Part 46

147 14 2
                                    

Olga dibawa pergi oleh polis manakala Eri dikejarkan ke hospital bersama gadis-gadis yang lain. Amy,Ash, Lena,Mery dan Sky terdiam melihat semua yang berlaku. "Nampaknya kes kali nie dah selesai juga" kata Amy. "Yea.. tak sangka satu kes boleh membawa kepada kes yang lain" kata Lena.

Ash memandang kearah ambulance yang pergi bersama Eri. "Kau okey tak Ash?" tanya Amy. Ash hanya terdiam. "Doktor kata Kawan kau dalam keadaan stabil. Janganlah risau" kata Lena pula. Ash mengeleng.

"Aku cuma pelik kenapa Eri kene kurung ditempat yang berbeza?" tanya Ash. "Maksud kau?" tanya Mery pula. "Ramai gadis yang kene kurung dalam satu bilik yang besar. Tapi kenapa cuma Eri je yang berbeza?" tanya Ash lagi. Amy dan Lena mula faham akan soalan Ash tersebut.

"Well itu disebabkan wajah Eri mirip anak perempuan dia. Chiro" kata Sky. Mereka semua memandangnya. "Kau patut lihat tempat Eri dikurung. Sangat selesa dan bersih" kata Sky lagi. "Dia sangat sayangkan anaknya walaupun dia tahu yang Chiro tak mungkin hidup semula" kata Mery pula. Mereka berlima hanya mampu diam sambil melihat bangunan sekolah lama itu.

*****Time skipo*****

Tiga hari telag berlalu selepas kejadian tersebut. Gadis-gadis yang diculik telah dihantar pulang kepada ibu bapa mereka. Olga pula telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Keadaan bandar tersebut mula menjadi aman semula.

"Weh.. korang cepatlah!" kata Ash sambil berdiri dihadapan pintu rumah milik Sky. Amy dan lena hanya mampu ketawa dibelakang Ash. "Kau boleh sabar tak?" kata Mery marah. Dia dan Sky mula memakai kasut. "Macam mana aku nak sabar. Eri dah sedar malam semalam and aku excited nk jumpa dia" kata Ash sambil melompat- lompat.

"Tch.. hospital tu tak larilah" marah Sky pula. Mereka mula keluar dari rumah tersebut. Dihadapan rumah itu kelihatan sebuah kereta berhenti. "Nak saya tumpangkan?" kata Pengetua Sara sambil tersenyum. "Terima kasih" kata Amy dan Lena. Mereka mula bertolak kehospital.

Ash mula bercerita tentang Eri sepanjang perjalanan. Amy dan Lena mendengar dengan gembira. Manakala Sky dan Mery hanya diam. Apabila tiba dihadapan pintu hospital Ash segera berlari kemeja pendaftaran.

"Um.. dekat mana bilik pesakit bernama Eri? dia masuk beberapa hari lepas" kata Pengetua Sara. Salah seorang dari nurse disitu mula menaip lalu memberitahu wadnya. Mereka semua mula mencari wad dimana Eri berada. Apabila tiba Ash berdiri dibelakang mereka yang lain. "Kau asal?" tanya Amy.

"Aku nk buat kejutan" kata Ash sambil tersenyum. Mereka yang lain hanya mampu ketawa lalu mengetuk pintu wad tersebut. Apabila mendengar jawapan dari dalam mereka membuka pintu itu. Di dalam wad tersebut kelihatan Eri sedang duduk baring, manakala terdapat seorang wanita iaitu ibu Eri duduk disebelahnya. "Hai, maaf menganggu, kami datang untuk melawat" kata Sky. Ibu kepada Eri hanya mengangguk lalu keluar untuk memberi mereka ruang untuk bersembang.

Eri memandang mereka yang lain dengan pandangan pelik. "Awak semua nie siapa?" tanya Eri pelik. "Ahh.. kitorang kawan Ash. So kitorang ingat nak melawat" kata Mery pula. Eri Terus duduk apabila mendengar nama tersebut. "Ash? ashley ker? dia dekat mana?" tanya Eri sedikit gembira.

Ash dengan senyuman keluar dari belakang mereka yang lain sambil memegang sejambak bunga. "Hai Erii!" kata Ash sambil tersenyum. Eri terkejut lalu memandang Ash. Mereka berdua memandang sesama sendiri. "Siapa awak nie?" tanya Eri. Tiga perkataan itu membuatkan Ash terkedu.

"Apa maksud kau nie? Dia Ash lah.. Ashley. kawan kau" kata Amy. Eri mengerutkan dahinya lalu mengeleng. "Awak semua cuma nak main- mainkan saya ker? awak ingat saya tak boleh nak tahu rupa kawan baik saya?!" marah Eri. "Tapi dia memang Ashley" kata Lena pula. Eri mula berasa marah.

Dia kemudian membaling bantalnya pada mereka yang lain. "Lebih baik awak semua keluar!! saya tak nak tengok muka awak semua!!" marah Eri. Amy ingin memarahinya tetapi dihalang oleh Ash. "Tapi Ash dia..". Ash hanya mengeleng. Dia tersenyum lemah lalu memberi jambakan bungan itu pada Eri.

"Maaflah kalau gurauan kami melampau. Ini bunga dari Ash. Dia tidak dapat datang tapi dia berharap awak akan cepat sembuh" kata Ash. Eri menerima bunga tersebut. Dia tersenyum. "Ash selalu tahu bunga yang aku suka" kata Eri tersenyum. Ash menahan air matanya. "Kalau macam tu, kitorang minta diri dulu" katanya lagi lalu keluar diikuti Amy dan Lena.

Sky dan Mery memandang sesama sendiri. Mereka berdua kemudian tunduk. "Terima kasih" kata mereka berdua secara serentak lalu pergi meninggalkan bilik tersebut. Keadaan bilik tersebuy mula menjadi sunyi. Senyuman Eri tadi mula pudar. Air mata mula turun. "Aku minta maaf Ash.. Aku minta maaff" katanya sambil menangis.

Ash,Amy dan Lena berdiri dihadapan Hospital itu. "Kau okey ker?" tanya Amy. "Kalau kau tak masuk sekarang dia mungkin akan lupa pasal kau sampai bila-bila" kata Lena pula. Ash menarik nafas panjang lalu melepaskannya. "Tak mengapa, mungkin nie yang terbaik" katanya. Dia menoleh untuk kali terakhir. "Kalau dia dengan aku, dia akan berada dalam keadaan yang lebih bahaya" kata Ash.lagi.

Dia tersenyum lemah. "Selamat tinggal kawan baikku.. semoga kita dapat berjumpa lagi" kata Ash tersenyum. "Jangan lah sedih-sedih" kata Mery. "Kitorang kan ada untuk jadi kawan kau" kata Sky pula. Ash memandnag mereka yang lain. "Betul cakap diorang tu" kata Lena pula. Merkea semua mula ketawa.

Tringgg

Telefon milik Sky berbunyi. Dia mula ketawa kecil. "Guys.. nampaknya kita ada kes baru nie" kata Sky sambil menunjuk phonenya. Mereka yang lain memamdang sesama sendiri lalu mengangguk. "Mari selesaikan!!" sorak mereka.

The enddd

********************************

Bepppppp....

Tamat lah sudah cerita ini.

AQ DH X ADA IDEA. WHY DULU AKU BOLEH SIAPKAN CHAPTER BYK2 DLM SATU HARI TAPI SEKARANG SATU CHAPTER MENGAMBIL MANA SEMINGGU... SNIFF SNI FF






AHAHAHAHA

AKU BERHARAP KORANG BOLEH TERIMA ENDINGNYA...

Anywayy... vote and comment and I maybe will see you guys at the next story..

SO....

BUBBYEEE GUYS 👋👋👋

Six senseWhere stories live. Discover now