Still in flashback~
Seminggu berlalu selepas Kira diambil sebagai pembantu peribadi Sky. Terdapat banyak perkara yang dia pelajari.
Salah satunya ialah, keluarga Walker bukan satu keluarga yang normal. Ibu Sky iaitu Pn Walker adalah pengamal ilmu pengorbanan untuk mendapat hidup lebih lama.
Dia akan mengorbankan 12 orang gadis berusia 18 tahun yang lahir pada setiap bulan. Amalan ini telah diwarisi dari nenek moyangnya.
Tetapi Sky bersama bapanya menolak untuk mengikuti amalan tersebut. Jadi Pn Walker ingin menggunakan Sky sebagai korban apabila Sky berumur 18 tahun.
Apabila mengetahui tentang perkara tersebut Sky melarikan diri dari rumah dan tinggal bersendirian. Beberapa tahun telah berlalu dan akhirnya Pn Walker menjumpai Sky.
End flashback~
Mery dan Lena terdiam. "Mean Amy dan Ash akan jadi korban?" kata Lena. Kira hanya mengangguk. Mery tidak dapat menerima kenyataan berikut. Dia ingin keluar tetapi dihalang oleh Kira.
"Saya tidak boleh benarkan Cik keluar" kata Kira. Mery menolak Kira sehingga dia terjatuh. Lena terus mendekati Kira. "Kau okey?" tanyanya. "Aku kene selamat kan kawan aku" marah Mery.
Dia mendekati pintu. "Sebab tu Saya perlukan cik" kata Kira. Mery menoleh menamdang Kira pelik. "Maksud kau?" tanya Mery.
"Saya tak cukup kuat untuk selamatkan Sky.. tapi saya yakin cik berdua boleh tolong dia" kata Kira. Lena membantu Kira bangun. Mereka bertiga duduk diatas katil."Terdapat satu jalan untuk ke bilik pengorbanan.. dari situ Cik semua akan.." Kira mula memberitahu rancangannya.
*****(Time skippp)*****
Sky memandang Pn Walker. Suasana menjadi sunyi buat seketika. "Jom kita pergi Sky" kata Pn Walker sambil tersenyum. Sky hanya mengikut arahan ibunya.
Mereka berdua berjalan kearah satu almari besar tersebut. Pn Walker mengambil kunci dari poketnya lalu membuka pintu almari tersebut.
Apabila terbuka terdapat tangga yang menuju kearah bawah. Suatu bau mula keluar membuatkan Sky terkejut. Keadaan tangga itu sangat gelap. Pn Walker memegang tangan Sky. "Ibu akan pimpin kamu ye?" kata Pn Walker.
Sky hanya diam kerana terkejut. Mereka mula berjalan kebawah. "Ibu gembira sangat sebab kamu datang~" kata Pn Walker dengan nada gembira.
Walaupun keadaan gelap tetapi Sky tahu bahawa Ibunya sedang tersenyum gembira. "Akhirnya kita dapat buat ayah kamu bergerak" katanya lagi.
Sky terkedu apabila mendengar perkataan 'Ayah'. Bau busuk itu makin hampir padanya. Dia menahan segalanya. Mereka berdua akhirnya tiba disatu pintu kayu. Pn Walker menggunakan kunci tadi membuka pintu itu.
Amy dan Ash memandang kearah pintu tersebut. Jantung mereka berdua berdegup kencang. "Ada orang datang" kata Ash perlahan. Apabila pintu dibuka Pn Walker berjalan masuk.
Mereka berdua terkejut melihat Sky ditarik masuk lalu dibawa kesebatang kayu. "Sky!" panggil Ash. Tetapi Sky hanya diam. "Apa semua nie Sky!" jerit Amy pula. Perkara yang sama berlaku. Sky tidak mengendahkan mereka.
Pn Walker tersenyum. "Maaflah tapi Makcik betul-betul perlukan kamu" kata Pn Walker lalu berjalan kearah sebuah kotak besar. Dia menarik kerusi yang terdapat sesuatu yang duduk diatasnya. Bau busuk mula merebak keseluruh bilik tersebut.
Sky menundukkan kepala sambil menutup matanya kerana tidak dapat menahan bau busuk tersebut.. Pn Walker meletakkan kerusi tersebut ditengah tengah bulatan tersebut. "Ucapkan hai pada ayah kamu Sky" kata Pn Walker sambil memeluk 'benda' yang berada dikerusi tersebut. Ash dan Amy terkedu.
'Ayah' sky yang berada dikerusi tersebut adalah mayat yang telah membusuk dan mereput. Perkara itu membuatkan mereka ingin muntah. "Apa sayang?" kata Pn Walker sambil mendekati 'Ayah' Sky. Pn Walker terdiam. Dia mengerutkan dahinya.
Amy terkejut apabila melihat bayangan ayah Sky berdiri ditepi mayatnya. Dari riak wajahnya kelihatan dia amat sedih. Terdapat sesuatu yang dia katakan. Amy hanya diam dan cuba untuk memahami apa yang dikatakan. 'Mana Lena bila aku perlukan dia!'kata Amy geram.
Pn Walker menjauhi kerusi tersebut. "Tch.. apa-apa je lah" kata Pn Sky lalu menolak kerusi itu sehingga terjatuh. "Aku tak perlukan kau pun" katanya lagi.
Dia pergi mengambil satu botol besar berisi cecair. Pn Walker kemudian menuang cecair tersebut pada lantai serta kayu diamana gadis-gadis itu diikat.
Apabila selesai dia mula mengeluarkan sekotak mancis. "Sebab aku akan hidup lebih lama dari kau" kata Pn Walker lagi. Dia menyalakan mancis itu lalu tertawa. "Selamat tinggal.." katanya lalu menjatuhkan mancis tersebut.
****************************
YOU ARE READING
Six sense
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.