Amy,Ash dan Lena berhenti dihadapan sebuah rumah. "Masuk lah" kata pelajar itu sambil membuka pintu. Amy,Ash dan Lena mengangguk. Mereka bertiga masuk kedalam rumah itu. "Maaf menganggu" kata Lena. "Tak perlu formal sangat. Aku tinggal sorang je kat sini" kata pelajar itu lagi. Amy,Ash dan Lena hanya diam. Mereka pergi ke ruang tamu. Disitu mereka dapat lihat banyak kertas bersepah. Terdapat peta bandar diamana mereka tinggal.
"Sorry sebab bersepah" kata Pelajar itu sambil ketawa. Dia mengutip kertas-kertas yang berada dilantai. Amy,Ash dan Lena terkedu. Mereka seperti tidak menyangka dengan perkara itu. "Anyway.. kitorang tak tau pun nama kau" kata Lena. "Skyler Walker.. Tapi kau boleh panggil aq Sky" kata Pelajar itu. Dia meletakkan kertas yang dikutipnya tadi diatas meja. "Nama kitorang pula.." belum sempat Lena menghabiskan ayatnya Sky memintas. "Amy,Ash dan Lena kan? Aku kenal korang and kelebihan korang" kata Sky lagi.
Amy,Ash dan Lena terkejut. "Macam mana kau tahu?" kata Amy pelik. Dia mula rasa tidak selesa. "Well.. aku ada cara tersendiri.. Jemput duduk aku tak sangka ada tetamu malam nie jadi aku nak keluar beli barang sekejap" kata Sky lalu berjalan keluar. "Ah.. buat lah macam rumah sendiri" katanya lagi.
Pintu hadapan rumah ditutup. Amy,Ash dan Lena memandang sesama sendiri. "Kau rasa kita boleh percaya ker kat dia?" kata Lena. "Banyak gak maklumat dia dapat" kata Ash sambil membelek kertas-kertas dimeja. Amy hanya mendiamkan diri.
Semasa mereka sibuk meneliti kertas-kertas maklumat tersebut kedengaran bunyi sesuatu jatuh dari dapur. Amy, Ash dan Lena terkejut. Mereka memandang sesama sendiri. "Sky kata dia tinggal sesorang kan?" tanya Lena. "Mungkin kucing kot?" kata Ash pula. "Jom kita tengok" kata Amy. Dia berjalan meninggalkan yang lain. "Oii Amy bahaya lah" kata Ash. Dia mengikut dari belakang. Lena mengeluh.
"Suatu hari nanti sifat ingin tahu kau nie boleh buat kau mati tahu tak" kata Lena perlahan. Dia juga mula mengikut mereka. Keadaan dapur itu sangat gelap. "Aku akan buka suis lampu.. korang pula cari apa yang jatuh tadi" kata Ash. Amy dan Lena mengangguk. "Dalam kiraan tiga.. Satu.. dua... tigaa!" kata Ash. Apabila lampu mereka terus menerjah kedalam dapur. Satu pakej kacang jatuh kelantai.
Amy,Ash dan Lena terdiam. Kelihatan seorang gadis yang memakai snowcap sedang berdiri diatas kabinet dapur. Dia memandang Amy,Ash dan Lena lalu kearah pakej kacang itu pula. Dengan cepat gadis itu melompat lalu memegang pakej kacang itu. "Aku Punya" kata gadis itu lalu berjalan kearah ruang tamu. Amy,Ash dan Lena terdiam. Mereka memandang sesama sendiri. Suasana menjadi sunyi buat seketika waktu. "SIAPA PULA TU?!!" jerit mereka bertiga serentak.
******(Time Skipp)*******
"Ah... sorry sebab tak cakap" kata Sky sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berdiri dihadapan gadis yang memakai snowcap itu. "Nama dia Merilyn Arthur tapi korang panggil je dia Mery and dia pun ada kelebihan juga" kata Sky lagi. "Ouh.. lega kitorang" kata Lena sambil menghembus nafas lega. "Kitorang ingat ade orang ceroboh sebab kau kata kau tinggal sorang kan" kata Ash pula. "Yea.. aku lupa nak beritahu korang.. Sorry" Kata Sky lagi.
"Tak apa.. So biar kitorang kenal kan diri kitorang pula.." kata Lena lagi. "Tak perlu.." kata Mery yang baring secara terbalik dikerusi sambil mengunyah kacang. "Aku dah tau pasal korang" kata Mery. "Eh? maksud?" tanya Lena pelik. "Dari Kelebihan kau?" tanya Amy. Mery hanya mengangguk. "Apa kelebihan korang?" tanya Ash. Suasana menjadi sunyi seketika waktu. "Korang bincang lah.. aku akan masak makan malam.. korang okey ker bermalam dekat sini?" kata Sky memecahkan kesunyian.
Amy,Ash dan Lena memandang sesama sendiri. "Biar kitorang call family dulu" kata Lena. Sky hanya mengangguk lalu terus kedapur. Apabila selesai menelefon family mereka Ash,Amy dan Lena berkumpul semula diruang tamu. "Dah selesai?" tanya Mery yang sedang menonton tv.
"Yea.. Family kitorang bagi" kata Ash. "Okey" jawab Mery tanpa memandang mereka. Amy,Ash dan Lena mula merasa janggal. 'Macam mana aku nak tanya dia nie?' kata Ash didalam hati. 'Apa kelebihan dia agaknya?' kata hati Lena pula. 'Berapa lama dah diorang siasat pasal kes nie?' Tanya Hati Amy pula. Terdapat banyak soalan yang mereka fikirkan.
Beberapa minit kemudian mereka terdengar suara dari arah dapur. "Makanan dah siap" jerit Sky. "Okeyy" Sahut Mery lalu menutup tv. "Jom kita makan dulu.. Aku akan jawab soalan korang nanti" kata Mery lalu meninggalkan mereka bertiga yang terkejut. Selesai makan mereka membersihkan diri lalu berkumpul diruang tamu semula.
"Nasib korang semua muat pakai baju tu" kata Sky. Dari gaya matanya dia sedang tersenyum. "Terima kasih sebab bagi pinjam baju kau nie" kata Ash. "Itu bukan baju aku.. tu baju Mak aku" kata Sky. "Serius? mak kau bagi ker?" tanya Lena pula. Sky terdiam. Mery perasan akan perubahan dari Sky. "Apa yang korang nak tanya tadi?" kata Mery cuba untuk menukar topik. Amy, Ash dan Lena memandang Mery. "Ouh yea... Apa kelebihan korang?" tanya Ash.
****************************
YOU ARE READING
Six sense
Gizem / GerilimMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.