Hari ini telah masuk tiga hari Sky tidak pulang kerumah. Perkara ini membuatkan mereka yang lain bimbang. "Weh.. kita patut laporkan kat polis kan?" kata Lena risau. "Tapi kita tak pasti tentang tu" kata Ash.
"Tak pasti? dia tak balek rumah tiga hari" marah Amy pula. Mery hanya diam sambil memandang kearah skrin laptopnya. Dia teringat akan kata-kata Sky pada waktu dulu. "Mary cakap lah sesuatu!" marah Amy. Mery mengeluh.
"Mungkin dia balik rumah parent die" kata Mary perlahan. Mereka yang lain memandangnya pelik. "Tapi takkan dia tak bagi tahu kita" kata Lena.
"Who know" kata Mary lalu bangun. Dia terus menuju kebiliknya. Mereka yang lain mengeluh. "So kita nak biarkan jer?" tanya Lena. Mereka semua hanya diam. "Apa kata kita pergi rumah parent Sky" cadang Ash.
"Parent dia? untuk?" kata Amy pelik. "Nak pastikan dia ada kat sana atau tak" kata Ash. "Bagus jugak tu" kata Lena. "kau tau ker alamat?" tanya Amy. Mereka terdiam.
"Aku akan cuba cari kat data sekolah and besok aku bagi tahu" kata Ash lalu pergi meninggalkan mereka semua. Amy dan Lena memandang sesama sendiri lalu mengeluh. Mery yang mendengar perbincangan mereka semua hanya mampu mengeleng.
****(Time skipp)******
Mery berbaring dibiliknya. Dia mendapat pesanan dari Ash. Pesanan itu mengatakan bahawa mereka akan terus pergi kerumah parent Sky apabila mereka pulang dari sekolah.
Mery memandang alamat yang diberi. "Bandar sebelah ker?" kata Mery perlahan. Dia mengeluh. "Kenapa aku rasa tak sedap hati pasal rancangan Ash?" kata Mery sambil memegang dadanya. Dia bangun lalu mengeliat.
Dia memandang jam sudah hampir pukul 2 petang. "Mungkin diorang dah pergi rumah Parent Sky" kata Mery lagi lalu membuka pintu biliknya.
Apabila dia keluar dia ternampak Sky sedang berjingkit-jingkit menuju kebilik. Mery terkejut melihat Sky. "Uhm.. Hai?" kata Sky sambil tersenyum. Mery hanya diam memandangnya.
Sky bergerak dengan perlahan mendekati biliknya lalu masuk dan mengunci pintu biliknya. Mery masih terdiam. "Eh?" katanya. Selepas beberapa saat dia tersedar.
"SKYY!!!!" jeritnya lalu mengetuk pintu bilik. "KAU KEMANA HAH SELAMA NIEEE?!!" jerit Mery sambil mengetuk pintu bilik Sky dengan kuat. "Aaaaa.. maafkan akuuuu" balas Sky dibalek pintu. Perkara ini berlangsung selama 5 minit.
Mery berhenti mengetuk pintu Sky. Dia bersandar lalu duduk dihadapan pintu tersebut. "Kau kemana sebenarnya?" kata Mery perlahan. Sky yang duduk disebalek pintu hanya diam. "Maaf sebab buat korang risau" kata Sky.
Dia memandang tangannya. "Tapi aku tak nak korang terlibat dalam hal nie" katanya lagi. "Kalau macam tu sia-sia diorang datang rumah kau" kata Mery.
Sky hanya diam. "Aku akan minta maaf kat diorang sebab datang sini tapi aku tak ada" kata Sky. Mery tergelak. "Bukan rumah nie lah.. Tapi rumah parent kau" kata Mery lalu bnagun.
Sky terkedu. "Diorang datang sana sebab ingat kau kat sana" kata Mery. Sky terus bangun lalu membuka pintu. Mery terkejut dengan tindakan Sky. "Bila diorang pergi?" tanya Sky.
Mery mengerutkan dahinya. "Diorang balik sekolah and terus kesana sebab rumah parent kau kat bandar sebelah" kata Mery. Sky terus berlari keluar dari biliknya tetapi ditarik oleh Mery.
"Kenapa dengan kau nie?" tanya Mery. Sky menarik tangannya. "Lepas lah! aku kene selamatkan diorang!" marah Sky. Mery menguatkan genggamannya.
"Kau kene bagi tahu aku dulu apa semua nie! Kenapa kau pelik sejak kebelakangan nie!" marah Mery pula. Sky menolak Mery. "Kau.. tak kan faham" kata Sky sambil tunduk.
"Orang biasa macam korang tak kan faham" katanya lagi sambil mengenggam tangannya. Mery mengeluh. Dia memegang bahu Sky. "Jadi tolonglah kitorang faham" kata Mery sambil tersenyum.
Sky terdiam. Air matanya mula mengalir. "Diorang semua dalam bahaya" kata Sky. "Bahaya dari apa?" tanya Mery. "Keluarga aku bukan keluarga yang Normal" kata Sky perlahan.
****************************
YOU ARE READING
Six sense
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.