Amy segera menoleh lalu muntah disudut koridor. Marcus pula menoleh kerana tidak sanggup melihat. Didalam bilik itu kelihatan beberapa gadis digantung secara terbalik mengunakan rantai besi. Tetapi yang mengerikan ialah kulit gadis disitu telah tersiat dari badan. Beberapa perut gadis itu dirobek.
Lucas dapat lihat wajah kesakitan gadis-gadis itu. Dia terkaku. "J.. jom kita pergi" kata Amy sambil mengelap mulutnya. Kejadian itu sangat mengerikan baginya. Amy menarik tangan Lucas. "Jom lahh" kata Amy. Tetapi Lucas masih berdiri tegak.
Dia merasakan sesuatu yang pelik. Lucas mula berjalan perlahan- lahan masuk kedalam. "Dude.. kau serius ker? Jom kita pergi" kata Marcus. Lucas tidak mengendahkannya. Dia terus berjalan. Apabila telah dekat dia memerhatikan mayat gadis-gadis itu.
Dia memerhatikan sekelilingnya juga. Terdapat meja dan kotak yang dipenuhi barangan bedah. Terdapat juga sebuah pintu yang tertutup rapat. Lucas memandang kearah Amy dan Marcus. Dia mengeluh lalu berjalan semula kearah mereka. Sewaktu berjalan Lucas terdengar bunyi lagaan rantai.
Dia segera menoleh. "Oi.. Lucas cepatlah!" kata Marcus. "Aku rasa masih ada yang selamat" kata Lucas lalu berlari kearah mayat gadis-gadis tadi. "Aishh.. lembab betul lah Lucas nie" marah Amy. Mereka berdua hanya diam menunggu Lucas diluar.
Sementara itu Lucas berjalan sambil memeriksa mayat-mayat itu. Tetapi semua telah mati. "Perasaan aku ker?" kata Lucas. Dia berjalan lagi. Akhirnya dia tiba dibahagian hujung. Disitu dia terlihat seorang gadis yang telah tersiat kulitnya sedang menangis sambil meronta-ronta. Lucas terkejut lalu segera berlari kearahnya. "Biar saya tolong!" kata Lucas lalu membantu gadis itu. Dia menyentuh belakang gadis itu lalu melepaskannya dari rantai tersebut.
Gadis itu mengerang kesakitan. Lucas meletakkan gadis itu dibawah lalu membuka penutup mulut. "Siapa yang buat dekat cik begini?" tanya Lucas. Mulut gadis itu mengeletar. "Ma..... nu.... sia.. Se... se... m.. pu.. rna" kata gadis itu gagap. Lucas mengerutkan dahinya. "Apa maksud Cik?" tanya Lucas. Gadis itu tidak mampu menjawab. Kesakitan diseluruh tubuhnya menghalang dia dari bercakap.
Lucas mula faham. "Tak apa.. Mari kita cari bantuan dulu" katanya lalu mendukung gadis itu. Apabila badan gadis itu disentuh, dia mengerang kesakitan. Lucas mula berasa simpati. "Sabar sedikit cik.. saya akan tolong cik" kata Lucas lalu berlari keluar. Apabila tiba dipintu keluar Amy dan Marcus terkejut.Amy segera mengalihkan pandangan nya. "Siapa tu?" kata Amy tidak mampu melihat keadaan gadis itu. "Salah satu mangsa. Kita kene bawa dia ke hospital sekarang" kata Lucas. Marcus terus mengeluarkan telefon bimbitnya. "Aku akan telefon ambulance dan akan tunggu diluar bersama Lena dan yang lain" katanya lagi sambil menghulurkan tanganya.
"Aku percayakan kau" kata Lucas lalu menyerahkan gadis tadi pada Marcus. "Sekarang nie tubuh badan dia sangat sensitive sebab" Lucas menunjuk kearah badan gadis itu yang tidak mempunyai kulit lagi. Marcus mengangguk lalu berjalan melepasi mereka.
Lucas memandang kearah bajunya yang sudah dipenuhi darah. Dia menganggam tanganya. "Siapa yang buat semua nie" katanya marah. Amy memandangnya. "Mari kita teruskan pencarian" kata Amy. Lucas memandang Amy. Dia mengangguk lalu berjalan pergi meneruskan pencarian mereka.
Sementara itu, Ash,Ben dan Alex berdiri dihadapan sebuah pintu besar. "Aku rasa nie dewan kot??" kata Alex. Ash memandang kearah bawah pintu itu. Kelihatan darah mengalir keluar. "Um.. perlu ker kita masuk?" tanya Ash. Ben mengangguk. "Kalau pembunuh tu ada kat dalam macam mana?" tanya Ben.
"Tak mungkin random sangat" kata Alex. Ash dan Ben tidak pasti dengan apa yang dikatakan oleh Alex. "Kita kene hati-hati" kata Ben. Alex ketawa dengan apa yang dikatakan oleh Ben. "Pfftt.. berapa malang kita nie sampai boleh jumpa dia dengan senang?" katanya lalu membuka pintu dewan tersebut.
Apabila pintu itu dibuka, Alex masuk. "Hmm.. tak ada apa pun" kata Alex. Sewaktu dia ingin berjalan lebih jauh, Ash dan Ben menarik Alex lalu menyorok disebalik almari besar. "Tch.. korang nie kenapa?" tanya Alex. "Shh.. kau tengok tu" bisik Ash sambil menunjuk kesatu arah. Alex memandang arah tersebut.
Disitu kelihatan seorang yang memakai guni untuk menutup kepala serta badannya sedang memandang sekeliling. Orang itu berjalan mendekati pintu dewan tersebut. Ash tersedar bahawa cara orang itu berjalan tempang. Kedengaran seperti dia menghidu. Alex terkedu begitu juga dengan Ben.
Apabila pintu ditutup semula, orang itu berjalan masuk. "Apa benda tu?" bisik Alex. "Mana kitorang tau" bisik Ben pula. "Jom kita tengok dalam sikit" bisik Ash. Alex mengeleng. "Aku tak nak" bisiknya. "Jangan jadi penakutlah" bisik Ben marah.
Dia menepuk belakang Alex sehingga dia terjatuh kearah Ash. "Korang berdua pergi sana, aku akan duduk sini. Kalau ada apa-apa kejar bagi signal and aku akan buka pintu" bisik Ben lalu bersandar pada dinding. Alex dan Ash memandang Ben.
"Apa tunggu lagi.. Shuh.. shuh.." kata Ben sambil mengoyang-goyangkan tanganya menyuruh mereka berdua pergi. "Tch.. nak pergilah nie" bisik Alex. Mereka berdua kemudian berjingkit-jingkit pergi meninggalkan tempat persembunyian mereka.
********************************
YOU ARE READING
Six sense
Misterio / SuspensoMengisahkan tentang lima orang gadis yang mempunyai deria keenam. Masing-masing mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza. Mampukah kelima-lima gadis ini menyelesaikan kes-kes yang berlaku sekitar mereka.