"Why aku mula rasa menyesal tolong korang?" kata Ash. 'Shhhh... jgn bising' bisik Amy. Mereka semua sedang menyorok dibawah jambatan berdekatan sebuah gudang lama. "Korang pasti ker tentang semua nie?" kata Ash lagi. 'Shhh! kau nie x paham bahasa ker?' bisik Amy marah. Ash memandang Amy.
"Masalahnya.. Sekarang nie tak ada orang pon kat sini.." kata Ash pula. Amy terdiam. Dia melihat kedalam gudang itu. Keadaan gudang itu gelap dan sunyi. 'Ini adalah rancangan diorang.. Bila kita dah leka nanti dia akan datang dan culik kita!' bisik Amy lagi. Ash dan Lena mengeluh. Mereka berdua keluar dari tempat persembunyian mereka lalu berjalan kearah gudang tersebut.
'Oi... jangan keluarlah' Jerit Amy perlahan. Tetapi tidak diendahkan oleh Ash dan Lena. "Tempat nie memang dah lama kene tinggal" kata Ash. Kelihatan banyak sampah dan daun-daun bersepah. "Tapi kenapa pintu gudang tu tertutup?" tanya Lena sambil menyepak tin kosong yang berada disitu. Tin kosong itu berlanggar dengan pintu gudang itu lalu menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Ash dan Lena terkejut lalu menyembunyikan diri mereka.
Kelihatan pintu gudang itu terbuka sedikit. Seorang lelaki menjenguk keluar lalu melihat sekeliling gudang tersebut. Ash terkejut melihat wajah lelaki tersebut. 'Itu lah lelaki nya' Katanya. Pintu Gudang itu kembali ditutup. Mereka berdua keluar dari tempat persembunyian mereka. "Kita kene beritahu Amy tentang nie" kata Lena. Ash mengangguk. Mereka berdua pergi kearah jambatan dimana Amy berada.
"Amy... kitorang dah nampak orang tu" kata Lena. Tetapi tiada sebarang jawapan. Lena memandang sekelilingnya. Amy tidak dapat ditemui disitu. Ash dan Lena terkedu. "Mana Amy?" tanya Ash. Dia mula berasa takut. "Dia tak kan nak buat kerja nie sendiri kan?" kata Lena pula. Dia cuba untuk tenangkan dirinya. "Aku akan cuba call dia" kata Lena. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor Amy.
Beberapa saat kemudian kedengaran bunyi deringan dari arah gudang tersebut. Ash dan Lena terkejut. Dengan cepat dia menamatkan panggilannya. Peluh mula membasahi dahi mereka. "Macam mana nie? Amy mungkin dah kene tangkap" kata Ash. "Tak... dia mungkin masih selamat..." kata Lena. Dia menjenguk kearah gudang tersebut.
"Macam mana kita nak tolong dia" kata Lena sambil berfikir. "Tch..." Ash terus berlari kearah gudang tersebut. "Oi.. kau nak kemana?!" jerit Lena. Ash kemudian menuju kearah belakang gudang tersebut. Apabila tiba dia terkejut apabila melihat Amy diikat disebuah kerusi kayu. Mereka berdua kelihatan seperti sedang bercakap. Lelaki itu mula membuka kaca mata hitam milik Amy.
Ash segera mencari sesuatu. Dia terlihat sebatang kayu besar berhampiran semak. Dengan perlahan dia mengambil kayu tersebut. 'Aku mesti selamatkan dia' kata Ash didalam hati. Dia mengambil nafas panjang. Amy dan lelaki itu kelihatan masih bersembang. Ash mengenggam kayu itu lalu berlari kearah lelaki berkenaan. Dia menghayun kan kayu tersebut kearah leher lelaki itu. Amy terkejut melihat perkara tersebut. "Wait... JANGAN!" jerit Amy. Lelaki itu terjatuh apabila kayu tersebut terkena lehernya. Darah merah mengalir keluar.
Ash terkaku. Dia melepaskan kayu tersebut lalu terduduk. Dia bertambah takut apabila melihat darah yang mengalir. "Tak... tak.." katanya. Lena berlari kearah mereka. "Korang okey tak?" tanyanya. Dia melihat Amy diikat. "Amy?! asal kau pergi tiba-tiba?!!" marah Lena lalu berlari kearahnya. Amy mula mengeluh. "Aku tengah buat tugas aku lah" katanya. Lena mula membuka ikatan tali tersebut. "Eh? tali nie tak diikat dengan ketat pun" kata Lena.
Amy bangun dari kerusinya. "Memanglah... sebab dia bukan nak cederakan aku" kata Amy lalu mengambil cermin matanya yang berada diatas tanah. "Tch.. dah pecah" rungutnya. "Wait.. apa maksud kau dia bukan nak caderakan kau?" tanya Ash pelik. Amy mengeluh. "Dia lakukan semua nie untuk dapatkan duit jer" jawab Amy selamba. "Duit?" kata Ash dan Lena serentak. "Yea.. dia bukan pembunuh sebenar.. dia cuma membantu untuk dapatkan duit sahaja" kata Amy lagi.
"Kau tipu! Habis kenapa dia culik kawan aku?!" marah Ash. Amy mengeluh. "Sebab dia disuruh.. And kalau dia tak buat dia akan..." Amy tidak menghabiskan ayatnya. Dia hanya membuat gaya seperti ingin memotong lehernya. "Faham?" kata Amy lagi. Ash hanya diam. "Ughh.." lelaki itu mengerang kesakitan. Ash dan Lena tetkejut. Mereka berdua menjauhkan diri. "Even korang perempuan tapi pukulan agak kuat" kata lelaki itu sambil mengusap kepalanya. Dia bangun lalu duduk.
"Ah... berdarah pulak tu" katanya. Amy hanya mampu tersenyum sinis. "Gaiss.. kenalkan Ini Sam.. Sam kenalkan nie kawan-kawan aku yang aku cerita tu.. Lena dan Ash" kata Amy. Ash dan Lena terkejut. "Ha-Hai" kata mereka berdua serentak. Sam hanya tersenyum. "Hai.." balasnya. Ash segera tunduk. "Ma-Maafkan saya.." katanya. Sam hanya mampu ketawa. "Tak apalah.. benda dah jadi" katanya. "Kalau macam tu... Sam boleh terangkan kat kita apa yang jadi" kata Amy.
Sam mengangguk. "Aku perlukan duit untuk bayar bil perubatan mak aku... Bayaran nya sangat mahal sampai aku tak mampu nak bayar seorang.. adik-beradik aku yang lain tak kesah tentang keadaan mak aku.. Jadi satu hari tu aku terserempak dengan seseorang nie.. Dia pakai hud yang tutup satu badan dia.. Jantina dia aku tak dapat kesan.. Dia minta tolong aku supaya culik beberapa palajar perempuan dari sebuah sekolah.. Pada mulanya aku nak tolak tapi dia bayar aku dengan jumlah yang banyak.. Jumlah yang boleh bayar bil perubatan mak aku.. Jadi aku setuju untuk tolong dia... Tapi pada satu hari tu mak aku berada dalam keadaan kritikal dan masa tu aku tengah culik seorang pelajar perempuan disebuah taman... Selepas dari tu aku berhenti dari tolong orang tu" jelas Sam.
Terserlah wajah bersalah dimukanya. "Macam mana kitorang nak tau kau tak tipu?" tanya Lena. Sam tersenyum sedih. "Aku tak kesah kalau kau tak percaya... Lagipun aku dah jumpa mak aku" katanya perlahan. "Huh?" kata Lena pelik. Ash berjalan kearah Sam. "Aku boleh buktikan" katanya lalu membuka sarung tanganya. Dia kemudian meletakkan tanganya diatas dahi Sam. "Biar aku tengok kebenarannya" kata Ash lagi.
****************************
YOU ARE READING
Six sense
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.