Mery membuka matanya dengan perlahan. Dia melihat sekelilingnya yang gelap. Hanya terdapat suluhan cahaya malap dari mentol yang berada diahadapannya. Mery ingin bergerak tetapi terhalang. Dia mula tersedar bahawa, dia telah diikat disebuah kerusi kayu.
Dengan marahnya Mery meronta. "Apa benda nie?" katanya. "Lebih baik kau duduk diam-diam" kata satu suara. Mery berhenti. Dia memandang kedepan. Terdapat satu susuk badan perempuan yang tinggi. Tetapi dia hanya dapat lihat bayangan sahaja. Wajah orang yang bercakap dengannya itu terlindung dari cahaya mentol yang malap.
Mery tersenyum sinis. "Tak perlulah kau sorok muka kau, aku dah tau siapa kau sebenarnya" kata Mery. "Apa yang kau cuba maksudkan nie" kata bayangan itu pelik. "Kau pengetua sekolah diorang kan?" kata Mery. Keadaan menjadi sunyi seketika. Bayangan itu ketawa lalu berjalan mendekati Mery.
Kini wajah serta seluruh badan bayangan itu dapat dilihat oleh Mery. Gadis itu terkejut dan terkaku apabila melihat wajah sebenar bayangan itu. "Hmm? terkejut?" kata bayangan itu lagi. Mery terdiam.
Sewaktu bayangan itu ingin berkata lagi, salah seorang dari orang suruhannya berkata."Diorang semua makin hampir" katanya. Bayangan itu terus menjauhkan diri dari Mery. "Ah.. dah tiba masanya" kata bayangan tersebut lalu berjalan kearah pintu. "Kau nak kemana?!" marah Mery. Bayangan itu terhenti. "Aku nak kutip ramuan rahsia aku" kata bayangan itu lalu pergi. Mery mula menjerit marah.
Sementara itu, Amy dan yang lain kini berdiri dihadapan pintu sebuah kelas. Keadaan kelas itu agak pelik dari bahagian luar. Terdapat kertas dan plastik hitam ditampal disetiap tingkap serta semua tempat yang berkaca. "Aku rasa ada sesuatulah dalam tu" kata Alex. "Aku risau" kata Amy sambil memegang lengan baju Lucas. Suasana kelas yang dilihatnya sebelum ini mula bermain difikiran.
"Jangan risau.. kitorang ada" kata Ash sambil memegang bahu Amy. Alex mendekati pintu. Dengan perlahan dia membuka pintu tersebut. Didalam bilik itu sengat gelap. "Gelap sangatlah" kata Ben. Alex mula masuk sambil mencari suis lampu. Apabila terjumpa dia menekannya.
Apabila lampu terpasang. Amy dan yang lain terkejut apabila melihat terdapat ramai gadis berbaju putih sedang memeluk sesama sendiri. Mereka kelihatan sangat ketakutan. "Diorang semua mangsa culikan tu" kata Amy. Ash meluru masuk lalu melihat sekeliling. "Dia mesti ada dekat sini" kata Ash.
Dia mula mendekati gadis-gadis disitu. "Korang ada nampak kawan aku? dia dibawa kesini sebulan lepas!" kata Ash. Gadis-gadis disitu mula menjerit ketakutan. Amy mula menarik Ash. "Kau takutkan diorang lah!" marah Amy. "Tapi.. kawan aku.. dia.. dia mesti ada dekat sini!" kata Ash. Dia meronta untuk dilepaskan. Amy mula merasa marah lalu menampar Ash.
Keadaan menjadi sunyi seketika. "Kau boleh bertenang tak?!" marah Amy. Ash memegang pipinya. "Kita kene bawa diorang semua nie keluar dengan selamat sebelum penculik tu sedar kita kat sini" kata Amy. Ash terdiam lalu menundukkan kepalanya. "Maaf" katanya perlahan. Amy memegang bahu Ash. "Its okey, now kita kene bawa diorang keluar dari sini" kata Amy.
Alex,Ben dan Lucas membantu semua gadis-gadis tersebut bangun lalu keluar dari bilik itu. Masing-masing berjalan dengan perlahan sambil menggigil kerana kesan dari dadah yang diberi masih ada. Selepas semua gadis itu keluar, Ash dan Amy mengeluh. "Kawan kau tak ada?" tanya Amy. Ash mengeleng.
Lucas dan Alex berlari kearah mereka berdua. "Semua orang dah keluar dengan selamat. Ben ada dengan diorang" kata Lucas. Amy mengangguk faham. "Tapi Mery dengan kawan Ash masih tak dijumpai" kata Amy.
"Kalau macam tu jom.." kata-kata Alex dipotong apabila Ash menutup mulutnya menggunakan jarinya. "Kenapa?" tanya Lucas. "Shhh" kata Amy pula. Suasana disekeliling mereka menjadi sunyi. Secara tiba-tiba, kedengan bunyi kasut tumit. Bunyi itu makin lama semakin hampir pada mereka.
Beberapa saat kemudian mereka berempat ternampak seorang wanita berdiri dikoridor. "Pengetua Sara?!" kata Alex terkejut. Pengetua Sara hanya diam sambil memandang mereka. Dia kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dari belakangnya lalu mengacukan pistol tersebut kearah mereka. Mereka berempat terkejut. "Tunggu sekejap.. Pengetua!" kata Lucas. Tanpa sebarang amaran satu das tembakan dilepaskan.
********************************
hmmm... aq terfIkir nk tamatkan cite nie tahun nie jugak lahhh... what do you guys think??
nahhh... to lazy pub selalu
UNLESS....
BUBBYEE👋👋👋
YOU ARE READING
Six sense
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.