31 - Cahaya Penyembuh

423 31 0
                                    

"It is not you. Half Beast and Hilop. I am your friend,Sheryll. I am Tania Ahsrey Ihtidam",perempuan mata putih biru berkata sambil air matanya masih mengalir laju. Aku menyeringai apabila dia mendekatiku.

Aku mahu menghayunkan tangan kiriku untuk mencakarnya namun sempat ditahan olehnya. Dia dapat melawan tenagaku. Tenaga kami sama kuat. Aku memandangnya tajam.

"Aku Tania Ashrey Ihtidam dari tanah Queiicy! Kaum Biggies! Keluarga Half Beast! Aku Meedanie Keturunan Dregra! Kawan Sheryll! Dan kau bukan Sheryll sepenuhnya",jeritnya lalu menolak tanganku kuat sehingga badan kiriku terkebelakang.

"And I sorry. I need to tame you, besti",ucapnya dengan pandangan sayu.

Jari telunjuk terarah ke dadaku. Aliran cahaya kuning berkilauan mengalir keluar dari jari telunjuk runcingnya yang menuju ke arah aku mengikut arah telunjuknya.

Cahaya biru aku menghalang namun berjaya ditembusi lalu terus menusuk ke jantungku terletak. Aku rasakan seperti sebuah bilah panah menembusi jantungku sehingga aku jatuh.

"Roh jahat perlu keluar lagi satu..."

Aku tiba-tiba menggelupur sambil mata terbelalak memandang atas. Mulut, telingga dan hidungku tiba-tiba mengeluarkan darah yang berterusan semasa menggelupur.

"Sheryll!",suara lelaki sambil terhinjut-hinjut menghampiriku dengan luka di belakang badannya. Aku baru kenal. Dia Wardi!

Warna merah pada badan kiriku memudar. Mataku memudar dari merah sepenuhnya lalu anak merah bertukar menjadi anak mata biru yang asal. Kuku yang tajam dan panjang terus mengecil dan menjadi yang normal. Gigi taring sebelah kiri terus mengecil dan menjadi gigi taring yang biasa. Badan kiriku berubah.

Setelah badan kiriku sudah berubah sepenuhnya, badanku terus tidak menggelupur dan darah sudah berhenti keluar. Nafasku kembali normal.

Meeda menghampiriku dengan tangisan. Terus aku dipeluk. Ucapan maaf yang tersekat dengan tangisannya kedengaran. Aku tidak mengerti. Aku tersenyum lemah tidak bermaya.

"Sheryll...",panggil Wardi dengan senyuman gembira sambil memandangku. Aku membalas senyuman itu namun mataku terkejut melihat darah hijau kebirauan mengalir di lantai dari belakangnya. Aku memandangnya pelik.

"Wardi,kenapa dengan awak?"

Meeda masih terus menangis di bahuku. Wardi memandangku dengan senyuman yang lemah. Aku melihat sekeliling. Aku terkejut.

Kenapa tempat ini tidak sekemas semasa aku datang tadi? Kenapa Erig pengsan di sana dengan perhiasan di sekelilingnya pecah? Kenapa permaisuri duduk menyandar pada dinding sambil memejam mata dengan dadanya berombak bernafas?

Apa yang terjadi tadi? Kenapa tiba-tiba mereka ada di sini? Adakah aku yang buat? Aku kah puncanya?

Tiba-tiba kepalaku berdenyut kuat. Aku memegang kepala sambil menrintih kesakitan. Aku memejam mata. Aku menolak pelukan Meeda. Tiba-tiba bayangan sesuatu rentetan peristiwa terbayang di mindaku. Aku melihat kejadian tadi. Kejadian di luar kawalan ku.

Aku menjerit kecewa sambil menumbuk badanku kerana marah terhadap diriku. Air mata mengalir laju. Aku menangis tersandar pada dinding yang terdekat. Aku menunduk sambil memeluk lutut.

"Arghh! Bukan salah aku! Kenapa kau kawal! Arghhhh!"jeritku sepuas hati melepaskan kecewa dan marah pada diri sendiri.

"Sheryll...",suara Meeda tidak dihiraukan.

Cahaya biru muncul di sekeliling badanku. Banyak dan lebih pekat biru sehingga jelas warnanya kelihatan.

"Arghhhhhg!",jeritku kuat dengan seluruh tenaga.

Cahaya biru itu terus mengalir serentak dengan jeritanku menuju ke sekeliling ruang ini termasuk badan mereka yang masih berada di tempat ini.

Semua kawasan di situ dikelilingi dengan cahaya biru milikku termasuk badan mereka. Cahaya biru mengelilingi badan mereka semua sambil menyembuhkan luka mereka yang disebabkan oleh angkaraku. Barang -barang yang pecah dibetulkan semula oleh cahaya biru. Barang yang berselerak diletakkan semula.

Akhirnya tempat ini kembali semula seperti asal. Dan tubuh yang dilukai olehku sudah kembali bertenaga dan sembuh. Cahaya biru terus mengalir menuju pada badanku dengan laju.

Erig sudah sedar dan terpinga. Meeda bertenaga semula. Wardi dan permaisuri sudah sembuh lukanya dan lebih bertenaga. Aku tersenyum lemah pada mereka.

"Maafkan saya....",ucapku sebelum aku jatuh pengsan.

"Sheryll!"

💙💙💙

Aku mencelik mata. Di depanku kelihatan nenek yang tersenyum padaku.

"Nenek...",panggilku tidak percaya. Aku rindukannya. Nenek ialah orang yang paling dekat padaku. Hatiku tidak dapat dilupakan kenangan bersama dan kejadian kematiannya. Air mataku mengalir.

Dia menyeka air mataku sambil tersenyum manis padaku. "Do the best, Sheryll. Selamatkan Ice World Land dari bahaya. Nenek sayang kamu...",ucapnya lalu mencium dahiku dengan penuh kasih sayang.

Aku memejam mata menghayati ciuman itu. Air mata masih deras mengalir.

"Nenek..."

"Sheryll?"

Ciuman itu hilang. Aku membuka mata. Bayangan nenek sudah hilang bertukar dengan Meeda yang berdiri dihadapanku sambil mengukir senyuman manis. Aku membalas.

"I am sorry,Meeda...",ucapku lalu terus memeluk Meeda lalu melepaskan tangisanku. Dia memelukku juga sambil itu menggosok belakangku. Dia memaut dagunya pada bahuku. Dan aku rasakan air matanya yang jernih mengalir.

'We're friend. Best friend for ever and always together...'

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now