Edward Roland High School adalah sebuah sekolah yang sangat berprestij. Semua ahli pemimpin dan jutawan menghantar anak-anak mereka kesini. Sekolah ini juga banyak menerima anugerah kerana reputasi mereka yang bagus. Semua pelajar yang ingin berjaya bercita-cita untuk diterima masuk kedalam Sekolah tersebut.
Tetapi semua ini berubah apabila berlaku suatu kejadian yang tidak diduga melibatkan pelajar-pelajar sekolah ini. Terdapat kes pembunuhan yang kejam melibatkan pelajar perempuan sekolah tersebut dan yang membuatkan pihak polis curiga apabila mayat pelajar itu kehilangan kepala mereka.
Kini ramai ibu bapa yang takut untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di ER High School. Jika kes ini berlarutan ER High School pasti akan ditutup. Pihak sekolah mula merancang beberapa langkah berjaga-jaga iaitu pelajar perempuan tidak dibenarkan berjalan bersendirian. Mereka perlu ditemani rakan-rakan mereka atau mereka akan diculik.
°°°°°°°°°°°
"Tolongggh!!! tolong saya!!!" jerit seorang gadis yang diikat di atas kerusi kayu. Dia kelihatan seperti pelajar sekolah. Air matanya mengalir. Badannya menggigil ketakutan. "Tolong saya!!" jerit gadis itu lagi. Tetapi tiada sebarang jawapan.
Gadis itu mula berputus asa. Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dibuka. Gadis itu mendongak lalu menjerit meminta tolong. Dia tersenyum apabila memikirkan yang seseorang telah datang untuk membantunya.
Kedengaran tapak kaki mendekati gadis itu. "Tolong saya.." kata gadis itu. Tapak kaki itu berhenti. Gadis itu memandang susuk tubuh yang berdiri dihadapannya. Senyuman gadis tadi mula pudar. Matanya terbuka luas.
Dengan sekelip mata tiba-tiba kepala gadis itu putus lalu jatuh kelantai. Kepala gadis itu jatuh kelantai. Darah mula memancut keluar dari lehernya. Orang itu ketawa. Dia mendekati kepala gadis yang putus itu. "Berani kau buat bising kat sini.." kata orang itu sambil mengangkat kepala itu.
"Aku ingat nak buat kau hidup lama sikit.." katanya lalu berjalan kesuatu bilik. "Tapi nampaknya kau akan jadi salah satu dari koleksi aku" kata orang itu lalu membuka pintu bilik. Suasana bilik itu sangat gelap. Dia membuka lampu bilik tersebut.
Kelihatan banyak kepala gadis yang putus digantung. Orang itu mula mengantung kepala gadis tadi. Apabila siap dia mula menutup lampu dan pintu bilik tersebut. "Siapa lagi yang akan jadi koleksi aku lepas nie?" katanya lalu ketawa.
*****************************
YOU ARE READING
Six sense
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.