Flashback~
Kelihatan seorang budak lelaki sedang berlari kearah paya. Budak lelaki itu menjerit meminta tolong tetapi tiada sesiapa yang mendengar. Setelah lama berlari budak itu terjumpa dengan sebuah pondok usang.
Tanpa berfikir panjang budak itu masuk kedalam pondok itu untuk bersembunyi dibawah katil. Dia menggigil ketakutan. Setelah beberapa minit kedengaran pintu pondok tersebut dibuka.
"Keluarlah~ diamana kamu menyorok~" panggil suara tersebut. Budak lelaki itu menutup mulutnya dengan tangan yang menggigil. Tiba-tiba cadar katil ditarik lalu menampakkan budak lelaki yang bersembunyi. Kedengaran bunyi jeritan memenuhi paya tersebut.
End flasback~
Ash memandang Amy,Lena,Sky dan Mery. "Tu je apa yang aku nampak" kata Ash sambil memeluk tubuhnya. Dia menggigil ketakutan. Sky menggosok belakangnya. "Sabarlah.." kata Mery. Alex, Ben,Marcus dan Lucas masuk kedalam rumah Sky sambil membawa beberapa kotak.
Amy bangun. "Korang nie tak reti nak ketuk pintu ker?" tanya Amy sedikit marah. Tetapi tidak diendahkan oleh empat orang remaja lelaki itu. "Nie apa yang korang nak" kata Marcus. Dia meletakkan kotak- kotak tersebut. Sky hanya mengangguk.
"Tapi kan.." kata Alex. Dia memandang lima orang gadis tadi. "Korang still menyamar ker?" tanya Ben. Amy,Ash,Lena, Mery dan Sky terdiam. Sky membuka masknya. "Kitorang malas jer" katanya. Dia seperti terhidu sesuatu.
Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu diketuk. "Siapa yang datang?" tanya Mery. Dia ingin pergi tetapi dihalang oleh Sky. "Biar aku yang bukak" kata Sky sambil tersenyum. Dia memakai semula masknya lalu pergi kearah pintu. Mereka yang lain menyambung semula perbincangan.
Sky membuka pintu rumahnya. Tetapi tiada sesiapa yang berada dihadapan pintu rumahnya. "Perasaan aku je ker?" kata Sky pelik. Dia ingin menutup pintu tetapi terhalang oleh sesuatu. Pintu dibuka dengan kuat. Dalam sekelip mata Sky jatuh kelantai tidak sedarkan diri. "Hehe.. dah jumpa~" kata satu suara.
Sementara itu didalam rumah. "So apa rancangan korang?" tanya Lucas. "Kita tengok dulu maklumat yang korang dapat" kata Mery. Dia mula membuka kotak-kotak yang dibawa oleh remaja lelaki tadi. Terdapat beberapa senarai mangsa yang mati dan juga hilang.
"Cuba kau tengok senarai nie Ash" kata Mery lalu menyerahkan beberapa helai kertas. Ash mengambil lalu menyelak. "Ada tak budak tu?" tanya Lena. Ash hanya diam. Dia terus menyelak. "Tak ada lah" kata Ash. Mereka semua menghembus nafas lega. "So kau salah tengok lah?" tanya Amy.
Ash mengeleng. "Tapi aku pasti dengan apa yang aku nampak" kata Ash. Dia menyelak helaian terakhir. Disitu terdapat gambar seorang budak lelaki. Helaian kertas tadi terjatuh dari pegangan Ash. Dia terkejut. "Tu... tu budak nya" kata Ash. Marcus mengambil kertas yang jatuh itu.
"Kenapa dengan budak tu?" tanya Marcus. "Dia mangsa?" tanya Ben pula. Ash mengangguk laju. "Aku nampak dia kene bunuh" kata Ash lagi. Amy dan Lena cuba untuk menenangkannya. Empat orang remaja lelaki itu mengerutkan dahi. "Kau nampak?" tanya Lucas.
Ash mengangguk lagi. "Aku nampak masa..." belum sempat Ash menghabiskan ayatnya Mery memotong. "Eh? rasanya macam dah lewat.. Apa kata korang balek dulu" Kata Mery. "Haah.. nanti apa-apa kitorang call" kata Amy pula. Empat orang remaja lelaki itu hanya akur. "Kalau macam tu kitorang balek dulu" kata Alex lalu pergi kearah pintu hadapan bersama yang lain.
Mery mengeluh perlahan. "Sky tak cakap ker supaya korang rahsiakan tentang kelebihan kita?" kata Mery. "Sorry.. tapi aku risau kalau budak tu betul-betul mati" kata Ash. "Kita kene rahsiakan walau apapun" kata Mery lagi.
"Mery!!" jerit Ben dari luar rumah. "Apa yang korang nak lagi!" balas Mery. "Datang sini!" jerit Ben lagi. Mery mengeluh panjang. "Apa yang diorang nak nie" kata Mery lalu pergi keluar rumah diikuti oleh Amy,Ash dan Lena.
Mereka tiba dihadapan pintu. Kelihatan remaja lelaki tadi masih belum pulang. "Korang buat apa lagi kat sini?" tanya Lena. "Korang patut tengok nie" kata Marcus lalu menunjuk kearah lantai. Kelihatan cecair bewarna merah dilantai. Mereka semua berasa pelik.
"Air apa yang tumpah nie?" tanya Amy. "Well aku tak rasa tu air biasa" kata Lucas. Mery memegang cecair tersebut. "Nie darah!" kata Mery. Dia terus bangun. "Sky! dia kat mana?" tanya Mery lagi. Mereka baru tersedar. "Haah.. tadikan Sky bukak pintu" kata Ash.
Mereka semua seperti mendapat satu petanda tidak baik. "Aku rasa dia dah kene culik" kata Lena. Mery ingin pergi tetapi dihalang oleh Ben. "Kau nak kemana?" tanya Ben. "Aku nak ke paya tu balek! aku tau benda tu dah amek Sky!" marah Mery. Dia menolak Ben tetapi tidak berjaya.
"Jangan jadi bodoh lah! sekarang nie dah nak malam!" kata Alex. "Haah.. pergi paya tu malam-malam akan membahaya kan kita semua" kata Lena pula. Mery hanya diam. "Esok pagi kita akan pergi sana okey?" kata Ben lagi. Mery hanya diam. Dia menolak Ben lalu masuk kedalam rumah.
****************************
YOU ARE READING
Six sense
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.