Part 15

262 11 0
                                    





Pada pagi itu mereka semua berkumpul diruang tamu. "Apa kes baru?" tanya Amy. "Hm.. hari tu ada" kata Mery. Dia mula scroll laman web six sense. Tetapi tiada sebarang kes yang dihantar. "Kemana pulak pergi kes tu" kata Mery lagi. "Kau salah tengok kot" kata Ash.








Ting!

Bunyi menandakan pesanan masuk. "Apa tu?" tanya Lena. Mery membuka pesanan tersebut. "Ada kes baru" kata Mery. "Siyes? kes pasal apa?" tanya Ash. Mery membaca pesanan tersebut dengan kuat.






'Dear Six sense..

Baru-baru nie terdapat kes penculikan yang berlaku dibandar kami.. Seramai 9 orang gadis telah hilang selama beberapa bulan lalu..

Mereka semua berumur 18 tahun..'Perkara ini mungkin berkait dengan cerita dongeng bandar kami.. tolong kami selesaikan'





Mery membulatkan matanya. "Nie lah kes yang aku nampak tu" kata Mery. "Eh? tapi kita baru dapat kot" kata Amy pula. "Peliknya" kata Mery pula. "Korang baca apa tu?" tanya Sky sambil membawa dulang air.



Dia meletakkan dulang air diatas meja lalu menuangkan air. "Nie ha.. kes baru" kata Mery. "Tentang?" tanya Sky lagi. "Perempuan umur 18 tahun hilang and diorang ingat ada kene mengena dengan dongeng bandar" kata Amy. Sky terkedu. Dia berhenti menuang air.



"Ah.. tu bukan kes lah" kata Sky sambil tersenyum. Dia mendekati laptop tersebut lalu membuang pesanan tersebut. "Kenapa kau buang?!" kata Ash terkejut. "Sebab tu bukan kes" kata Sky lagi. Mereka semua memandangnya pelik. "Kalau macam tu memang tak ada kes baru lh?" kata Lena.

"Aku ada satu kes yang baru" kata Sky lalu menaip sesuatu. Dia kemudian memberi Mery.





'Dear six sense...

Kami adalah pelajar Sekolah Tinggi Miwa.. Saya dan beberapa orang kawan telah menyewa di sebuah rumah berdekatan sekolah kami..

Tetapi semenjak kami menyewa disitu ada banyak perkara berlaku.. Dan ia membuatkan kami tidak aman untuk tinggal disitu. Saya minta tolong sangat'






Mereka semua hanya diam. "Sekolah tinggi Miwa tu sekolah untuk pelajar biasa kan?" kata Amy. Mereka yang lain mengangguk. "Kalau macam tu bila kita nak mula?" kata Ash pula. Mery mula menaip sesuatu.




"Biar aku cari maklumat tentang rumah tu dulu.. lepas tu kita akan pergi tengok" kata nya. "Apa kata kalau kita menginap kat sana buat sementara waktu?" kata Lena.




"Tapi bukan ker Sekolah Tinggi Miwa tu lebih jauh dari sekolah kita?" kata Amy pula. "Jangan Risau" kata Sky. Mereka semua memandangnya. "Aku akan minta kebenaran Pengetua" kata Sky lalu pergi meninggal kan mereka. "Kau tak rasa Sky berkelakuan pelik ker?" kata Lena. "Semenjak Parent die datang" kata Amy pula.





"Kau tak rasa macam tu ker Mery?" tanya Ash. Mery hanya menaip tanpa mempedulikan mereka. "Perasaan korang jer kot" katanya. Mereka semua hanya diam.






*****(Time Skip)******





Mereka semua berdiri dihadapan rumah kayu. Terdapat dua buah rumah kayu yang dikelilingi oleh pagar. "So nie ker rumahnya?" kata Amy. "Ugh.. ada dapat perasaan yang tak baik lah" kata Lena sambil memeluk tubuh.






"Hm.. tapi kenapa?" tanya Ash. "Kenapa apa?" tanya Amy. "Kenapa diorang ada sekali" kata Ash sambil menunjuk kearah sebelahnya. Kelihatan empat orang remaja lelaki sedang membawa beg pakaian yang besar.





"Wahhh.. aku tak pernah tinggal dalam rumah kayu" kata Marcus. "Rumah kayu bukan style aku" kata Alex pula. "Well Mery dengan Sky yang suruh kitorang datang" kata Ben.





"Yup.. sebab Sky beritahu Pengetua yang nie aktiviti club kita" kata Lucas. "Club kita?" kata Amy pelik. "Sejak bila kitorang sertai apa-apa club nie?" tanya Lena.




"Dah-dah jangan banyak cakap lagi" kata Sky yang baru tiba. Dia mula menyerahkan segugus kunci pada Ben. "Nie untuk rumah sebelah" kata Sky. Dia kemudian pergi kearah Mery. "Yang nie kunci kita" katanya lalu membuka pintu rumah tersebut. Mereka masuk kerumah masing-masing.






****************************








Six senseWhere stories live. Discover now