Prolog

1.7K 66 2
                                    

ISTENE MAHARAJA HATI, ICYFANCY,ICE WORLD LAND

Suasana tenang damai bertukar bising setelah bunyi siren berbunyi berpanjangan dengan bunyi tembakan bertubi-tubi menyebabkan orang di istene kelam-kelabut menyelamatkan diri.

Di sebuah bilik besar dan mewah milik Puteri Jayyanei, puteri bongsu kepada Maharaja Jahyin dan Permaisuri Yanka sedang lena diulit mimpi indah. Puteri Jayyanei tidak langsung mengendahkan bunyi-bunyi yang menganggu lenanya dan tiada orang langsung yang teringat akan dirinya.

Pintu besar bilik itu dikuak dari luar lalu dikunci di dalam semula. Seseorang yang memakai pakaian tradisional yang agak pelik dengan kain yang menutup muka mendekati puteri bongsu itu.

Pisau perak dikeluarkan dari sarungnya yang tersangkut pada bajunya. Dia memandang puteri yang sedang lena diulit mimpi.

Gaya puteri yang tidur meneletang memudahkan kerjanya. Pisau perak itu diangkat tinggi tepat pada sasarannya iaitu jantung Puteri Jayyanei.

"Puitewri Jayyanei, jatun iluik uhai anad umpahhhan kenai pedo gu fiatu gu hati iada dasaj anad jruh. Erahdi Retunnrijki selarwet gu anad umpahhhan lerei",mantera sumpahan dilafaz.

"Dwendwam Retunnrijki!!",seraya itu pisau perak itu menikam kawasan jantung pada badan Puteri Jayyanei.

"Argggghhh!!!"

"Dwendwam Retunnrijki!!",darah yang terisi di dalam botol di tuang pada kawasan yang ditikam.

Mata puteri itu terbuntang dengan muka yang terseksa selepas jeritan yang dikeluarkan olehnya. Orang itu tersenyum sinis lalu tangannya dihiris panjang dan darah itu sengaja dilalukan sekitar badan puteri itu.

"Dwendwam Retunnjirki!!"

Bunyi tembakan bergema seluruh istena dengan sahutan yang bersemangat, "dwendwam Retunnjirki!!"

Peristiwa itu menjadi peristiwa pemberontakan terbesar di Istene Maharaja Hati dalam sejarah. Puteri malang itu menjadi mangsa atas dendam yang lama bersarang.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now