"Ugh.." erang Sky. Dia mula membuka matanya. "Ha.. kakak Sky" kata Kira lalu memeluk Sky. "Kita dekat mana?" kata Sky pelik. "Kita dah sampai tempat kejadian" kata Lena pula.
Sky memandang sekelilingnya. "Mana yang lain?" tanya Sky. "Dah masuk dalam cari Mery" kata Lena. Sky terkejut apabila mendengar. "Kenapa kau biarkan! Kita patut tunggu dia!" marah Sky. Dia bangun tetapi terjatuh semula.
"Kakak tak patut bangun dulu" kata Kira. Sky mengeleng. "Kira dah telefon dia?" tanya Sky. Kira mengangguk. Lena mengerut dahinya. "Siapa?" tanya Lena pelik.
Sky mengeleng lalu bersandar. "Harapan terakhir aku..." kata Sky sambil memandang kearah bangunan sekolah yang terbiar. "Harapan terakhir kita semua" kata Sky perlahan.
****(Time skip)*****
Mery membuka matanya. Keadaan dalam tempat itu sangat gelap. Dia memandang sekelilingnya. Kesemua gadis-gadis yang berada didalam sedang tidur begitu juga dengan Kei. Mery memandang kearah langsir yang tertutup rapat. 'Kalau betullah apa yang Kei cakap.. Tu mungkin Kawan Ash' kata hati Mery. Dia mula mengesot untuk kearah langsir tersebut.
Apabila tiba dia memandang kearah langsir itu. Dia menghembuskan nafasnya. Jantung nya berdegup kencang. "Baiklah.." bisiknya lalu memegang kain langsir itu. Sewaktu dia ingin menyelaknya, Mery terasa seperti bahunya dipegang. Dia terkedu. Badannya mua mengeletar. "Apa yang kau buat?~" kata satu suara. Mery melepaskan langsir itu.
"Kau siapa?" tanya suara itu lagi. Mery tidak menjawab. Pemilik suara itu mula membelai rambut Mery. "Hmm.. lembutnya rambut kau~" kata suara itu lagi. Mery tidak mampu bergerak kerana terlalu takut. Pemilik suara itu memusingkan Mery untuk memandangnya.
"Ah~ kau rupanya~" kata Suara itu sambil ketawa kecil. Mery berasa pelik. Dia tidak dapat melihat wajah orang yang berada dihadapannya itu kerana terlalu gelap. "Salah satu bahan aku~" sambung suara itu lagi lalu memeluk Mery.
"Bahan? apa maksud dia?' tanya Mery. Dia mula menolak pemilik suara itu. "Kau siapa? apa kau nie?" tanya Mery. Suara itu ketawa. "Kau nak kenal aku? tak perlulah.. sebab kau akan jadi sebahagian dari dia" kata Suara itu lalu bangun.
Mery mula berasa marah. "Siapa dia? apa maksud kau dengan bahan?!" marahnya. "Shh.. jangan kejutkan yang lain" kata suara itu. Pintu tiba-tiba terbuka. Cahaya dari luar mula menyinar masuk kedalam. Mery menghadang silauan cahaya itu dengan tangannya.
"Bawa dia kebilik aku" kata suara itu lagi. bunyi tapak kasut mula bergemar. Secara tiba-tiba Mery diangkat lalu ditutup mulutnya. Dia mula meronta serta menjerit. "Tidurr" kata salah seorang yang memegangnya. Mery mula menjadi lemah. Matanya juga mula berat. Lama kelamaan dia tidak sedarkan diri.
Satu pintu bilik mula dibuka. Satu susuk tubuh yang ditutup dengan Jubah besar masuk. Didalam bilik tersebut terdapat banyak skrin cctv. Semua menunjukkan keadaan bangunan sekolah terbiar tersebut. Orang itu memandang kearah satu skrin dimana Amy dan Lucas berada. "Satu..." kata suara itu. Dia memandang kearah lain pula. Terdapat Ash dan Alex sedang menyorok disebalik almari. "Dua.." katanya lagi.
Orang itu memamdang kearah kertas dihadapannya. Dia kemudian mula memangkah tiga kotak seperti senarai. "Aku perlukan lagi dua.. untuk siapkan dia.." kata orang itu lagi. Dia mula ketawa. "Haaa.. anak mak akan hidup semulaaa~" kata orang itu gembira.
********************************
Guess who still alive??!!!!
yea.. itsh mehh(´;ω;`)
Gomennn minnaaaaaaa
Aq terlalu bz sampai x sempat nk buat chapter baruu.. (;O;)
or bkk wattpad(:_;)
Dh lama sgttt aq rasa x pubb...
Imm shooo shoorryyy... (TдT)
YOU ARE READING
Six sense
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.