hanya diam.



Kira mula berdiri tegang sambil memandang Mery. "Masanya dah tiba, Mari saya tunjukkan" kata Kira lalu pergi mendaki tangga. Mery terkejut lalu mengekori Kira.


"Apa maksud kau dengan masa dah tiba? Mak Sky pon cakap benda yang sama" kata Mery. Kira hanya diam. "Tidak baik kalau saya cerita disini" kata Kira.


Dia berhenti dihadapan sebuah bilik. "Saya akan ceritakan semuanya didalam" kata Kira. Mery memandang kearah pintu itu lalu membukanya.

****************************

Six senseWhere stories live. Discover now