Amy,Ash dan Lena mengeluh sambil berjalan di koridor sekolah. "Nampaknya Sam tak menipu" kata Lena. "Yea... sekarang siasatan kita dah ke jalan buntu" kata Ash pula. Amy hanya diam sambil memandang mereka berdua. "Sekarang macam mana?" tanya Lena. "Kita kene mula semula lah nampaknya" kata Ash.
"Tapi... semalam kuasa kau hebat sangat" kata Lena lalu memeluk Ash. "Biasa-biasa jelah" kata Ash sambil ketawa. "Mana ada... kau dapat tahu maklumat cuma dengan sentuhan jer... kan hebat tu!!" kata Lena lagi. Dia melepaskan pelukannya. "Disebabkan kuasa nie aku dapat tahu macam- macam.. Even aku tak sengaja tersentuh" kata Ash sedih. Lena terdiam. Suasana menjadi sunyi seketika.
"Sebab tu kau pakai sarung tangan nie?" tanya Amy lalu menarik sarung tangan sebelah kanan milik Ash. "Ah.. apa yang kau buat?!" kata Ash terkejut. Amy tersenyum sinis. "Kalau kau nak.. kejarlah aku" kata Amy lalu berlari. Ash dan Lena terkejut dengan perbuatan Amy. "Oi.. Amyy.." kata Lena lalu mengikut. Ash ketawa kecil lalu mengejar mereka berdua.
Tetapi semasa berlari Ash telah terlanggar seorang pelajar yang sedang sibuk dengan telefon bimbitnya. Mereka berdua terjatuh. "Sorryyy" Kata Ash lalu membantu pelajar itu. "Its okey.." katanya perlahan. Suara pelajar perempuan itu seperti dihalang oleh sesuatu. Ash memandang wajah pelajar perempuan itu.
Pelajar perempuan itu memakai Mask yang menutup mulut dan hidungnya. Mereka berdua bangun. Ash masih lagi terkejut dengan pelajar yang dilanggarnya tadi. "Eh? mana phone aku?" kata Pelajar itu. Ash tersedar lalu melihat sekelilingnya. Dia ternampak telefon pelajar itu. Dengan cepat dia mengambil telefon itu. Sejurus Ash menyentuhnya dia terkaku. Dia ternampak macam-macam perkara. "Hei? Hei!" jerit pelajar itu. Ash tersedar.
Dia memandang Pelajar tadi. "Yea?" tanyanya. "Kau okey tak?" kata Pelajar itu. Ash memandang telefon bimbit itu. "Yea.. aku okey" katanya. Pelajar itu menghulurkan tanganya. Ash terkejut. "Kenapa?" tanya Ash. "Phone aku" kata pelajar itu. Ash tersedar yang dia masih memegang telefon pelajar perempuan itu. "Sorry.. nah" kata Ash sambil ketawa. Pelajar itu mengambil telefonnya lalu meninggalkan Ash.
Ash masih terkaku disitu. Dia seperti cuba untuk memahamkan sesuatu. "Oi Ash kau buat apa kat situ?!" jerit Amy dari jauh. Ash memandang Amy dan Lena yang berada jauh dihadapan. "Aku datang nie!" katanya lalu berlari kearah mereka. Tanpa mereka ketahui bahawa seseorang sedang menerhatikan mereka.
******(Time skipp)******
Amy,Ash dan Lena berkumpul diperpustakaan sekolah. Mereka sedang sibuk mencari maklumat tentang kes penculikan dan pembunuhan yang berlaku disurat khabar. Ash berhenti seketika. Dia teringat kembali kejadian tadi dimana dia terlanggar pelajar perempuan itu. Lena memandang Ash pelik. "Kau okey tak?" tanya Lena. Ash tersedar dari lamunannya. "Ah? okey jer" katanya sambil tersenyum.
Jam menunjukkan pukul 6:00 pm. Amy,Ash dan Lena berjalan keluar dari sekolah. Mereka berdua berasa muram kerana tidak dapat sebarang maklumat tentang kes pembunuhan itu. "Aku tak tau nak teruskan penyiasatan nie macam mana lagi dah" kata Lena. "Jadi? tak kan kita nak stop macam tu jer" kata Amy pula. Mereka Bertiga mengeluh. Sewaktu berjalan pulang mereka dapati bahawa taman permainan di penuhi orang ramai.
Dengan perasaan ingin tahu mereka mendekati taman itu. Apabila tiba disitu mereka dapat lihat polis sedang membawa pengusung masuk kedalam ambulance. Ash terkedu. Begitu juga dengan yang lain. Ambulance tadi meninggalkan tempat kejadian. Orang ramai juga mula berunsur pergi. "Pembunuhan baru lagi" kata Amy. "Tapi kita still tak dapat cari suspek untuk kes nie" kata Lena pula. Ash hanya diam lalu melihat sekeliling.
Ash terkejut apabila melihat pelajar yang dilanggarnya tadi berada ditempat kejadian. Pelajar itu membuka mask nya lalu menghidu tempat berkenan. Selepas itu pelajar perempuan itu memakai semula mask nya. Dia seperti menulis sesuatu didalam buku notanya. Selesai menulis pelajar perempuan itu meninggalkan tempat kejadian. "Tunggu!" jerit Ash lalu berlari kearah pelajar tersebut. Amy dan Lena memandang Ash.
Pelajar tadi berhenti lalu menoleh. Dia kelihatan agak terkejut apabila Ash memanggil nya. "Yea? ada apa-apa masalah?" tanya pelajar itu. Ash memegang bahu pelajar itu secara tiba-tiba. "Kau kene tolong kitorang!" kata Ash dengan Nada yang kuat. Pelajar perempuan itu terkejut. "Huh?" katanya. Amy dan Lena segera datang kearah Ash. "Kau kene tolong kitorang selesaikan kes nie" kata Ash lagi. Amy mula menarik Ash jauh dari pelajar itu.
"Ash.. apa kau cakap nie?" kata Amy pelik. "Sorry sebab kacau kau" kata Lena pula. Mereka menarik Ash untuk pergi dari taman. Pelajar perempuan itu menghembus nafas lega. Dia juga mahu pergi meninggalkan taman. "Kau pun ade kelebihan kan?! Tolonglah kitorang!!" jerit Ash secara tiba-tiba. Perkara ini membuatkan pelajar itu terhenti. Begitu juga dengan Amy dan Lena.
Ash melepaskan diri dari Amy dan Lena. Dia berlari kearah pelajar itu. "Bolehkan?" tanya Ash lagi. Pelajar perempuan itu memandang Ash. "Kita cakap pasal apa nie?" tanya Pelajar itu pelik. "Kes yang berlaku dekat sekolah kita.. Penculikan dan pembunuhan tu" kata Ash lagi. Pelajar perempuan itu memandang Ash. "Korang nak aku tolong korang Selesaikan? Tapi korang tak ada apa-apa maklumat pun pasal kes nie" kata Pelajar itu.
Amy,Ash dan Lena terkejut dengan apa yang dikatakan oleh pelajar itu. "Mana kau tahu?" tanya Lena. Pelajar itu mengeluh. "Ikut aku.. Kita bincang dekat rumah aku" kata Pelajar perempuan itu.
****************************
YOU ARE READING
Six sense
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.