Part 40

80 7 0
                                    


Amy,Ash,Alex,Ash,Lena dan Pengetua Sara diikat. Mereka telah dikurung disebuah kelas. "Aku minta maaf" kata Lena. Luka tembakan tadi telah dirawat. Pengetua Sara hanya diam sambil menutup matanya. Amy mengeleng. "Kenapa kau boleh kene tangkap? bukan kau dengan Sky ker?" tanya Amy. Lena terdiam.

"Haah.. kalau kau kene tangkap. Mana Sky?" tanya Ash. "Aku.. tak tau" kata Lena perlahan. Mereka yang lain berasa pelik. "maksud kau?" tanya alex. Lena mengeluh. "Sebenarnya.."

Flashback~

Sky dan Lena berjalan secara perlahan. "Macam mana kita nak cari diorang?" bisik Lena. "Sekejap" kata Sky. Dia memejam matanya lalu menghidu. Beberapa saat kemudian Sky membuka matanya. "Dekat hujung koridor berdekatan tangga" kata Sky.

"Ada diorang ker?" tanya Lena. Sky mengeleng. Lena mengerutkan dahinya. "Habis tu?" tanya Lena lagi. Sky mengangkat bahunya. "Ada seseorang dekat dalam tu.. tapi orang tu ada bau Ash" kata Sky pelik. "Ash? maksud kau ada Ash dalam tu?" tanya Lena pelik. Sky mengeleng lagi. "Tapi bau Ash macam nk dekat pudar dari badan orang tu" kata Sky lagi.

Lena dan Sky terdiam seketika. Tiba- tiba mereka teringat seseorang. "Kawan Ash yang kene culik" kata mereka sedikit kuat lalu menutup mulut masing-masing. "Kita dah jumpa dia" kata mereka berdua serentak. Dengan cepat mereka mula mendekati bilik itu. Secara tiba-tiba Lena terhenti. Sky memandangnya pelik. "Kau kenapa?" tanya Sky.

"Aku dengar suara Mery" kata Lena. Sky terkejut. "dekat mana?" tanyanya. Lena cuba menfokuskan suara tersebut. "Jauh sedikit dari sini" katanya. Sky mendiamkan diri. Dia memegang dagunya. "So macam mana nie?" tanya Lena. "Kalau macam tu kita berpecah" kata Sky. Lena mengeleng. "Aku tak nak" bantah Lena.

"Tapi kita boleh selamatkan mereka berdua secara serentak" kata Sky. Lena hanya diam. "Kau tahu kedudukan Mery, dan aku tahu kedudukan kawan Ash" kata Sky. Lena masih lagi tidak setuju. Sky mengeluh. Dia memegang bahu Lena. "Nie je harapan kita.. tolonglah percayakan aku" kata Sky.

Lena memandang Sky. Dia kemudian mengangguk. "Aku percayakan kau" kata Lena. Sky tersenyum. "Kalau macam tu kita berpecah. Kalau kau dah selamatkan Mery, suruh dia telepati aku" kata Sky. Lena mengangguk. Mereka berdua kemudian berpecah.

Lena berjalan sambil mengikuti suara tersebut. Keadaan koridor disitu sedikit gelap. "Kenapa jauh sangat Mery dikurung" rungut Lena. Semakin lama semakin kuat suara Mery. Apabila tiba dihadapan sebuah bilik ini, suara Mery jelas terdengar. Dia seperti sedang bercakap dengan seseorang.

Lena mengerutkan dahinya. Sewaktu dia ingin mendengar dengan lebih dekat, Pintu bilik itu dibuka. Perkara ini membuatkan Lena terkejut. Dia memandang orang yang membuka pintu tersebut. Jantungnya mula berdegup kencang. "Hehe~ jumpa seorang lagi.." katanya sambil ketawa.

End Flashback~

Lena mengeluh. "Macam tulah ceritanya" katanya. Mereka yang lain mengangguk. "So its mean, kawan aku masih selamat" kata Ash perlahan. Senyuman mula terukir dibibir. "Well.. kita tak boleh terlalu gembira." kata Alex. Mereka yang lain mengangguk. "Macam mana kita nak keluar dari sini?" tanya Lucas pula.

"Sebelum tu macam mana kita nak lepas dari tali nie" tanya Amy. Mereka mula meronta untuk melepaskan diri dari tali tersebut. Tetapi tidak berjaya. Hasilnya tangan mereka mula menjadi merah. Pengetua Sara mengeluh mendengar anak muridnya. Dia hanya diam dan bertenang.

Beberapa minit kemudian pintu kelas itu dibuka. Mereka semua terus memamdang kearah pintu tersebut. Mereka terlihat Mery ditolak kearah mereka. "Auchh.. sakitlah!" marah Mery. Olga hanya ketawa. "Kau fikir aku peduli?" katanya sambil mengerling.

"Apa yang kau nak dari kitorang dengan budak perempuan yang lain?!"  marah Ash. Olga memandnag mereka pelik. "Kenapa? sebab aku nak semua orang jadi sempurna.. aku tak nak ada benda buruk dekat dunia nie" kata Olga. "Dan aku perlukan korang yang ada kelebihan nie untuk sempurnakan anak aku~" kata Olga lagi. Dia tersenyum sambil berpusing- pusing.

Mereka yang lain terkedu. Mery memandang kearah pengetua Sara yang hanya diam. Mery mengerut dahinya pelik. "Fokus.. panggil dia" kata Pengetua Sara perlahan. Mery mengerutkan dahinya. "Cuma awak seorang boleh panggil bantuan" katanya lagi lalu membuka sebelah matanya. Dia memandang Mery sambil tersenyum lemah. Pengetua Sara kemudian Menutup matanya semula.

Mery mendiamkan diri. Selepas beberapa saat, dia mula faham apa yang dimaksudkan oleh pengetua Sara. Mery mencuit Amy dan Ash. Mereka berdua memandang Mery pelik. "Lengahkan masa untuk aku" kata Mery perlahan. "Untuk?" tanya Ash. "Aku nak cuba hubungi Sky, So dia tahu kita dekat mana" kata Mery.

"Apa yang Sky boleh buat sorang- sorang?" tanya Amy pelik. "Sekurang- kurangnya dia belum kene tangkap, Peluang dia nak selamatkan kita tinggi" kata Mery lagi. Mereka berdua memandang sesama sendiri lalu mengangguk. "Serahkan tu kat kitorang" kata Ash. Mery tersenyum lalu menarik nafas panjang. Dia kemudian menghembuskanya. 'Fokus..' kata hatinya.


********************************


Six senseWhere stories live. Discover now