Part 20

233 8 0
                                    

Seminggu telah berlalu semenjak kes rumah sewa tersebut. Amy,Ash dan Lena sudah jarang datang ke rumah Sky. Manakala Sky pula telah jarang ke sekolah. Perkara ini membuatkan Mery risau.

Sky tidak kesekolah tetapi tidak berada dirumah juga. Dia kemudian mula menelefon Amy. Beberapa minit kemudian Amy,Ash dan Lena tiba. "Asal kau call?" tanya Amy. "Korang ada nampak Sky kat sekolah tak?" tanya Mery.


Mereka bertiga mengeleng. "Dia dah lama tak sekolah aku rasa" kata Lena pula. Mery mengeluh. "Kemana lah dia pergi nie" kata Mery. "Kenapa? Sky tak balek ker?" tanya Ash. Mery mengeleng.

"Dia jarang ada kat rumah.. kadang-kadang dia tak balek rumah langsung" kata Mery. Mereka yang lain terkejut. "Serius? dia tak cakap nak kemana?" tanya Ash lagi. Mery mengeleng sekali lagi.


Lena hanya diam. Dia teringat kembali perkara yang didengar di rumah sewa tersebut. 'Patut ker aku bagi tau diorang?' kata hatinya. Dia memandang Mery yang risau. Sewaktu mereka sibuk berbincang kedengaran bunyi mesej masuk.




Ting!



Mery pergi kearah laptopnya. Kelihatan mesej yang sama Sky padam tempoh hari. "Weh aku dapat lagi kes hari tu" kata Mery. "Kes? yang mana?" tanya Amy pelik. Mereka yang lain pergi kearah Mery.


"Pasal orang yang kene culik tu" kata Mery. "Ah, yang Sky padam tu?" tanya Ash. Mery mengangguk. "Sky kata tu bug dalam web nie" kata Mery. Dia mula padam chat tersebut.


"Tak sangka web nie ada bug" kata Lena. Mereka hanya diam. Sewaktu ingin pergi tiba-tiba mesej masuk sekali lagi tetapi dengan banyak.



Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!




Mereka berempat mula panik. Mery cuba untuk menghentikan mesej tersebut dari terus masuk. Selepas beberapa saat mesej tersebut berhenti. Mereka semua menghembuskan nafas lega.



Mery melihat terdapat 251 mesej masuk dan kesemua mesej yang sama. "Kau tak rasa pelik ker?" tanya Lena. "Pelik? kenapa?" tanya Ash. "Dia macam nak kita selesaikan kes nie jugak" kata Mery.



"Kalau macam tu kita selesaikan lah" kata Ash. Mery hanya diam. Dia memandang kesemua mesej tersebut. Terdapat sesuatu yang pelik disebalik mesej-mesej tersebut. "Kes nie dah lama" kata Mery. "Hmm? maksud kau?" tanya Amy.




"Mesej pasal kes nie ada tarikh berbeza" kata Mery. Dia menunjukkan mesej-mesej tersebut. "Mesej paling bawah menunjukkan tarikh waktu pertama kali kitorang tubuhkan web nie" kata Mery. Mereka semua terkejut.




"Takkan kau tak pernah perasan benda tu?" tanya Ash pelik. Mery hanya diam. 'Apa yang kau sebunyikan dari aku nie Sky' Kata hati Mery.


****************************


Six senseWhere stories live. Discover now