Mereka semua berkumpul diruang tamu. "Okey aku dah cari semua maklumat tentang rumah nie" kata Mery. Dia meletakkan satu fail diatas meja. Mereka semua membuka fail tersebut. "Woah.. nie macam sejarah rumah nie?" kata Ash. Mery hanya mengangguk.
Tok tok tok..
Kedengaran pintu diketuk. "Biar aku check" kata Lena. Mereka yang lain mula menyambung perbincangan. Apabila pintu dibuka kelihatan empat orang remaja lelaki berdiri dihadapan.
"Boleh kitorang masuk?" kata Lucas. Lena hanya mengangguk. "Yow! korang dah sampai" kata Mery. "Kitorang baru nak mula" kata Amy pula. "Well kitorang memang tepati masa" lagak Alex.
Tetapi tidak diendahkan oleh mereka yang lain. "Tapikan.. korang memang akan berpakaian macam nie ker kalau nak selesaikan kes?" kata Marcus pula. "Well nie macam trademark kitorang?" kata Sky. Mereka yang lain mengangguk.
Empat orang remaja lelaki itu memandang mereka pelik. "Tak penting pon apa kitorang pakai, yang penting kes nie selesai" kata Lena. Mereka semua mula berbincang tentang kes tersebut.
"Okey dari apa yang aku dapat rumah nie telah dibina sejak 1998 dan pemilik sebenar rumah nie ialah seorang guru tadika." kata Mery sambil meletakkan beberapa keping gambar. Mereka yang lain mengambil gambar-gambar tersebut. "Masa tu dekat kawasan nie macam tak ada tadika jadi pemilik nie tukar rumah nie jadi sebuah tadika" kata Sky pula.
"Yea.. tapi tadika nie tak dapat bertahan lama and terpaksa ditutup.. Pemilik rumah nie pula mula jatuh sakit dan meninggal" kata Mery pula. Mereka yang lain hanya mendengar. "Masa 2003 seorang lelaki 40-an mula membeli rumah nie dan tukar sebagai rumah sewa" kata Sky pula.
"So, tempat nie 'keras' sebab apa?" tanya Marcus. "Sebab semasa rumah nie jadi rumah sewa ade satu keluarga tinggal sini" kata Ash pula. Mereka semua memandang nya. Ash meletakkan dokumen yang dibacanya. "Tapi selepas beberapa bulan mereka hilang macam tu jer" katanya lagi.
"Eh? mana kau tau?" tanya Mery. "Ada dalam fail yang kau bagi" kata Ash lagi. Mery berasa pelik lalu mengambil fail tersebut. Fail tersebut berwarna coklat kusam. "Tapi nie bukan fail aku" kata Mery lagi. "Aku rasa mesti ada maklumat pasal keluarga tu dekat rumah nie" kata Amy.
"Kalau macam tu jom kita cari" kata Lucas. "Tapi sekarang dah pukul 10 malam" kata Ben. "Yea.. patut kita mula esok jer" kata Lena pula lalu menguap. Mereka yang lain bersetuju.
*****(Time skipp)****
Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Tetapi Amy,Ash,Lena, Mery dan Sky tidak mampu tidur. Mereka semua tidak memakai pelindungan seperti kaca mata, headphone, mask, sarung tangan dan Bennie. Amy menoleh kearah pintu. "Korang aku dengar something" bisik Lena.
"Ughh.. busuknya rumah niee" rungut Sky sambil menutup hidungnya. Amy masih memandang kearah pintu. "Ada seorang wanita dan lelaki dewasa" bisik Amy secara tiba-tiba. Mereka semua memandang Amy. "Seorang remaja lelaki dan dua orang kanak-kanak" bisik Amy lagi. "Or lebih?" kata Amy lebih perlahan. "Mungkin tu ahli keluarga yang hilang tu kot?" bisik Sky pula. "Kau tak ada dengar apa-apa ker Lena?" tanya Mery.
"Terlalu banyak bisik-bisik sampai aku tak dapat dengar apa yang diorang cakap" kata Lena. "Waitt.. korang seingat aku ahli keluarga yang hilang tu cuma ada empat orang" kata Ash. "Jadi?" tanya Lena. "Aku nampak lima orang" kata Amy pula. Suhu bilik itu tiba-tiba menjadi sejuk.
"Well apahal tiba-tiba bulu roma aku meremang nie" kata Lena. "Ughh.. bau tu makin kuatt" rungut Sky. "Ada benda datang" kata Amy. Kedengaran bunyi tapak kaki mendekati bilik mereka. Jantung masing-masing berdegup kencang. Kelihatan sebelah tangan memegang bingkai pintu. Nafas mereka bagaikan terhenti buat seketika.
****************************
Nyehehehe cliffhanger( ・ิϖ・ิ)
![](https://img.wattpad.com/cover/158617117-288-k219909.jpg)
YOU ARE READING
Six sense
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.