Part 29

211 10 1
                                    


Pada malam itu, mereka semua berkumpul diruang tamu. "Aku nak cakap sesuatu" kata Sky. Dia memandang mereka yang lain lalu mengerutkan dahinya. Kelihatan Ash, Amy dan Lena tersandar seperti mereka kepenatan. "Korang okey?" tanya Sky.

Ash mengeleng laju. "Ni semua salah kawan baik kau tu" kata Ash lalu baring diatas lantai. "Penaattt" kata Lena. Sky mengeluh lalu memandang Mery. "Kau buat apa?" tanya Sky sambil bercekak pinggang.

Mery mengangkat bahunya. Dia kusyuk menaip sesuatu di laptop. "Aku tak buat apa-apa pon" kata Mery. Sky mengangkat keningnya. "Penipu! kau suruh kitorang lari keliling tempat nie!" marah Amy.

Mery memandang mereka yang lain. "Well bukan besar sangat kawasan nie" kata Mery. "Tapi kene pusing 100 kali!" marah Ash pula. Mery terus mengabaikan mereka lalu sambung menaip sesuatu tu laptop. Ash dan Amy mula memarahi Mery. Sky mengeluh.

"Semua diam!" marah Kira yang berdiri disebelah Sky. Keadaan menjadi sunyi. "Boleh tak korang dengar apa yang Kak Sky cakap!" marah Kira lagi. Mereka semua terdiam kerana terkejut.

Sky tergelak lalu mengusap rambut Kira. "Thanks Kira, ada sesuatu yang aku nak bincangkan dengan korang" kata Sky lalu duduk dikerusi. Kira duduk diribanya. "Apa bendanya?" tanya Lena.

"Kaitan mak aku dengan kes penculikan tu" kata Sky selamba. Mereka yang lain terkejut. "Apa maksud kau dengan kaitan? selama nie kau tahulah mak kau ada kaitan dengan semua nie?!" marah Ash lalu bangun.

Amy dan Lena segera menahan Ash dari menyerang Sky. "Sabarlahh.." kata Lena. "Betul tu.. kita kene tahu sebabnya" kata Amy. "Sebab? disebabkan mak dia kawan aku kene culik! Dia mungkin dah mati sekarang" kata Ash lalu terduduk semula. Dia menutup mukanya.

Sky mengeluh lalu mencuit Kira. "Dia belum matilah" kata Kira. Ash memandang Kira pelik. "Mana kau tahu?" kata Amy. "Sebab saya ada dengan Ibu selama nie" kata Kira lagi. Mereka yang lain terkejut mendengar perkara tersebut.

"Saya sentiasa ditugaskan untuk menjaga orang yang akan dihantar pada Puan Unknown" kata Kira. "Sebab tu kau jaga Lena waktu tu?" kata Mery memastikan sesuatu. Kira mengangguk. "Tapi kenapa kau tak halang diorang selama nie Sky?" kata Lena pelik.

"Sebab aku tak tahu" kata Sky selamba. "Apa maksud kau taK tahu?!" kata Amy pula. "Kau expect apa dari orang yang lari rumah?" kata Sky lagi. Mereka hanya diam. "Tapi siapa Puan Unknown?" tanya Mery. Kira mengangkat bahunya. "Saya tak pernah jumpa dia" kata Kira lagi.

"Dia mesti pernah datang rumah kau an?" kata Amy lagi. Kira memegang dagunya seperti cuba mengingati sesuatu. "Selama nie yang datang untuk ambil gadis-gadis tu adalah seorang lelaki yang besar" kata Kira. Ash, Amy dan Lena memandang sesama sendiri. 'Itu Samm!!' jerit mereka didalam hati.

"Tapi lepastu mesti ada orang lain datangkan?" tanya Lena. Kira mengerutkan dahinya pelik. "Macam mana akak tahu?" tanya Kira. Lena terkedu. "A.. tu.. sebabbb.." kata Lena gagap.

Dia cuba untuk memikirkan alasan. "Siapa Sam?" tanya Mery pula. Kini Amy,Ash dan Lena terkejut. Peluh mula membasahi mereka. "Diaa.. emm... Sam tu.." Ash cuba untuk berkata. "Aahh.. so dia pernah bekerja dengan diorang?" kata Mery lagi.

"Berhenti baca fikiran kitorang!" marah Amy. Mery tergelak. "Korang fikir kuat sangat, even orang pekak boleh dengar" kata Mery. Mereka hanya mampu mengeluh. "Dah boleh saya sambung?" kata Kira. Mereka mengangguk. "Selepas tu ada orang berhud yang datang untuk ambil mereka" kata Kira. "Orang berhud?" tanya Lena. "Siapa orang tu?" tanya Mery. Kira mengangkat bahunya. "Dia selalu pakai hud dia. Tapi dari apa yang Ibu kata dialah Puan Unknown" kata Kira.

"Siapa sebenarnya Puan Unknown nie" kata Ash. "Sebab dia nak culik pelajar perempuan untuk apa?" tanya Amy. "Korang nie biar betul" kata Mery. "Apa maksud kau?" tanya Lena pula. Mery menunjukkan skrin laptopnya. "Semua mangsa yang dijumpai kehilangan beberapa anggota" kata Mery sambil menunjukkan gambar mayat yang dijumpai.

Ash,Amy dan Lena tidak sanggup melihat gambar tersebut. Mery menutup laptopnya. "Kenapa dia buat macam tu.." kata Lena. "Manusia sempurna" kata Sky. Mereka semua memandangnya. "Ingat lagi kes rumah sewa tu? ada sambungan tentang benda tu" kata Sky lagi.

********************************

Six senseWhere stories live. Discover now