Part 22

224 8 1
                                    




Amy,Ash dan Lena berdiri disebuah rumah agam. Mereka semua terkejut dengan rumah tersebut. "Nie rumah Keluarga Sky?" tanya Lena. "Kayanya" kata Ash pula. Amy memandang kearah sekeliling rumah tersebut.




Walaupun rumah itu besar tetapi keadaan sekeliling rumah itu agak menyeramkan. "Tekanlah loceng" kata Amy. Ash mengangguk. Dia menelan air liur lalu menekan loceng pintu.




Kedengaran bunyi loceng pintu itu bergema diseluruh pelusuk rumah. Beberapa saat kemudian pintu rumah dibuka oleh seorang perempuan berpakaian maid. "Silakan masuk" kata Perempuan itu.




Amy,Ash dan Lena memandang sesama sendiri lalu masuk. "Emm.. Kami nak jumpa.." belun sempat Lena menghabiskan ayatnya Perempuan itu memotong.



"Kami menunggu kedatangan anda.. sila ikut sini" kata Perempuan itu lalu berjalan. "Tunggu" kata Ash. Mereka mula mengekori perempuan itu.




Apabila tiba dihadapan sebuah pintu besar perempuan itu terhenti. "Silakan Masuk.. Puan sedang menunggu anda didalam" kata Perempuan itu.



"Puan? Sky ker?" tanya Amy. Perempuan itu hanya diam. Mereka bertiga terus masuk. Sebelum pintu ditutup Lena ternampak riak wajah sedih perempuan itu.




Apabila pintu ditutup bilik tersebut menjadi gelap. "Kenapa gelap?" tanya Lena. Tiba-tiba terpasang api disekeliling bilik itu.



Terdapat lilin di dinding bilik tersebut. Amy mula merasa pelik. "Apa yang jadi nie" kata Ash. Mereka memandang sesama sendiri. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi tapak kaki mendekati mereka.


"Si... siapa tu?" tanya Ash sambil memegang lengan Amy. "Ki..kita dekat rumah Sky kan?" kata Lena pula sambil memegang tangan Amy.




Mereka berdua menggigil ketakutan. Tapak kaki itu berhenti dikawasan bercahaya. "Selamat Datang" kata satu suara yang lembut. Apabila terdengar suara tersebut Lena terdiam.




Tapak kaki itu melangkah satu tapak. Sejurus tapak kaki itu melangkah satu lilin terpadam. "Saya memang menanti kedatangan kamu" kata Suara itu lagi.





Tapak kaki itu makin mendekati mereka dan makin banyak lilin terpadam. Apabila semua lilin terpadam bunyi tapak kaki tersebut berada betul-betul dihadapan mereka. "Kamu semua akan sentiasa diingati" kata suara itu sambil ketawa.






*****(Time Skipp)*****




Sky dan Mery tiba dihadapan rumah agam tersebut. "Ni.. nie. ker rumah parent kau" tanya Mery mengah. Sky mengangguk kerana tidak mampu berkata- kata.



Sky mula masuk pagar rumah tanpa menekan loceng pintu. "Em.. kau tak nak tekan loceng ker?" tanya Mery. Sky tidak menjawab. Apabila tiba dipintu Sky terhenti.




Dia menoleh memandang Mery. "Walauapapun jadi.. kau jangan jauh dari aku" kata Sky. Mery mengerutkan dahinya. "kenapa?" tanya Mery. "Itu tak penting.. Kau janji dengan aku okey?" kata Sky.



Mery hanya mengangguk. Sky diam lalu membuka pintu rumahnya. Dihadapan pintu rumah itu terdapat seorang perempuan berpakain maid.



"Selamat pulang Cik" kata Maid tersebut. "Mana perempuan tu?" tanya Sky. "Puan ada dibiliknya" kata Maid tersebut. "Kawan aku ada datang sini?" tanya Sky.



Maid itu hanya diam. "Aku tanya nie kau tak dengar ker?!" marah Sky. Maid itu masih diam. Sky mendekati maid tersebut sambil memandang tepat kearah maid tersebut. "Aku tanya sekali lagi kawan aku ada datang sini?" kata Sky dengan nada yang menakutkan. Maid itu mula menggigit lidahnya sehingga berdarah. Mery terkejut melihat perkara tersebut. Sky mula berasa marah.





"Tak guna" katanya perlahan. "Jom kita pergi" kata Sky lalu pergi kearah bilik Ibunya. Mery menoleh melihat maid tadi masih berdiri dengan mulut yang berdarah. Mery memandang Sky. "Kenapa tadi tu?" tanya Mery. Sky mengeluh.




"Aku dah kata yang keluarga aku bukan normal" kata Sky. Dia terhenti dihadapan satu bilik yang mempunyai pintu yang besar. "Sky membuka masknya.




"Aku dah agak diorang kesini" kata Sky sambil menggenggam masknya tadi. "Perempuan tu memang nak kene dengan aku!" marahnya lagi. Dia mula memegang tombol pintu bilik tersebut tetapi ia terkunci.



Sky membuka rantai yang dipakainya. Rantai itu merupakan kunci. Sky menggunakannya untuk membuka pintu tersebut.


****************************











Six senseWhere stories live. Discover now